Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Aug 4, 2010

Terpilihhhh....

Ini la padahnya bila dah lama tak jenguk blog....hahaha....segala perkembangan semuanya tak tau...

Tadi dpt YM dari Pot Pet Mek Ros, dia bg tau siti dapat hadiah tuk BABY WITH SOOTHER/FEEDING BOTTLE CONTEST anjuran N.A.I

Huhu..terkedu kejap...sebab tak ingat dah pasal contest tu...hehehe...
Terus la siti pergi belek2 balik contest yg siti dah pernah sertai. Belek2 punya belek, terjumpa lah...hehehe..rupa2nya gambar Batrisyia terpilih sebagai 3 peserta pertama yang menyertai contest tersebut. Alhamdulillah..ada gak disediakan hadiah.

Dah lama pun N.A.I umukan penerima hadiah tu...huhu..tak tau la valid lagi ker tak nih...Apepun siti still nak publish gak kat sini..As kenang-kenangan...

Gambar yang terpilih adalah gambar Batrisyia (siti bagi 2 gambar, satu Jannah & satu Batrisyia). Ni kira kali yang kedua la tuah gambar Batrisyia ni. Alhamdulillah....Terima kasih pada N.A.I yang menganjurkan contest yer. :)

Nama kat gambar Siti Miftahul Jannah, tapi sebenarnya gambar ni milik Siti Miftahul Batrisyia. hehehe..Keliru dah N.A.I tengok yer. :)



May 7, 2010

BABY WITH SOOTHER OR FEEDING BOTTLE Contest


Ting..tong....kali ni siti nak join contest yang dianjurkan oleh NAI setelah di TAG oleh Mamalieyna aka Eina. So, bilaa dah kena TAG kena la buat..hehe3..Terima kasih Eina sebab TAG siti, tergerak gak nak join contest nih. Kalau tak siti ni ala2 liat sikit nak join contest. hahaha...

Nak join kena ikut Syarat2nya la yer...bukan senang nak dpt hadiah...

1. Jadi FOLLOWER blog ni – ngeee..;) - DONE

2. Buat ENTRY berkenaan dgn contest - DONE

3. COPY banner di atas and letak kat side bar blog u all dengan link sekali la. - DONE

4. Upload SATU atau DUA gambar anak yang berumur in between 0-4 tahun dengan PUTING atau BOTOL SUSU atau KEDUA2NYA sekali pn boleh tp jgn lebih dua keping. - DAH UPLOAD

5. Sertakan sekali nama anak, tarikh lahir, dan email u all untuk dihubungi - OK

6. Sila TAG kepada member2 anda yang ada anak..berapa TAG pn xkesah at least SATU

Nak TAG kat :

1. Noza
2. Siti Hajar
3. Ina
4. Lya
5. Mamalyna

7. Dan last sekali JANGAN la lupa tinggal komen berserta linknya kalau tidak nanti cane N.A.I nk terjah untuk confirmation u all nanti. - DONE


Dan gambarnya adalah:

Nama Anak: Siti Miftahul Batrisyia
Tarikh Lahir : 09.04.1997
Email: ctmysara82@yahoo.com

Ni gambar Batrisyia awal tahun lepas. Sekarang ni Batrisyia dah tak minum susu lagi, so memang takde la gambar terkini ngan botol susu. huhu

Nama Anak: Siti Miftahul Jannah
Tarikh Lahir : 08.04.1996
Email: ctmysara82@yahoo.com

Ni gambar Jannah masa awal tahun lepas gak. Jannah pun dah tak minum susu lagi sama ngan Batrisyia. Sorang berenti, dua2 kena berenti....hahaha

Tarikh tutup contest ni adalah pada 6.6.10


Hadiah dari Izan

Taraaaa..hehehe..ni nak tunjuk hadiah yang siti terima dari Izan sebab menang contest " Aksi baby bersama floater". Dah dua hari siti terima hadiah ni dari Izan, ni baru nak buat entry. Hadiah dah bukak dah pun. Yang paling excited mesti la Kak Long & Kak Ngah. Suka diorg kalu dapat mainan nih. Maklum la, ibu diorg ni bukan selalu sangat belikan diorg ni mainan..hahaha...
Terima kasih Izan yer. Lain kali leh la wat contest lagi yer. :)

Kak Long ngan aksinya..hahaha..masuk ker tak agaknya tu.

Ni tengah berebut. Kak Long nak main, Kak Ngah pun nak main gak.

Akhirnya, Kak Ngah gak yang dapat. he3

Apr 27, 2010

Contest Seiras Wajah

Dah lama rasanya siti tak join contest. Tetiba tergerak hati tuk join contest seiras wajah yang di anjurkan oleh UmmiAbbiQis ni. Dah nak hampir tutup pun penyertaan tuk contest ni. hehehe...Tengok listnya memang ramai yang mencuba nasib.

Gambar seiras wajah yang siti pertaruhkan adalah :-

Kategori : Ibu & Anak
Nama Ibu : Siti
Nama Anak : Muhammad Aliuddin Wafi Bin Hardi
Tarikh Lahir Anak : 27/11/2009

Persamaan yang ada: Ramai yang cakap muka wafi memang sama ngan muka siti (papa jgn jealous yer). Papa pun setuju gak muka wafi sama ngan muka siti terutama sekali tang kening & mata. Papa selalu usik siti psl kening siti & wafi tu. Papa cakap " asal kening wafi takde macam kening ibu, tak macho la"..huhu..sabor jer la. Lagi satu persamma wafi ngan siti, wafi sangat2 manja & kuat nangis macam siti masa kecik2 dulu. he3.

Sapa2 yang nak join, masih ada masa lagi tau sampai 30/04/2010 ni. Klik jer kat banner kat atas tu k!

Apr 12, 2010

Alhamdulillah..terpilih gak sebagai pemenang

Waaa....tetiba hati berbunga riang. Thanks Izan sebab menceriakan hari siti yang suram tadi. Gambar Batrisyia yang siti pertaruhkan tuk "Aksi Baby Bersama Floater anjuran blog Izan terpilih antara 3 pemenang bertuah. Kiranya hadiah harijadi tuk Batrisyia gak la ni. hehehe....
Waaa..baru siti tahu begini rasanya bila kita menang contest/giveaway. Patut la ramai yang join kalau blogger buat contest yer. Siti ni memang tak banyak join contest, so tak kisah sangat la kan. Yang mana sempat atau tengah2 bosan tu siti masuk la.

Ni la gambar Batrisyia yang siti pertaruhkan tuk aksi baby bersama floater tu.

Komen juri terhadap gambar ni lak : kami pilih sebab aksi yang dipamerkan oleh adik ini. Sangat menepati citarasa dan kehendak kontes. Cubaan senyum itu mungkin tidak menjadi, tapi tetap merupakan satu aksi menarik dari si Comel. Tahniah.

Terima kasih sekali lagi Izan & para juri. Ummmuuaaaahhhh....


Apr 11, 2010

Siapakah Penerima Hadiah ini?

Siapakah penerima hadiah kat bawah ni????


Pemenang bagi Teka Teki Teka Tekuk telah pun dipilih. Jom kita tengok pemenangnya adalah....

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

TAHNIAH buat Mamalyna kerana telah berjaya menjawab teka teki dengan betul & berjaya memikat hatiku dengan slogannya itu. Jawapan & slogan dari Mamalyna berbunyi:

"ejan rasa hadiah tu adalah jam tangan...

Siti & Papa perlu bercuti ke PULAU LANGKAWI kerana ia adalah salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi, siti boleh bawak anak2 menaiki cable car, berkelah di pantai cenang sambil anak2 dapat mandi laut dan membuat istana pasir, menikmati makan malam di tepi pantai yang amat fresh sambil mendengar desiran angin dan ombak yang menghempas pantai, dan siti boleh jugak shopping..."

Buat yang tak berjaya, jangan sedih hati...kalau ada rezeki siti akan buat lagi byk contest lepas ni. Just doakan semoga siti murah rezeki yer.

P/S: Mamalyna, tolong emailkan address & phone number pada siti yer. ctmysara82@yahoo.com


Apr 8, 2010

Teka Teki Teka Tekuk GiveAways by Siti (JAWAPANnye adalah.....)

Yuhuuu..ada ker yang ternanti2 jawapan tuk teka teki teka tekuk ni yer. Heheheh...siapa agaknya yang menjawab dengan betul? Jom kita cek jawapannya.

Hadiah yang siti berikan untuk papa pada tahun ini adalah....
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Jam Tangan

Siapa yang jawab betul, sila angkat kain, eh silap...angkat tangan. Kita tengok siapa yang kena. Hahaha..siti belum pergi cek lagi siapa yang bagi jawapan dengan betul. Jap lagi nak gi skodeng.
So, siapa yang bagi jawapan dengan betul, sila tunggu keputusan muktamad yer, sebab siti akan pilih berdasarkan slogan paling MELETOP. Tungguuuuuu....

Teka Teki Teka Tekuk GiveAways by Siti (Closed)

STICKEY MODE until 8/4/10. For new entry please scroll down.

Buat semua sahabat-sahabat siti yang siti sayangi, yang baru & yang lama adalah dijemput untuk menyertai GiveAways ini. Caranya mudah sahaja. Cuma teka apakah hadiah Anniversary yang siti berikan buat papa tahun ni dan penuhkan slogan berikut (ikut suka la nak panjang mana):

Siti & Papa perlu bercuti ke ......................... kerana ..................................

Kalau ada sesiapa yang nak mencuba, boleh tinggalkan jawapan anda diruangan komen yer BOLEH JAWAB SEKALI JER TAU..jangan lebih-lebih). Senangkan.


Pemenang akan diputuskan berdasarkan jawapan yang betul dengan slogan yang menarik.
Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 8/4/10, 12.00pm. Pemenang akan diumumkan bila tiba masanya. Keputusan adalah muktamad yer.

Hadiahnya adalah:

Spreader of Essence With Rattan Sticks by Lovely Lace (35ml)

"SELAMAT MENCUBA"

Teka Teki Teka Tekuk GiveAways by Siti - Lagi 30 minit sebelum tutup..cepat2

Ada lagi 30 minit sebelum teka teki ni tutup. Sapa-sapa yang lum join giveaways ni, cepat-cepat join yer. Nanti nyesal..eeewaaahhhh. Segala rayuan tidak diterima yer. Kalau nak join leh klik SINI.

P/S: Jawapan akan dimumukan hari ni jugak..hehe..Pemenang akan dimumukan esok.

Apr 7, 2010

Hadiah tuk pemenang saguhati

Siti dah beli hadiah tuk pemenang saguhati Contest: You & Me - Lover Forever. Alhamdulillah, Allah bagi siti sikit masa tuk cari hadiah ni. Hadiah tak seberapa, tapi siti ikhlas sepenuh hati tuk bagi hadiah ni.

Setakat ni cuma 4 orang jer yang emaikan siti address , Beauty, Yaya, Nisa & Naurah Napiha. Lagi 2 orang, Rose & Liely siti lum dapat addressnya (ker siti yang tak perasan). Rose & Leily, tolong emailkan address secepat yang mungkin yer.

Hadiah dah siap dibalut.

Hari ni dah courier 4 hadiah. So, buat Beauty, Yaya, Nisa & Naurah, esok hadiah akan sampai k!

Mar 28, 2010

Contest: You & Me - Love Forever (Pemenangnya adalah...)

Akhirnya..pemenang telah diketahui. TAHNIAH buat Ena kerana telah berjaya memikat hati juri dengan gambar yang yang begitu UNIK sekali.
But, buat 6 lagi peserta yang lain. Jangan sedih yer. InsyaAllah siti akan sediakan hadiah saguhati buat anda. Senyum sikit k!


Hadiah yang bakal Ena terima adalah:

Red VR Round J/Box by Lovely Lace..and

Tiger Lily Fragrance Sachet by Lovely Lace.

Untuk Ena & 6 lagi yang terpilih dalam Top 7: Tolong emailkan nama & alamat ke email siti, ctmysara82@yahoo.com. Siti akan cuba untuk menghantar hadiah secepat yang mungkin.

Mar 24, 2010

Contest: You & Me - Love Forever (Full List)

STICKY MODE UNTIL 24/3/10 - New Entery please scroll down

Terima kasih kepada semua yang telah turut serta melibatkan diti dalam contest yang siti anjurkan. Buat rakan-rakan yang telah menyertai Contest: You & Me - Love Forever, sila semak gambar masing-masing yer. Mana tahu kot2 siti terlepas pandang penyertaan anda. Sekiranya gambar anda tidak ada dalam senarai, sila inform siti secepat yang mungkin di ruangan komen.

Penyertaan yang siti terima agak menggalakkan, semuanya cantik2 belaka sampai siti pening kepala nak buat keputusan. Nampaknya siti perlu mencari juri-juri yang bertauliah tuk mengadili gambar-gambar yang diberi. InsyaAllah siti akan umumkan Top 3 sedikit masa lagi. Hanya seorang pemenang yang akan dipilih. Harap Maklum.

Mar 23, 2010

Contest: You & Me - Love Forever (Closed)

STICKY MODE: Until 23 March 2010 (Untuk Entry Baru Sila Scroll Down)

Wah...wah..wah...bukan main yer cik siti (cik ker??) ni yer. Orang lain nak buat contest, dia pun nak buat jugak....hahaha...jangan marah yer...saja nak memeriahkan suasana berblogging ni...

Oklah yer..berbalik kepada contest yang siti anjurkan ni....

Ianya sempena ANNIVERSARY siti & papa yang KE-5 papa 26/3/2010....tak sangka rupanya dah hampir 5 tahun usia perkahwinan kami. Huhu..dah pun dikurniakan 3 orang anak...express tak???hahaha....

Jom kita cek apa syarat2 tuk join contest: You & Me - Love Forever ni yer...

1. Semestinya ia terbuka kepada semua bloggers yang berminat & digalakkan MENJADI FOLLOWER blog Yang Ku Sayang.
2.Buat satu entry untuk contest ini. Letakkan banner contest ini & GAMBAR ANDA BERSAMA SUAMI atau ISTERI atau ANAK2 atau KAWAN2 di dalam entry anda. Seelok-eloknya biarlah gambar itu menunjukkan suasana romantik (untuk yg dah berkahwin yer) atau gambar yang penuh dengan sifat kasih & sayang.
4. Letakkan komen berserta url blog anda di ruangan comments untuk menunjukkan anda telah menyertai contest ini.
5. Tarikh tutup untuk contest ni adalah pada 23 March 2010 (Selasa), 12.00pm. Pemenang akan diumumkan pada 26 March 2010.

Hadiah Misteri akan menanti pemenang yang bertuah!!!!
Jangan lepas kan peluang yer.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mar 19, 2010

Ting Tong: Keputusan Cabutan Bertuah

Yuhuuuu..mesti ramai yang duk tertunggu-tunggu keputusan cabutan bertuah tuk Set Snoopy tukan. Maaf dari siti sebab lambat buat cabutan bertuah ni. Entah la...macam-macam halangan yang berlaku.

Tapi, alhamdulillah..akhirnya siti berjaya gak dapatkan pemenangnya.


Seperti yang rakan2 semua tahu siti dah buat cabutan yang pertama, tapi tak disahkan sebab satu nama tertinggal. Pastu malam yang kedua tu siti nak buat, papa lak tinggalkan kamera kat office, so siti terpaksa tangguh lagi.


Kat bawah ni adalah proses cabutan bertuah tuk malam ketiga...


Ni la senarai nama yang siti buat. Harap kali ni takde yang tertinggal yer.


Kak Long dah siap sedia nak cabut satu nama.

Dah dapat satu. Tapi belum pun sempat kak long bukak nama tu, siti dapat call dari kampung pasal kematian nenek siti. Terus kelam kabut siti suh kak long simpan semula sebab siti kena kemas baju.huhu....so, batal lagi.


Lastly, siti buat gak cabutan bertuah ni malam semalam masa baru sampai dari kampung. Masa ni dah kul 12 malam yer, anak2 dah tidur pun. Tapi, siti taknak hampakan rakan-rakan yang dah lama tunggu keputusan ni. Siti terpaksa la cabut sendiri satu nama.

Dan akhirnya...penerima set pinggan Snoopy adalah seperti yang tertera di bawah yer. Tahniah siti ucapkan buat Hanin. Buat rakan-rakan yang lain, jgn kecewa yer. InsyaAllah kalau ada rezeki, lain kali siti buat lagi cabutan bertuah ni yer.


To Hanin: Tolong contact siti tuk tuntut hadiah ni yer. leh email siti, ctmysara82@yahoo.com.
Siti tak pasti lak leh courier ker tak. Risau jer takut pecah. Kalau boleh, Hanin mai ambik kat rumah/office siti yer.