Apr 15, 2010

Sambungan cerita seram

Ok la, seperti yang siti bagitau dlm entry sebelum ni, sekarang siti nak cerita la kejadian-kejadian yang agak seram la dalam hidup siti. huhu....

Tapikan sebelum tu, siti nak bagitau Hajar yang siti seram baca komen yang hajar tulis tu...huhu..memang siti rasa agak menakutkan apa yang hajar pernah lalui. Yang lagi scary baca bab Langsir tu (tak bani nak sebut).....huhu..siap leh merayap2 yer...adoiii...
Tapikan memang ada orang yang senang & boleh nampak benda2 halus ni. Alhamdulillah, siti tak pernah nampak lagi la & mintak dijauhkan. Amin.

Oklah, kisah2 seram kat rumah siti bermula selepas siti lahirkan Wafi. Sebelum ni memang takde perkara pelik berlaku kat rumah siti tu. Siti pun heran kenapa. Tapi, bidan yang pernah urut Wafi ada bagi tau, budak kecik ni memang banyak orang yang suka termasuk la makhluk2 halus ni.

Peristiwa 1:
Sehari selepas siti balik dari hospital, keluarga MIL datang la melawat siti. Malam tu memang diorg tidur rumah siti la. Semua pakat tidur kat hall jerk. Adik ipar siti (lelaki), dia tidur mengadap tangga rumah siti. Dia cakap, malam tu dia terjaga, pastu dia nampak satu makhluk berambut panjang, pakai baju putih, duduk kat tangga rumah siti. Lepas tu semer balik la, suma tinggal MIL siti jer tuk jaga siti kejap masa pantang/ MIL cakap, dia cam seram jer kalau nak naik kat atas, rasa meremang jer bulu roma. huhu...

Peristiwa 2:
Masa umur Wafi sebulan lebih gitu, ada sekali tu dua malam berturut-turut Wafi tak tidur. Dia asyik la menangis yang jenis melalak tak ingat punya tu. Siti wat camna pun, dia tak ok gak. Sampai dah dekat subuh baru la dia tidur. Pastu papa pun buat la air yassin, pagar rumah 3 malam berturut2. Baru la Ok.

Peristiwa 3:
Selang beberapa hari lepas Wafi menangis tu kan, papa nak buat sembahyang hajat. Malam jumaat la kalau tak silap siti. Dalam pukul 12 malam gitu la. 3 kali papa cuba sembahyang, tapi tak boleh. Dia cakap meremang bulu roma macam ada yang kacau.

Peristiwa 4:
Esoknya selepas papa buat sembahyang hajat, siti terjumpa seekor biawak kat bilik atas ( bilik no. 2). Selalu tetamu tidur bilik ni. Kebetulan siti nak kemas bilik tu, ternampak la kelibat biawak tu. Sekali imbas jerk. Siti terus call papa, papa balik dia cari2 tapi tak jumpa. Papa cakap la, mungkin perasaan siti jer. Ok la...siti pun ingat gitu gak. Selang semalam lepas tu, siti tengah tidur, tak silap siti pukul 5 pagi la. Masa ni siti ngan Wafi tidur atas katil. Papa tidur kat tilam tepi katil ngan Jannah & Batrisyia. Siti macam terjaga tau. Masa ni siti tidur mengiring. Elok jer siti bukak mata, siti nampak biawak tu duduk atas bahu siti sambil jelir2 lidah dia. Apa lagi, terus siti sambar Wafi & melompat siti bangun sambil jerit panggil papa (memang ngeri tau. berapa hari siti takleh tidur sebab terbayangkan biawak ni). Papa pun terus terkam siti & peluk siti. Siti nangis2 cakap kat papa siti nampak lagi biawak tu. Papa cari lagi. Tak jumpa gak...huhu..papa cakap siti mimpi jerk. Sabor jer la. Dah dua kali nih.
Tapi akhirnya misteri biawak terbongkar gak. Pukul 10 pagi hari yang sama, siti nak ambik seluar kat tempat siti sidai tuala dalam bilik siti la. Tengah2 siti nak pakai seluar tu, terus biawak tu keluar dari seluar siti tu & menyorok kat bawah timbunan baju yang siti belum basuh. Haa...time ni nasib biawak tu tak bernasib baik sebab papa da sekali dalam bilik masa tu & papa memang nampak ngan mata dia sendiri. Apa lagi, papa tangkap la biawak tu. Papa baca ayat Al-Quran, pastu cakap kat biawak tu jangan kacau kitorang lagi. Papa memang tak bunuh sebab papa takut benda2 halus yang menyerupa binatang ni. Sebab siti rasa macam Allah nak tunjuk jer benda tu lepas papa buat sembahyang hajat. Yang siti heran, kenapa siti jer yang selalu kena ngan biawak tu. Kenapa biawak tu tak duduk kat papa/anak2 yg duk kat tilam bawah. Boleh lak dia duduk kat siti yang tidur atas katil ni. huhu....
Lepas kejadian biawak ni, memang takde dah la kejadian2 seram kat rumah siti, sampai la kejadian semalam tu.

Tapi ada gak kisah2 seram yang berlaku kat taman rumah siti tu. Jiran siti anak dia sampai demam2. Dia siap nangis sambil tunjuk2 lagi benda tu. Anak dia tu kecik lagi, belum boleh cakap. Pastu pak guard ada cerita yang dia nampak orang perempuan rambut panjang tengah berdiri kat depan pagar salah satu jiran siti selorong ngan rumah siti. Huhu...
Menurut jiran yang memula duduk kat taman siti tu, memang perempuan rambut panjang tu (makhluk halus) ada kat taman rumah siti tu. Dia ada sekeluarga...huhu...
Yer la kan, masa siti duduk dulukan, memang banayk rumah kosong lagi. Agaknya dia duduk kat salah satu rumah kosong tu. Sekarang ni semua rumah dah berpenghuni, jadi dia pun merayau2 la. huhuhu..Wallahualam...

26 comments:

Zaidah said...

siti sungguh menyeramkan...kenalah rajin baca al-quran...benda2 halus nie memang nak menakutkan kita n nak menyesatkan kita...

Yana Mohamad said...

wehhh seriau ni...meremang bulu roma...takutnya...tak dapat nak dibayangkan kalau jadi kat daku huhu..

Tapi kan saya pun penah kena...masa tu kat umah mentua..kena tarik sampai jatuh katil adoiii...somi plak kena raba kat muka pada mlm yg sama...sblum kejadian tu Batrisyia ada gitau "ibu..ada hantu la"...masa tu kat bilik air..sampai skrg takut time duk kat umah mentua huhu..sabor je lah..

Siti said...

Zaidah: tu la..tu jer cara nak jauhkan benda2 gini kan.

Siti said...

Yannuar: mak aii...ganasnya makhluk tu..isk..kalau sampai memudaratkan ni mmg bahye la.

kella said...

ami aii! siti! sungguh menyeramkan! berdiri bulu roma ni semua bila baca nih! siyes tak tipu! huuuuu... itulah kan, sib baik suami siti leh baca2..
tawakkal pada Allah selalu..
minta2 takdalh perkara tak diingini berlaku..

seriau lah pulak..

kella said...

siti, kalau ada lesen kereta nanti sila lah buat tag kat umah kita ya! tq..

ita cutevirus said...

eeerrkkkkk... siti... seramnyer... gi jumpe ustaz la.. mintak die buatkan pendinding kat umah siti...

Unknown said...

hihihi...knpa la benda tu pilih kita gak na, tp kdg2 kita yg ceroboh kaw 'dia'...

satu lg ni cerita jd kat hjr & Danial, hjr g rmh spupu 1 tmn je, naik motor, sembang pya sembang smpai pkl 8, lepas mtk diri, hjr blk la, Danial dok mbonceng d blkg, sampai 1 lrg kecil, muat2 motor aja (xleh reverse jln ni) br masuk lrg kecil tu hjr nmpk pocong berbungkus kat hujung jln tu, nak undur...motor mana ade gear reverse, mau xmau hjr teruskan jgk lalu depan pocong tu, btl2 dpn pocong, muka pocong tu sblh pipi hjr je tp nsb baik la berbungkus (xnmpk muka la), nsb baik dia xkacau, lps sampai rmh 1 bdn Danial naik sopak garam (mcm gatal2), p klnk xhilang, p berubat kg br ok, rupanya pocong tu ludah Danial...mmg real & seram apa yg jd kat hjr ni. (hjr bkn nk takut2kan siti yer...sekadar kongsi cerita benar)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Seramlah..
Klu terjadi kat Lily.
X tau lah nk buat apa..
X nk duduk sensorg...

Elly Emmy said...

alamak seramnya siti..
kalau uda.. tak tahu lah..
mesti nangis2 tak moo duduk kat umah tu.. takut sangat..

saveme_zero said...

makhluk halus ni mmg ada...percaya dgn tak je tapi spesis ni mmg selalu akan kacau kita sbgi makhluk allah.

Syida said...

seramnye siti......
mybe biawak tu target kat siti je sbb siti cun sgt masa tido...huhu

Siti said...

kella: tu la..nasib papa boleh kira pandai gak la bab2 cam ni..

eh..siti benornya takde blog personal kella.. dah puas iti carii...huhu

Siti said...

ita: huhu.....seram gak..tu la..nanti one day nak gi gak cari ustaz.

Siti said...

hajar: Ya Allah....sampai camtu sekali pengalaman hajar...isk...mmg hajar ni kira leh nampak la benda2 halus ni yer...isk..kalau jadi kat siti, tak tau la siti nak buat camna...huhu..kuta jugak la semangat hajar ni yer.

LYaFRINA said...

eyhhh..mcm yer...pasti smua y blaku hnya Allah saja y mgetahuinya.. apa2 pun sbg manusia kna la slalu ada pegangan y kuat... slalu la pasang cd surah al-baqarah.. sbb surah tu mujarab utk mde2 mcm tu..

***dulu msa asya kecik2 hari2 psng surah tu.. trutama time tidur.. sbb mcm2 hal blaku.. org y kena dia faham la.. sape y xpernah kena mgkin akn pikir mcm2..

Siti said...

Lily: hehehhe....siti dulu penakut gak mcm lily ni. tapi skarang dah ok sikit

Siti said...

Uda: betul tu...mmg diorg ni ada kat mana2...suma kita leh nampak ke tak jer.

Siti said...

Syida: adoi..tergelak siti baca komen syida nih..hahaha

Siti said...

Lya: terima kasih..nanti siti cuba amalkan.

Siti said...

savemo_zero: yer..betul tu.

ciradelish said...

Siti, aku ada baca buku 'bercakap dengan jin'. Dalam buku tu menyatakan semua tu kerja JIN kafir. Jin kafir yang menyerupai mahluk lain. Semasa jin bertukar menjadi mahluk lain, jin² tu akan merasa sakit yang teramat.. dan jin² adalah penakut. Itu sebab kita mesti berani, bila kita takut, jin kafir suka. Jin yang paling jahat adalah jin yang memecahbelahkan suami isteri. semoga kita dijauhkan dari semua itu.. amin.

Siti said...

Mamacira: terima kasih tuk penerangan tu..baru siti tau..

miemiey said...

takutnya meremang bulu tengkuk miemiey ni....
hanya al quran mnjadi pegangan tuk kita semua kan..
syaitan ni boleh meyerupai pelbagai bentuk...
semata2 tuk menakutkan kita...

Siti said...

miemiey: tu la..betul tu...huhu

hajarus said...

Ya Allah... k.ct meremang bulu roma hajar baca.. dah la ekon opis ni kuat.. tambah kesejukan hajar...

hjr ni lau baca @ tgk cite seram mesti air mate mengalir... ni dok mengalir jer air mate hajar ketakutan...

harap la benda2 tu x kacau akak & family lg...