Aug 24, 2009

Buah Melaka/Onde-Onde


Kalau bulan puasa memang tak sah kalau tak buat buah melaka ni. Kalau buat mesti nak hantar ke surau sekali tuk moreh. Sebab simple je nak buatnya kan. Tapi bila duk berdiri jer menggentel buah melaka ni, memang naik lenguh kaki. Tambah2 lagi kalau buat banyak. Kali ni siti buat guna 1 1/2 kilo tepung pulut. Menang naik menggigil kaki. hehehe....

Bahan-bahan:
1/2 kilo tepung pulut
Air perahan daun pandan/pewarna hijau dicampur dengan air
Gula melaka - yg telah dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - ambik bahagian putihnya
Satu sudu kecil garam

Cara:
1. Kelapa & garam disatukan dan digaul sehingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan air di dalam periuk.
3. Sementara menunggu air mendidih, satukan tepung dan air daun pandan sedikit demi sedikit. Uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan atau adunan boleh digentel.
4. Ambil tepung sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Letakkan sedikit gula melaka di tengah2 & tutupkan semula. Bentukkan bulat2.
6. Masukkan kuih yang telah dibulatkan ke dalam air yg telah mendidih.
8. Apabila kuih masak, ia akan timbul & bolehlah diangkat.
9. Golek2kan di dalam kelapa yang telah dicampur garam tadi. Hidangkan

Udang Galah Masam Manis (my style)

Sehari sebelum puasa siti mintak papa belikan udang galah. Dapat sekor pun jadila. Punya la teringin. Dah terbayang dalam kepala nak masak masam manis. Alhamdulillah, tercapai hajat siti bila papa bawak balik 4 ekor udang galah yg besor2 ni. Puas hati. jadilah juadah berbuka tuk hari kedua puasa. Makan lak bersama nasi beriani.

Bahan-bahan:
4 ekor udang galah besar
Serbuk kunyit
Garam

1 labu kecil bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu cili kisar
4 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 susu kicap soya cair
1 sudu madu
Minyak masak
1 labu bawang besar - dihiris bulat2

Cara:
1. Goreng udang yang telah diperap bersma garam & serbuk kunyit sehingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan dua sudu minyak masak. Tumis bawang sehingga terbit bau. Masukkan cili kisar & tumis sebentar.
3. Masukkan semua jenis sos bersama madu. Tambah sedikit air.
4. Masukkan udang bersama bawang besar yg telah dihiris bulat2. Kacau rata.
Jangan masukkan garam & gula kerana sos yang digunakan sudah cukup untuk memberikan rasa masin, manis & masam.

Acar Mentah


Kalau dah ada nasi beriani, kari daging..memang tak sah la kalau takde acar. Siti buat acar mentah jer sebab ni la favourate siti. Ratah mcm tu jer pun dah sedap. Tambah lagi, nak membuatnya senang sangat. Jimat masa.

Kari Daging Teltel


Ni la lauk tuk dimakan bersama nasi beriani kat bawah tu. kebetulan papa daa beli daging teltel ni masa gi pasar. So, siti buat jer la kari yang simple & senang nak buat. Kalau buat kari memang ni jer la resepi yang siti guna.

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging teltel
1 labu bawang besar + 2 ulas bawang putih - dicincang/dikisar
1 cm halia - dihiris
2 sudu cili kisar
2 sudu rempah kari daging - dicampur sedikit air
1 kotak santan 200ml
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu kerisik
2 biji kentang - dibelah 4
Minyak masak
Garam & gula

Cara:
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang & halia sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar & rempah kari. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging. Kacau rata.
4. Masukkan air asam jawa, kerisik, garam & gula.
5. Masukkan air (agak2 sehingga daging empuk). Biarkan sehingga daging empuk & air sedikit kering.
6. Kemudian masukkan santan & kentang. Kacau & biarkan sehingga mendidih sebentar sebelum diangkat.


Nasi Beriani


Dah banyak kali gak siti masak nasi beriani rasanya. Tapi kali ni siti cuma pakai rempah beriani Faiza & follow resepi kat belakang pek dia tu. Ni nasi beriani yang paling simple sgt siti buat. Boleh tahan la rasanya..sedap. Tapi ada jugak bahan2 yg siti skip sebab takde stok. Kelainan pada nasi beriani ni, dia letak jus oren sikit. hehehe..Siti salin jer la resepi ikut bahan2 yang siti letak yer.

Bahan-bahan:
2 port beras basmathi - cuci & toskan
3 sudu marjerin
3 sudu minyak sapi
1 labu kecil bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga (bahan2 tumis)
2 sudu rempah beriani faiza
1 sudu jus oren - siti pakai jus sunquick tu
1 ketul kiub ayam
1 1/2 cawan air
1 cawan susu cair

Cara:
1. Panaskan marjerin & minyak sapi di dalam rice cooker (siti angkat periuk rice cooker tu letak atas dapur gas)
2. Masukkan bahan2 tumis & bawang. Tumis hingga terbit bau.
3. Masukkan rempah beriani & tumis sebentar.
5. Kemudian masukkan air bersama susu cair. Setelah hampir mendidih, masukkan jus oren & kiub ayam.
6. Kacau sehingga air benar2 mendidih, masukkan beras. Kacau sedikit.
7. Letakkan semula periuk rice cooker ke tempatnya & biarkan sehingga nasi masak.

Boleh ditambah dgn kismis, gajus & daun pudina jika suka..Siti takde stok semua ni.

Apam Balik (NoorMasri)


Hati berkobar2 nak buat apam balik lepas dapat non stick pan tu. Hehehe...terus pi belek2 resepi. Terjumpa lagi resepi kat umah k ummi ni. Apalagi terus la cilok. So, apam balik telah menjadi juadah berbuka puasa dihari pertama. Senang jer nak buat. Tak percaya...cuba la. Kata k ummi, dia dpt resepi ni dari BroRozzan & BroRozzan lak ambik resepi dari Kak NoorMasri. Apa pun siti copy jer la resepi dari umah k ummi ye...

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
¼ cawan gula
½ sudu teh soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan susu segar
½ sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng (dimesin atau tumbuk kasar2- untuk ditabur)
1 tin jagung krim (untuk ditabur)
1 cawan gula (untuk ditabur)
sedikit mentega (untuk disapu pd permukaan apam balik setelah masak)

Cara-Cara:-
1.Pukul gula bersama telur hingga kembang.
2. Masukkan soda bikarbonat, susu, baking powder dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan kacau rata-rata agar adunan tidak berbintil-bintil.
4. Panaskan acuan apam balik dan sapukan sedikit minyak rata-rata di sekelilingnya.
5. Ambil satu atau dua senduk adunan (bergantung kpd ketebalan yg anda suka) dan tuangkan ke dalam acuan dan ratakan dgn belakang senduk tu. Tutup acuan tu sebentar - abt 2-3 minit (kalau takde penutup kayunya, dgn tudung periuk pun Ok lerr).
6. Apabila setengah masak, taburkan gula, kacang tumbuk dan juga jagung tadi. Tutup semula dan biarkan sebentar (abt 2-3 minit) atau sehingga ia masak.
7. Angkat, lipat dua dan sapukan mentega pd kedua-dua permukaan apam balik ini.

(Note : Anda juga boleh menggunakan kuali leper non-stick utk membuat apam balik ini. Tak perlu gunakan/sapukan minyak pada kuali nya.)

Taugeh Goreng + Tauhu Telur

Hehehe..taugeh ni pun nak interprem gak yer bulan2 puasa ni. Bumbu tuk sayur ni siti pakai bawang besar + bawang putih + ikan bilis + cili padi, tumbuk separa hancur. Tumis cam biasa, baru la letak segala sayur bersama tauhu telur yg telah digoreng terlebih dahulu. Senang sangat.

Butter Prawn

Lagi menu tuk hari pertama puasa. Cedok resepi butter prwan ni dari dapur k ummi. Siti memang suka tgk menu2 lat umah k ummie tu. Terliur jer..Tapi jgn gelak tgk udang siti yg kecik senonet tu jer. Tak plan pun nak masak butter prawn ni benornya. Tu yang siti pakai jer udang yg ada kat umah.
First time buat ni menggigil gak la tangan bila bab yg nak kacau telur tu..hehehe..nasib la jadi rupa apa pun..yg penting rasa tetap sedap.
Mintak izin copy paste resepi yer k ummi. Resepi asal dari Nita.

Bahan-bahan:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
sedikit daun kari
sedikit cili padi (siti tak letak)
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara-Cara:-
1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.
2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah masak,ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu.
4. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
5. Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
6. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2.
7. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan

Ikan Terubuk Bakar Portugis

Menu tuk berbuka puasa pada hari pertama Ramadhan. Siti ambik resepi ni dari rumah kak zana. Kak zana lak ambik resepi ni dari blog Nureen. Siti tak pasti lak resepi asal datang dari siapa. Tapi memang dah ramai yg mencuba resepi ni. Memang sedap sgt. So, siti copy & paste jer la resepi dari blog k zana. hehehe...

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung.. ( siti guna sebelah ikan terubuk)
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang & aluminium foil

Bahan2 kisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 Sudu jintan manis (siti tambah sendiri)
2 sudu jintan putih (siti tambah sendiri)
1 sudu ketumbar (siti tambah sendiri)
2 batang serai
2cm lengkuas
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi (siti tak letak)
2 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis

Cara:
1. Panaskan minyak ,tumis bahan2 kisar sehingga wangi
2. Masukkan sos cili thai dan kacau rata ,bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula. Angkat.
3. Letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil. Sudukan sedikit kuah ,letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
4.Taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
5. Bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
6. Boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper

Kalau ada ikan bakar, mesti ada air asam kan. Resepi yang mcm biasa siti buat. Asam jawa + belacan + bawang bessar + cili padi + tomato + garam & gula.

Aug 21, 2009

Kad Ucapan Puasa buat Rakan2....

Buat sahabat2 blogger sekalian, sudilah kiranya mengambil kad puasa siti yang tak seberapa ni yer....Semoga persahabatan kita berkekalan & bertambah erat.


Siti & keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.
Ampun dan maaf siti pinta jika selama perkenalan kita, siti ada menyinggung hati sesiapa sahaja samada secara sengaja atau tidak. Tidak penah terniat di hati untuk melukai hati sesiapa pun....

Aug 20, 2009

Cempedak Goreng


Teringin punya pasal, balik dari kerja terus gi cari cempedak. Beli la sebijik dalam 3 kilo gitu. Balik umah terus belah. Makkk oiii byk betu isinya. Besar2 lak tu. Simpan dalam peti ais dulu. Esoknya baru siti goreng. Dua hari berturut2 gak la siti goreng cempedak ni. Layan sorang2 jer..hehehe...

Aug 19, 2009

Hadiah dari World Kitchen

Huhu..benornya siti kepenatan hari ni. Baru masuk office setelah bercuti dua hari sebab attend konvokesyen adik kat UTM, Skudai. Kepala pun dah ting tong sikit ni + rasa sakit tekak. Tapi seperti yg dijanjikan, siti tayang gak la hadiah yg siti menang peraduan dari World Kitchen tu.

Ni kali kedua siti siti masuk peraduan dari World Kitchen ni & kali kedua gak la siti menang. Sebab apa leh menang yer? Sebabnya peraduan dia senang la sgt. Kalau kita rajin confirm leh menang. Peraduan yg siti masuk ni cuma wat survey (jawab soalan yg simple sgt, takyah fikir2) & bagi diorg list email rakan2 tuk diorg forwardkan email mengenai Wold Kitchen. Tu jer...mudahkan. Kadang2 diorg wat peraduan main game. Tu pun mmg senang sgt2. Game budak2 jerk. Tapi siti memang malas nak main game tu. Peraduan diorang berterusan tau. So, kalau sapa2 yang rajin & nak menang hadiah macam siti ni, leh gi kat laman web diorg http://www.worldkitchenasia.com/ap/aboutus.aspx, pastu klik kat Contest/Promotion. Tapi kena register dulu baru lah leh masuk peraduan tu. Kalau tak silap siti game diorg kali ni main susun2 puzzle. Siti tak minat sngat main2 game nih. So, Selamat mencuba tuk sapa2 yang nak masuk peraduan tu yer.

Kalau masa first time menang hari tu siti dpt dinner set Correle worth USD 60. Kali ni lagi mewah hadiahnye. Jom cuci mata tgk kat bawah ni. Semuanya ni kalau tak silap siti la harga dia dlm USD 218.

Tengok la hadiah dia, berkotak2. Siti siap bawak troli masa nak gi ambik tu. Hehehehe.

Bila dapat baking set ni kan, hati duk berkobar2 dah nak beli oven. Tak sabar nak berbaking. List pertama nak buat lasagna. Hehehhe...


Pastu dapat lak dua kuali pyrex ni. Memang idaman hatiku sebab siti lum pernah ada lagi nonstick pan camni. Kat umah pakai kuali biasa tu jer. Lepas jer dapat kuali baru ni, yang lama terus siti simpan...hahahahha...jahat sungguh.


Last sekali siti dapat set pinggan corelle ni. Setiap satu pinggan ada 2 set. Cukup la tuk Kakak & Adik.
Cuma tak best sikit sebab gambar karton snoopy tu. Tapi memang cute la. Set ni takde jual kat Malaysia yer, yang ada cuma kat Korea jerk.

Aug 14, 2009

Saje jer

Huhu...hari ni Jumaat datang lagi...syoknya, esok cuti. Tapi kali ni cuti lama sikit sebab isnin & selasa siti ambil cuti gak. Isnin ni nak ke UTM, Skudai tuk attend konvokesyen adik. Alamak! baru teringat, lupa nak beli mask. Huhu..kena cari gak ni. Nanti kat sana mesti ramai orang.
Dalam hati ni duk risau gak psl kes H1N1 ni. Tapi tawakal ker la. Harap2, dijauhkan dari musibah..

Tadi tengah hari siti gi ambik hadiah. hehehe..siti menang contest worldkicthen. Penat sungguh sebab banyak rupanya barangnya. Tapi, very excited. Nanti siti post gambar hadiah tu kat sini yer.

Ok la..nak kena sambung wat kerja la..hehehe..rajin la konon...

Aug 7, 2009

Ikan Patin Masak Tempoyak

Huhu...ada citer disebalik kisah ikan patin ni..tak tau la citer sedih ker citer gembira ker atau citer takde perasaan...

Ikan patin ni benornya ada org bagi. Siti tak kenal pun. Kebetulan masa gi beli lauk kat kedai runcit dekat umah hari tu, ada sorang abang ni tgk duk potong2 ikan patin ni. Dia baru lepas balik mancing. Pastu dia tanya siti, " nak ikan patin tak?". Dalam hati duk fikir..siti bukannya makan ikan patin, kalau kuah dia yg masak tempoyak tu siti makan..hehehe. Tapi seingat siti papa pernah citer dia makan ikan patin. So, siti pun ambik la 2 keping. Ikan ni mmg besor tau. Memula dia nak bagi sebelah. Adoiiii, apa nak buat byk2.

Dua hari selepas dapat ikan patin ni, siti pun mula la projek memasak. Siti pernah tengok & rasa kuah ikan patin masak tempoyak. So, leh la agak2 camna nak masak. Sambil tu try la usha resepi sana sini. Senang jerk rupanya..hehehee..Tapi rasa tak tau la camna..Petang lepas balik kerja, singgah kedai beli daun kesum, bunga kantan & kunyit hidup. Cari punya cari..tempoyak lak takde. Nasib baik sebelum tu Anis (Mama Club) dah nak sponsor tempoyak kalau takde kat kedai. So, sebelum balik umah, singgah umah Anis dulu ambik tempoyak. Dah janji ngan Anis nak bagi ikan patin masak tempoyak kat dia. Hehehehe..

Sampai umah, apa lagi..bersilat la masak 2 keping ikan patin tu. Sap sap sui..siap la.
Aruma tempoyak..takyah citer la...rasa tak sabor nak hirup kuah. Tapi yang mengharukan, rupanya papa pun tak makan ikan patin. Huhuhu...pakat duk makan kuah jer. Kalau tahu siti tak ambik dari abang tu. Nasib baik la sehiris dah bagi Anis. Berbaloi la jugak penat memasak ada gak org makan. Kalau tak terbang dalam tong sampah jer la ikan patin tu. Huhu..apa nak buat..kesimpulannya len kali cek dulu ngan papa sebelum nak masak ikan pelik2. Tapi yg siti heran, papa ni kalau ikan sungai mmg dia makan. Selalu perli siti bila siti tak makan ikan sungai. Tu yang siti ingat papa mkn jer segala jenis ikan. Rupanya ada gak yang terkecuali..

Hehehe, panjang lebor lak cerita. Apepun layan jer la resepi yer.


Ikan Patin Masak Tempoyak
2 hiris ikan patin (besor punya tau) - dibasuh bersama air asam jawa + air limau kasturi tuk hilangkan hanyir. Pastu bilas& toskan.
Segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan - dibelah dua
2 keping asam keping
1 senduk tempoyak
4 tangkai cili padi - mmg pedas betul cili padi siti - ditumbuk
1 labu bawang besar - ditumbuk
1/2 inc kunyit hidup- ditumbuk
3 cawan air
Garam & gula

Cara:
1. Masukkan air kedalam periuk bersama2 bahan yang telah ditumbuk. Masukkan juga tempoyak, asam keping, bunga kantan & daun kesum. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air mendidih, masukkan ikan patin. Biarkan sehingga ikan patin masak. Perasakan dengan garam & gula sebelum diangkat. Biarkan kuah sehingga sedikit pekat.


Kangkung goreng ngan sotong ni siti masak sebagai pelengkap hidangan..hehehe.

Masak Lemak Daging Cincang

Setelah lama menyepi, siti mulakan entry baru siti dengan masakan yang simple ni. Dah lama jugak la masak ni tuk dinner. Daging cincang aka teltel ni memang favourate siti la. Tak kira masak apa pun. Suka sangat bila makan tu ada liat-liat sikit. Baru mencabar. Resepi masak lemak semer org dah tahu kan.....



Ni lak ikan terubuk masin beli masa gi Kuching hari tu (Next entry siti cerita psl cuti2 Kuching yer). First time la siti makan & terus jatuh hati. Nyesal lak tak borong banyak. Kalau makan ngan nasi panas2, memang leh abis 2/3 pinggan.

Sebagai pelengkap hidangan, siti sajikan jugak jantung pinsang celur & budu. Huhu.....Ada yang meleh air liur tak? Hehehe...

Aug 5, 2009

Kemana Ku Menghilang...

Assalammulaikum semua......
Hehehehhe..tajuk cam gempak jer kan...
Tapi mmg betul la, dah lama betul siti tak update apa2 kat dalam blog ni.
Sebenarnya byk gak cerita & masakan yang siti nak kongsi ngan geng2 blog sekalian.
Tapi, entah nape mmg tak tergerak hati langsung nak bukak blog sendiri.
Blog kengkawan pun dah lama tak jenguk.
Isk..apa punya sindrom la kan...hehehehe...pembawakan baby kot...
Apepun siti berada dalam keadaan sihat seadanya...
Perut makin membesar bagai johan. Maklum la dah nak masuk 6 bulan minggu depan.
Gender baby???? hehehe..lum dapat dikenal pastikan lagi....Tunggu la next check-up, siti suh doc tu godek2 yer...

Apepun..InsyaAllah..siti akan kembali merancakkan blog siti yg dah macam kelabu asap ni. Harap2, kawan blogger takde la yg lupa kat siti yer..hehehe...