Apr 21, 2010

Jika dapat ku undur masa

Hari ni nak citer pasal topik kat radio suria.fm lagi (leh jadi jurucakap suria.fm nih). Hahaha...maklum la, nak kol suria fm tuk bagi pendapat/komen susah la pulak kan. So, komen kat sini jer la pasal topik pagi tadi 'andai dapat ku undur masa".

Kalau la siti dapat undur masa, siti nak kembali apda zaman sekolah-sekolah dulu. Seronok tau. Sekolah siti semuanya perempuan, Sekolah Menengah Kebangssan Tengku Afzan, Kuantan. Walaupun takde la pakwe makwe ni, tapi kitorang ada kakak angkat. huhu....siti ada 3 kakak angkat. Indahnya saat itu..hahahaha...Sebelah sekolah siti adalah sekolah vokaysional. Huhu, masa siti duduk kat asrama (Form 1 & Form 2) memang selalu nampak budak vokaysional duk skodeng asrama kitorang (jgn marah yer sapa2 yg pernah sekolah kat ctu).

Lagi satu, siti memang aktif kat sekolah. Siti masuk Renjer Puteri & Main bola baling & bola jaring. Memang dari sekolah rendah lagi siti dah aktif ngan sukan ni. Selalu la siti leh merantau ke negeri orang bila ada perlawanan.

Ni la antara gambar siti masa sekolah. Ni rasanya masa Form 4. Nama cikgu tu kalau tak silap siti, Cikgu Siti Khadijah. Cikgu kesayangan siti, dia ajar subject akaun (subject favourate siti). Siti dulu selalu jadi pelajar kesukaan cikgu tau..hehehe...jgn jeles yer. Eh! mana satu siti yer..cepat2 cari..hehehe. Leh wat contest kan..Di mana siti? hahaha..

Byk lagi gambar sekolah, tapi mls nak scan.

Ni dalan uniform renjer puteri. Baru lepas abis perbarisan Jubli Perak rasanya..Lupa dah.

Lagi satu, kalau siti dapat undur masa, siti nak kembali pada zaman kanak2. Huhu, takyah fikir apa2 pun..syokkan. Ni jer la satu2nya gambar siti masa kanak2. Ni pun jiran yang ambik gambar masa raya sebab dulu2 mak takde kamera pun. Siti sayang sungguh ngan gambar ni. yang sebelah siti tu adik siti...hehehe...

So, apa yang korang nak kalau dapat undurkan masa semula (walaupun mustahil)?

19 comments:

Ena said...

hehehe..

betul tu.. zaman dulu2 sangat seronok..
ena pun kalo boleh nak wat camtu gak.. nak kembali ke alam tu..

ena dolu2 pun join ranger puteri gak.. hehehe..

cute kan siti dulu2.. comei jekkk.. heheh

jom kite mintak bantuan doraemon.. hehhe

LYaFRINA said...

lya pon..nk zaman tecik2 dulu.. rasa best..mcm suci jer..bebas dosa..

pahtu nk gak time skolah... rasa nakal y amat..rindu sukan..nak lariiiiiiiiii pecuttt ni...

tp.....

sgt2 nk waktu2 kita sihat dulu.. amin..

misz beauty said...

best nye time sekolah... beauty mase sekolah dulu kan kak siti, sume org ngaku kakak angkat, adik angkat, abang angkat... pening beauty dibuatnye... mase form 4 budak lelaki form 2 nak jdkan gf.. ade ke patut... ekekeke....

beauty pun aktif time sekolah.. masuk kadet bersatu malaysia, bunyi cam ganas je kan... da abis sekolah ladyies gitew...=D

mamaaerish : said...

eb pn... dh patah balik jadik budak.... bestkan?... ;p

~Siti Hajar~ said...

semua org nak balik jd budak la, ke alam sekolah la TAPI sy nak undur masa xnak kawin lagi...kalu blh mmg sy xnak kawin lagik...tp apakan daya sy skrg sdh anak 3...huhuhu..

misz beauty said...

saya tak nak undur jadi bujang sbb kawen best!!! ;-)

m@Ri@ said...

eh kita satu sekolah?

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Lily pon klu lah masa tu blh di undur..
Alangkah sonok..kembali ke zaman kanak..
Terutamanya zaman sekolah.. Byk sgt kenagan terindah.. :)

mamalieyna said...

betul tu siti, zaman sekolah dan zaman kanak2 la paling best sesangat! ^_^

Siti said...

Ena: hehehe..kalau la doreamon tu wujud..huhu..dah lama dah gi cari dia.

Siti said...

Lya: waaaaa..masuk lumba lari ye...mesti laju lari nih.

Siti said...

Beauty: waaa..glemer yer beauty ni....mesti ramai bfren dulu nih.

Siti said...

eb: syokkkkkk

Siti said...

hajar: hahahha..sabor jer la..siti pun sama gak la...kalau boleh nak lambat sikit kawen, leh enjoy dulu,..tapi apakan daya, jodoh tu dtg cepat.

Siti said...

beauty: akak tahu beauty seronok...tgk keromantikan pun dah tahu. hehehe :)

Siti said...

maria: huh...yer ker?

Siti said...

Lily: mesti ramai bfren ni yer....heheheh...

Siti said...

Mamalieyna: hahha..ramai yg suka zaman sekolah yer.

m@Ri@ said...

nama sekolah sama..tp tak sure sama batch ke tak...form 1 maria masuk thn 1997..