Apr 9, 2010

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEN BEN ASHAARI kerana...

Semalam siti gi jalan-jalan kat blog Lya. Sekali ternampak entry Lya pasal Ben Ashaari ni. Sekali tengok header Ben ni, wah...boleh tahan yer, hensem gak..muka sekali imbas macam muka Jimmy, Trek Celebriti tu (aik....jangan fikir bukan-bukan k, hatiku tetap pada papa seorang...hahah).

Memula siti fikir gak, apa la yang menarik sangat ngan Ben Ashaari ni sampai ramai lak blogger-blogger yang request beliau tuk menjelajah & mengkritik blog masing-masing. Tapi bila siti belek-belek blog Ben ni, oooooo..rupanya beliau dengan baik hati & sukarelanya memberikan tips-tips percuma kepada blogger bagaimana nak memantapkan lagi isi kandungan & membantu mempromosikan blogger yang baru & yang lama, termasuk siti la kan.

So, siti pun tertarik jugak la tuk nak cuba mintak Ben ni jenguk blog siti. Buat rakan-rakan yang nak jugak mintak Ben ni jelajah blog korang, silalah terjah blog BEN ASHAARI k. Tak rugi pun...

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana.....

1) Nak tahu apa pendapat beliau tentang blog siti ni. OK ker tak Ben? Ada apa-apa perlu diubah tak?

2) Of course la nakkan tips2 beliau bagaimana untuk siti memantapkan lagi blog siti yang tak seberapa ni. Kalau ada kritikan2 yang membina lagi bagus.

3) Siti nak menambahkan lagi kenalan-kenalan di alam maya ni, sebab beliau akan memperkenalkan blog-blog baru macam blog siti ni kepada blogger-blogger lain. So, InsyAllah ada la kot yang akan menjenguk blog siti nanti.

4) Dalam blog siti ni, macam2 ada. Semuanya siti masukkan dalam ni, cerita tentang siti, anak2, family, info & masakan. OK ker? ker siti kena fokus? Bagi komen sikit.

Sekian......




3 comments:

Ena said...

ena ade gak wat mende nie.. tp dok peram lam draf lagikk.. weekend la kot baru nak publish //hehehhe..

gd luck ye siti..
maner tahu ade rezeki diterjah oleh Ben Ashaari.. :)

Siti said...

Thanks Ena

kella said...

kita pon join siri jelajah si ben nih! hihhiihi.. apa pun blog kak siti kita memang akan terus ikut..
yeah.. i follow..