Apr 30, 2010

Credit Card......bagus ker tak?

Gambar dari En. google.

Dah lama benornya siti nak bukak topik ni. Sejak dari hari selasa lagi masa dengar topik ni dibicarakan kat suria.fm.

Sapa kat sini yang ada kredit kad? angkat tangan....hehehe....
Rasanya sekarang ni dah ramai yang ada kredit kad kan. Dah jadi macam keperluan lak. Lagipun sekarang ni tak susah sangat nak dapatkan kad kredit ni. Tapikan, siapa2 yang nak guna kad kredit ni, kena la pandai dah berhemah bila nak guna tu. Sesiapa yang suka sangat shopping, tak digalakkan untuk memiliki kad kredit. kang hutang bertimbun lak. Kalau lepas shopping, terus bayar ok la kan.

Siti lak ada 2 kad kredit. Kad kredit pertama siti apply dalam 4 tahun lepas rasanya, Maybank nya. Tu pun sebab siti fikir, susah la nak bayar cash time nak isi minyak. Nak jalan gi kaunter tu, tambah lagi kalau nak kejar masa. Lagi satu siti tak suka simpan cash banyak2 dalam beg duit.

Kad kredit yang kedua siti apply masa tgh shopping kat giant. hahaha..apply yang citibank giantnya. Leh dapat rebate. memula malas gak nak apply. Tapi, agent citibank tu pandai lak marayu-rayu...hahaha..tertewas gak akhirnya.

Walaupun siti ada 2 kad kredit, tapi siti bukan la jenis yang suka shopping gila2 nya guna kad kredit. Kad kredit mmg siti guna tuk isi minyak & shopping barang sikit2. Yer la, malas nak bawak cash kan. But, satu habit siti, lepas guna terus bayar yer. Contohnya kalau hari ni siti guna tuk beli barang, esoknya terus siti bayar. Kiranya siti cuma guna kad kredit bila siti ada duit dalam bank tuk bayar. Kalau takde duit, jgn guna. Siti paling tak suka hutang2 ni. Bukan apa, kalau sekali kita berhutang, nanti lama2 jadi kebiasaan lak kan. Betul tak?

Rakan2 blogger yang lain camna lak? Ada tak pengalaman2 yang tak diingini ngan kad kredit ni?

10 comments:

kitatauke said...

kad kredit penting mase kecemasan.....cuma jgn guna tak tentu hala...

nuraarin-life said...

Aarin pernah ada sampai 5 kad kredit, terpengaruh ngan agent la.. tapi tak sampai 2 bln pakai, aarin cancel kad tu..

Sekarang ada 3 kad, 2 kad sama mcm siti, satu lagi sbb utk insurance jer

Pernah juga lah ada masalah nak bayar sebab over pakai, tapi nasib baik famili tolong, kalau tak mmg pening..

Jadikan pengajaran..

SyidaMislan said...

ada 2 je kredit kad. 1 utk diri sendiri, 1 lagi untuk perbelanjaan entertainment client (yg ni opis byrkan).

Yan said...

bagusla siti amalkan sikap camni.. utang cepat2 bayar.. dah namepun berutang ye tak??

yan mmg takde kredit kad.. amek pengajaran dari asben.. dulu ade 3 kad.. skang 3-3 da lupus sejak economic down.. tak mampu nak bayar.. so skang ni duk setelkan utang jekla..

asben jenis pantang ade duit.. pantang kredit kad aktif.. bole tahan boros.. wlupun kadang2 tak nampakpun pe yg dibelanjakan.. tp lebeh byk tuk kete la.. repair tu repair ni..

AshAnas said...

Hm, shira plk br je apply kredit kad br2 ni... Nk guna untuk isi minyak n kot2 nk booking tiket flight etc... Shira pun mcm siti la, sboleh2nya bila de duit br guna, if xde duit jgn utang dulu kan.... Thanks for sharing, tepat pd masa shira tgh apply kredit kad....

-iLLa- said...

daku langsung xde kad kredit..hehee sumer cash term..

hutang dgn mn2 bank pun xdak...ekekeke

Noy said...

kalau waktu darurat,mmg berguna.i found it helpful..tapi try to limit urself on its usage..

Ena said...

hehehe..

kene pandai gune la kan.. kalo tak maunyer terbabas nanti... bahaye la kan!..

Intan said...

Betul tu Siti, kalo nak pakai make sure ada duit nak bayor balik kalo dak...mula lah bahaya hutang itu menjelma :D

Me satu je CC!

Zimah's Depart said...

zimah guna debit kad je..ada duit bleh la blnje..xde duit diam2 sudah..hehe..