Apr 12, 2010

Stress. Tension, Penat, Geram..semuanya ada


Gambar ehsan dari En. Google

Hati berkecamuk hari ni. Stress sebab penat sangat. Pagi2 kelam kabut nak gi kerja sebab papa nak keluar awal. Walaupun naik kereta asing2, siti kena bersiap cepat2 sebab nanti kalau papa dah pergi dulu, siapa nak angkat anak2 masuk dalam kereta. Settle satu hal walaupun memang serabai habis la bersiap tuk gi kerja.

Ops, sebelum pegi sempat tanya papa, air dah isi ker belum dalam kereta sebab semalam papa bawak kereta pergi taman ngan anak2. Kereta yang siti bawak tu dah tua, 10 tahun lebih dah umurnya. Temperature senang sangat nak naik, air cepat kering. Siti kadang-kadang takut nak bawak, so siti bawak hilux papa jer la gi kerja. Tapi hari ni papa ada training kat Shah Alam, so dia nak kena bawak hilux. terpaksa la siti bawak jer kereta tu. Bila papa cakap dia dah isi air samalam, siti pun terus hantar anak gi rumah baby hantar & berdesup terus gi kerja.

Tapi malangnya, tak sempat sampai kat tol sunway, temperature dah naik sampai kat merah...huhu. Kena la siti berhenti kat perhentian. Bukak bonet depan, tengok asap dah keluor. Dah la pagi ni panas, berpeluh2 siti. Papa lak ada training, so malas la nak kacau. Just call papa tanya apa nak buat. Nak tak nak siti kena tunggu sampai sejuk dulu. Pastu baru leh isi air. Dalam 30 minit siti tunggu, baru la siti letak air. Mak aiiii, memang kering betul. Patut la berasap. Selalunya kalau letak air pagi-pagi sebelum siti gi kerja, memang sempat la sampai office. Ni mesti air memang dah sikit dah. huhu.....Panas lak tu pagi ni. Cahaya matahari terik sungguh.

Lepas dah sisi air, cek temperature. Bila dah ok barulah siti jalan. Alhamdulillah, sempat gak sampai office. Yang menambahkan lagi ketensionan, dah la kepala otak tengah berserabut ni, boss suruh draft letter lak. Adoiiiiii, tengah2 stress camni mmg kepala blank lah, camna nak mengarang nih....huhu..... Takpe la, ujian dari Allah swt. Siti bersabar jer la. Apepun, siti nak rest dulu, nanti2 bila dah ok, baru leh jenguk blog kawan2. Cau cin cau...


16 comments:

Gieyana said...

alahaii sian kt ko..mesti kelam kabut jdnya..

IbuHakimHaikal said...

Siti jgn stress2...tarik nafas..lepas...tarik nafas...lepas...tarik nafas dalam2...lepassss....mcm mane lega x...jgn mare..;)

kella said...

alamak..siannya
paham..paham.. sebab ku jua pernah mengalaminya!
baru je minggu lepas terjadi sesuatu kat keta! baru nak uat entry pasal tu rini! huhuhu..
apa2 pon, betul tu, ada hikmah disebalik setiap kejadian! hadapi dengan tenang..

~~*Ummi AFD*~~ said...

Sian siti... Rileks2 okeyh... Jangan stress...

Tu la, kalau kepala tengah serabut memang la susah sket nak concentrate pada kerja...

firahadifa said...

ala.. ciannyer u ... nasib baik sempat gak sampai opis!

SyidaMislan said...

Siti,
tarik napas panjang2.mesti ada hikmah...tup..tup..papa blikan siti kete baru...yeay!

iz-AnN عبداللطيف said...

fuhh fuhh...esok papa order keta baru tuk siti ye...:p

::Mamalyna:: said...

siti, betul kata izan tue ct, esok konpom papa order keta baru tuk siti...cam persona elegance ke or alza...memang cun tue...

Siti said...

Gieyana: haa..mmg kelam kabut la.

Siti said...

IbuHakimHAikal: Thanks. lega sikit rasanya

Siti said...

kella: pernah gak ker alami..huhu..tula..maybe ada hikmah kan.

Siti said...

Sal: tu la..adoiii...kalau time bercinta leh la karang surat hehehe

Siti said...

Firahadifa: tu la...alhamdulillah

Siti said...

Syida: bertuah la kalau gitu...keta hilux tu pun baru beli

Siti said...

Izan: takde maknanya....hahaha

Siti said...

Mamalyna: hahaha...takde la..papa pun abru jer beli hilux tu..frsh lg..nak hutang lagi? huhu..taknye la