Apr 13, 2010

Sesi potong kek @ rumah bbsitter

Kali ni siti nak posting pasal birthday Batrisyia kat rumah bbsitter. Kek yang siti buat hari tu, memang siti hantar kat rumah bbsitter jer la. Kalau kat rumah pun, budak berdua tu jer yang makan kek. So, bagi kat rumah bbsitter nampak meriah sikit. Lepas tu siti pesan kat bbsitter suruh ambik gambar masa potong kek, sebab siti memang tak sempat nak ambik gambar Batrisyia ngan keknya tu.

Jom layan gambar jer la yer. Tak tau nak cerita apa. Tapikan masa siti tengok gambar-gambar ni, siti tergelak sakan. Bukan apa tau, dah la gambar gelap pastu tengok la muka anak-anak siti tu. Habis dimake-up dek bbsitter. Merah menyala lipstik. Dah tu gambar gelap, dah macam anak K dah jadinya. hahahaha.....

Jannah, macam kelakor jer posing ni. Keras kemain.

Hahaha..siap ada jambul lak tu Batrisyia nih.

Dua beradik. Gambar ni nampak sangat perbezaan tinggi Jannah & Batrisyia. Rasanya Jannah macam cepat tinggi dah. Dulu, nak sama tinggi jerk. Rasanya Jannah ikut siti kot. Tinggi orangnya.
Masam mencuka BAtrisyia time ni. Apa ntah yang tak kena tu.

Nak potong kek pun masam gak. Adoiiii la....

Ha..gambar ni baru terang sikit. Sesi makan kek. Yang sebelah Jannah tu anak bbsitter yang bongsu.

Tiap-tiap pagi siti akan belikan sarapan tuk anak2. Ni tengah makan la ni.

Apa la budak berdua ni buat, Sambil makan, sambil main2.

Ni dah petang ni, diorg dah siap mandi. Tunggu ibu datang ambik.

Ni la bbsitter anak2 siti. Sesi makan kek lagi...hahaha

Wafi lak maintain tidur. Orang lain tengah makan kek, dia lak duk tidur. Apa nak buat, kalau berjaga pun bukan boleh tumpang makan sama. hehehe.....

26 comments:

~Siti Hajar~ said...

muka kakngah tu cam takut2 nak posing je, Jannah jgk yg maintain comei, cenyum aje..

bkn apa tu siti, kakngah teringat kat siti la tu masa dok potong kek, keknye ade tp ibunye xde...

Wafi jgk yg senang.. kaklong & kakngah nk makan kek ke, makanlah...wafi nak tidooo...

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Comel jer gambar diorg berdua tue.. :)

LYaFRINA said...

wowww.. dh mcm kembor dah..siap pakai lipstik tu.. cute2...

eyhh..siti ke buat kek tu??? comel la.. mcm y beli..siti ni kira mmg pandai masak la.. bestnyer...

ita cutevirus said...

siti,
waaahhh... bagusnyer bbsitter anak² siti.. huhuuhuhuhu...

mamalieyna said...

sedondon depa berdua tu ye...comeii! ^_^..best la dpt potong kek, then makan beramai2..

IbuHakimHaikal said...

comelnye pakai baju sedondon..teringat masa sy kecik2 dulu mak suke pkaikan bj sama mcm adik..huhu... ;)

::Mamalyna:: said...

amboiii, siap pakai siptik semua...siap baju sedondon lagi...awat masam jer muka tue...

Siti said...

Hajar: hahaha..Kak Ngah tu mmg susah sikit kalau bab2 nak posing.
tu la..agaknya dia ingat ibu dia kot..hehehe

Siti said...

Lily: terima kasih

Siti said...

Lya: hahaha...mmg selalu org ckp diorg ni kembor.
sikit2 leh la LYa..takde la pandai sgt.

Siti said...

ita: alhamdulillah...

Siti said...

Mamalieyna: terima kasih. tu la..kat rumah bbsitter meriah sikit.

Siti said...

IbuHakimHaikal: hehhee...sama la kita...sedondon gak ngan adik

Siti said...

Mamalyna: tu la..masam jer muka..tak tau la nape?

Ena said...

wahhh..
ena sgt suke biler nampak anak2 yg pakai sedondon nie.. nampak comei jer..
kak ngah posing cam malu2 jekk.. hehehe..
alahai.. yg lain dok jamu selera si adik leh tido lak.. x per la.. adik x leh makan pon kan!.. tido lg bets an!>. hihihi

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

cam anak K ke siti? bagusla..anak datuk K..wekkeke..sabar jela mak dia..cakap anak dia cmtu..uhuhu

bagusla bb siter siti
siap kasi depa makan sendiri
if bb siter rafiq jgan arapla
dia akan suapkan sbb taknak umah sepah2..uhuhu

dapnye kek!

mamamiera said...

amboiii ank dara siti hah.. melaram u..
ni misti mama nye yg mekap kan.. of courselah.. bestnyelah kalo pndai wat kek.. xyah bei2.. bleh decorate nak style gaya ape pon..

Siti said...

Ena: hahahha..kalau anak perempuan dua gitu la..kena la beli sama2..kang jeles lak...

Siti said...

rose: hahaha..ok gakkan anak dato' K.
anak2 siti mmg jenis nak mkn sendiri..kalau sepah leh sapu..hahaha

Siti said...

Mamamiera: bukan siti yg makeup tu..tu bbsitter la tu..hahaha

Shima said...

Siti ni mmg ibu mithali lah. Kek tu buat sendiri ke?

fantaghirolynn said...

wa.. cute nya siap ber make-up.. pakai baju sedondon.. rajin betul bbsitter melayan..

Ain said...

merah menyala bibir anak2 siti....

chomelll....

kek coklat ke tue.... share la resepi....

Siti said...

Shima: a'ah..wat sendiri. simple tu anak2.

Siti said...

Fanta: hehe..tu la.., bbsitter ni mmg rajin melayan.

Siti said...

Ain: nak resepi ker? rasnya dah ada letak sebelum ni. tgk kat resepi kek coklat kukus.