Showing posts with label Macam-macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam. Show all posts

May 6, 2010

Hampir2 nak kemalangan

Huhu..mengantuk sikit pagi ni. Macam tak sukup tidur jerk. Mata nak terkatup dah ni.

Tapi pagi ni nak citer gak pasal kejadian semalam.
Semalam siti, papa & anak2 keluar rumah dalam kul 10 lebih sebab nak gi cari makan & hantar muffin kat kakak ipar yang duk kat Puchong. Masa baru jer keluar dari simpang taman perumahan siti tu tetiba jer ada kereta dari depan nak bertembung ngan kereta papa. Memang dah dekat sangat la kereta tu ngan kereta papa. Dia salah lalu jalan. Tak tahu camna dia leh termasuk kat jalan papa. Nasib baik papa hon kuat2. Terus kereta tu elak. papa lak terpaksa ke tepi sikit. Sikit lagi nak tergesel ngan divider. Siti dah menjerit dah dalam keta. Papa lak brek mengejut. Pastu dan2 tu, dengar bunyi kat belakang. Rupanya ada motor dah langgar bontot kereta. huhu....

Kejadian tu mcm berlaku cepat sgt. kereta yang salah masuk jalan tu, terus jer gi mcm tu jer. Macam tak bersalah jer. Tak tau la dia mengantuk ker atau cuba potong kereta lain. memang tak perasan, tup2 jer dia dah ada kat line papa.

Motor yang langgar bontot kereta papa pun macam tu jugak. Masa tu papa lum berhentikan kereta sebab nak kena bawak kereta ketepi sikit. Orang yang naik motor tu, terus bwk motor dia lepas cakap kat papa, " takpe..takpe". Eh! masalah dia dah langgar kereta papa dari belakang. So, dia la yang salah. Ni dia buat macam papa lak yang salah. Although papa brek mengejut, but kalau ikut law, sapa2 yang langgar belakang, dia la yang salah. Betul tak? huhu....Agaknya dia dah macam menggelabah sebab langgar keta papa, tu cepat2 dia gi. Lepas papa stop kereta, tgk kat bontot, dah kemik dah sikit.. Huhu, nasib baik la hilux agak tinggi sikit. So, motor tu langkar kat bahagian besi. Kalau la naik keta mahu dah kemik teruk jugak, sebab bunyi memang kuat. huhu....

Tapi takpe la, kita redha dengan apa yang berlaku. Walaupun agak kecewa dengan sikap mereka yang lari dari tanggungjawab, kami terima. Bagi siti sepatutnya, kereta yang memula buat masalah tu, patutnya berhenti & bertanya kalau ada apa2 yang berlaku atau sekurang2nya meminta maaf sebab semua punca datang dari kecuaian dan kelalaian dia. Si penunggang motor lak, patutnya kena jugak berhenti sebab dia dah langgar orang, bertanggungjawab la. Kalau pun taknak bayar ganti rugi, sekurang2nya minta la maaf. InsyaAllah kami terima.

Note: Kadang2 kita dah terlalu berhati2, tapi disebabkan kecuaian & kelalaian orang lain, perkara yang tidak kita ingini terjadi gak. Kita jugak yang menjadi mangsa.


May 3, 2010

Aduhai......bateri abis la pulak

Huh...tengah2 nak upload gambar tetiba battery habis..sabor jer la. Dah la banyak benda nak citer hari ni. Kena la tunggu esok yer.

Apepun, hari weekend siti amatla memenatkan. Takde rest..huhu....Rasa cam cuti sebulan, dua bulan atau cuti teruss...hahahha....


Apr 11, 2010

Breakfast hari ni - nasi kerabu

Hari siti breakfast nasi kerabu yer. Dah lama tak makan. Sedap betul la. Ni beli jer. Nak masak sendiri rasa malas la pulak. Renyah jugak nak buat nasi kerabu ni. Banyak bahan2 nak kena sediakan.
Nampak itu 3 ketul kaki ayam? Sapa suka makan kaki ayam, angkat tangan. hehehe...rasanya tak ramai yang suka kot. Kaki ayam ni siti suka masak sup atau tumis berlada. Sedapnyaa...Kaki ayam juga adalah favourate Batrisyia. Kalau masak, mmg kaki ayam tu dua2 ketul dia punya la. Orang lain memang tak dapat la..hehehe. Jom makan!

Apr 9, 2010

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEN BEN ASHAARI kerana...

Semalam siti gi jalan-jalan kat blog Lya. Sekali ternampak entry Lya pasal Ben Ashaari ni. Sekali tengok header Ben ni, wah...boleh tahan yer, hensem gak..muka sekali imbas macam muka Jimmy, Trek Celebriti tu (aik....jangan fikir bukan-bukan k, hatiku tetap pada papa seorang...hahah).

Memula siti fikir gak, apa la yang menarik sangat ngan Ben Ashaari ni sampai ramai lak blogger-blogger yang request beliau tuk menjelajah & mengkritik blog masing-masing. Tapi bila siti belek-belek blog Ben ni, oooooo..rupanya beliau dengan baik hati & sukarelanya memberikan tips-tips percuma kepada blogger bagaimana nak memantapkan lagi isi kandungan & membantu mempromosikan blogger yang baru & yang lama, termasuk siti la kan.

So, siti pun tertarik jugak la tuk nak cuba mintak Ben ni jenguk blog siti. Buat rakan-rakan yang nak jugak mintak Ben ni jelajah blog korang, silalah terjah blog BEN ASHAARI k. Tak rugi pun...

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana.....

1) Nak tahu apa pendapat beliau tentang blog siti ni. OK ker tak Ben? Ada apa-apa perlu diubah tak?

2) Of course la nakkan tips2 beliau bagaimana untuk siti memantapkan lagi blog siti yang tak seberapa ni. Kalau ada kritikan2 yang membina lagi bagus.

3) Siti nak menambahkan lagi kenalan-kenalan di alam maya ni, sebab beliau akan memperkenalkan blog-blog baru macam blog siti ni kepada blogger-blogger lain. So, InsyAllah ada la kot yang akan menjenguk blog siti nanti.

4) Dalam blog siti ni, macam2 ada. Semuanya siti masukkan dalam ni, cerita tentang siti, anak2, family, info & masakan. OK ker? ker siti kena fokus? Bagi komen sikit.

Sekian......




Apr 7, 2010

Hancur Hatiku Melihat Kau Pecah Berderai

Semalam masa balik kerja, hati siti berbunga riang sebab papa dah tolong basuhkan semua pinggan yang siti tinggalkan pagi tadi. Thanks papa. Tapi suka siti tak lama. Masa siti nak kemas kan casserol tuk letak balik dalam almari, tiba2 terjatuh. Nak kata jatuh dari tempat tinggi, takde la. Rasanya jarak siti pegang casserol tu dengan lantai cuma sejengkal jer. Tapi tengok la dianye berkecai, macam jatuh dari tempat tinggi jer kan. Siti tak expect la dia leh pecah berderai mcm tu sebab ni corningware punya. Kira branded gak la kan. Harga pun mahal. huhu...
Yang buat siti lagi terkilan, ni la set casserol yang pertama siti beli & siti sangat sayang.
Sekarang ni cuma tinggal dua jer la. huhu...sedihhh...
Nasib baik la siti ada main kutu vantage & dah order set casserol. Leh la pujuk hati yang duka lara nih.....

Tengok la...dah pecah berderai...huhu...takleh buat apa2 dah.

Bila dah dikumpulkan....

Sekarang dah tinggal dua jerk. Yang lagi satu tinggal penutup jer la...

P/S: pagi tadi try posting guna new format tu. Adoiii..bikin sakit kepala jer..last2 tukot balik format lama. hahaha


Apr 6, 2010

Huhu..telefon dah tenat

Ada sapa2 nak dermakan telefon tak kat siti...hahaha...
Al-kisah telefon siti ni dah ala-ala tenat. Entah napa tetiba sejak minggu lepas, siti dah takleh wat call out, just leh mesej jerk. Tiba2 jerk. Ada tak sapa2 pernah jadi camni? Siti cuma leh mesej jer. Kadang-kadang kalau nak cakap ngan papa, siti just mesej " papa call ibu". huhu...

Siti ni kan pakai telefon cuma tuk call & mesej jer. Benda-benda lain memang siti tak tau nak wat/ takde masa nak godek2 telefon. Tapi bila telefon dah takleh call out ni rasa macam pincang gak la walaupun siti cuma guna phone tuk call papa la kebanyakannya. Kalau kat office, siti pakai telefon office jer la kalau nak call sapa2. Jimat sikit kan. Uik..boss jangan marah yer.

Mar 31, 2010

Cerita Semalam....

Semalam siti tak sihat, sakit kepala. So, siti ambik medical leave jer. Benornya siti dah rasa sakit kepala dari hari Isnin lagi. Petang tu dah mintak balik awal ngan boss dalam pukul 3 gitu.
Nasib baik boss ok jer.
Semalam siti ada telefon mak, cakap siti sakit kepala. Sekali mak cakap "Angah mengandung ker?"..Uisk..terus siti cakap "takde lah". Seriau lak. Bukan taknak tapi biar la dulu. Tunggu la Wafi besor dulu. Tak larat dah ni..huhu...Tapi dalam hati duk risau gak ni. Rasa macam nak cek jer.

Ok lah, berbalik pada cerita semalam, walaupun siti cuti sakit tapi siti ni jenis takleh duk diam kat umah. Ada jer benda nak buat. Memula pagi2 tu hantar anak2 gi umah bbsitter pastu gi breakfast ngan papa. Lepas breakfast terus gi klinik ambik MC.

Balik jer rumah bukannya nak rehat. Memula kemas rumah dulu. harus la kan, kalau tak lagi pening kepala siti. Lepas tu, siti buat Cream Puff kat bawah ni. Memang favourate siti ni. Bila sekali siti dah buat & menjadi terus siti buat lagi & lagi.

Ni tuk bagi jiran sebelah. Akhirnya leh jugak siti balas balik pinggan jiran siti ni. hehehe..lega la sikit.

Yang ni dah simpan dalam tupperware tuk siti n anak2 makan. jangan mintak yer sebab tak sampai pun sehari, dah licin.

Lepas siap wat cream puff, siti masak tuk lunch lak. Masak simple2 jer, sambal telur & sup sayur + meetball.

Abis masak lunch, siti layan tgk citer "So You Think You Can Dance". Tak sempat tengok habis, siti terus zzzzz. Sempat la tidur 2 jam.
Bangun jer tidur, siti wat aktiviti mengemas kat luar rumah lak. Bersihkan apa yang patut. Mana yang patut dibuang siti buang. Puas hati bila dah kemas. Huhu..lum sempat nak mandi, papa balik ajak gi ambik anak2.

Hehe..tu la aktiviti siti semalam. Panjang lebar lak karangan.

Mar 27, 2010

Cermin mata yang Ke- 4

Huh..Ini adalah cermin mata yang ke-4 siti beli dalam masa setahun lebih. Tak tahu la baper banyak duit dah siti melabur tuk beli cermin mata ni.
Al-kisah anak bertuah siti yang sorang tu, Kak Ngah memang suka rosakkan cermin mata siti. Kadang2 dia patahkan bingkai, kadang2 dia pecahkan cermin. Pernah sekali tak sampai sebulan siti beli cermin mata, dah berkecai dikerjakannya. Huhu..nak salahkan Kak Ngah takleh gak, kecuaian siti gak la sebab letak cermin mata kat tempat yang leh dicapai.

Yang siti heran kan, Kak Long memang tak pernah nak sentuh tau cermin mata ni. Tapi memang dari dulu siti tengok perangai Kak Long & Kak Ngah ni berbeza sikit. Kak Long memang jenis yang tak sentuh barang2, tak suka buat sepah, pengemas, pandai jaga barang2 dia. Tapi, Kak Ngah lak memang jenis yang habis kacau bilau, semer nak dimainnya. Pastu kalau siti beli buku ker, mainan ker, kejap jer elok..lepas tu berkecai...hehehe..Anak2 kan memang berbeza perangai, ni Wafi lum tahu lagi apa kerenahnya.

Berbalik pada citer cermin mata, kali ni siti beli yang murah jer. Jangan tanya brand apa sebab memang takde brand pun. Cukup la sekali siti beli cermin mata yang mahal tapi akhirnya menangis jer la tengok bingkainya patah. Siti ni pakai cermin mata time malam jer tuk tengok tv. Kalau gi kerja atau keluor jalan2, siti pakai lens. So, tak kisah la pakai yang murah jer. Asalkan terang pandangan dah la kan.

Mar 25, 2010

Tempat Makan kat Opis..huhu

Huhu..tgk gambar kat atas tu. Tu lah tempat siti selalu lunch masa kat opis. Siti ni memang lunch sorang2 jer sebab siti sorang jer staff perempuan kat sini. Takde geng la nak ajak makan. Dulu ada gak kawan kat opis lain. Sekarang ni dia dah pindah. Tinggal la daku sorang. Nak makan kat kedai sorang2, lagi la tak best. Nanti orang duk tengok jer (perasan lebih).

Tapi, bila boss takde kat opis, siti makan jer kat meja siti..depan PC. Sambil makan sambil terjah blog orang. Hahaha..bila boss ada segan nak makan depan PC. Kang dia terliur lak tgk siti makan..hahaha..macam-macam.


Sambil makan, sambil membaca k. Bukan apa, bosan tau makan sorang-sorang.

Mar 22, 2010

I'm Busy

Yuhuuuuuuu...pengumuman...pengumuman..hari ni siti agak busy ngan kerja2 opis. So, siti punya masa yang terhad tuk terjah blog rakan2, tuk update gambar contest, tuk buat TAG & yang sewaktu dengannya. Harap Maklum yer....hehehe....

Buat pengunjung2..jgn segan silu nak singgah yer..Buat masa ni buat la mcm rumah sendiri K!

Mar 15, 2010

Maaf..Penerima Set Snoopy akan dumumkan esok

Huhu..nak mintak maaf pada kawan2 yang menantikan pemenang cabutan bertuah tuk set Snoopy tu yer. Siti tak dapat nak umumkan hari ni sebab siti tak sempat nak buat lagi cabutan bertuah tu. Semalam balik dari kampung penat sangat. Tak larat nak wat apa2 dah.
Plan nak tengok final badminton pun terkubur sebab awal2 dah zzzzzzz.
InsyaAllah..kalau takde aral, siti akan umumkan esok yer....

P/S: Bila dah berjanji, rasa ralat sungguh bila tak dapat nak tunaikan.

Mar 11, 2010

Parcel dah sampai...

Akhirnya..parcel yang ditunggu2 dah sampai...huhu..macam la dah lama siti order. Baru jer order semalam. Apepun barang ni sangat penting buat siti.

Siti order Avent Silicone Petal Massager sebabnye silicone ni dah hilang. Tak tau gi mana. Memula lepas pump, siti basuh, pastu letak kat rak, lepas kering siti letak kat dalam strilizer(rasanya la, siti dah lupa). Tup..tup..bila siti nak pakai balik..dah takde. Merata siti cari. Nak nangis pun ada. Dah la orang punya. Papa cakap agaknya dah wat lari ngan tikus kot. Kat umah siti memang ada tikus yang suka makan benda2 gini. hari tu terjumpa puting susu anak dah kena gigit gak tikus. Nasib baik la siti pakai pump Avent ni kat umah jer. Kat opis siti pakai Madela. Tapi, bila pump susu memang sakit tetek siti. huhu...Nak tak nak, siti kena beli gak..leh tahan gak harga dia tu..dekat RM50.


Pastu siti beli MAM teats ni. Beli yang medium low teatnya lak. Dulu pakai yang slow. takut lak bila wafi dah besor sikit ni dia tak puas nak hisap.

P/S: Siti ada 2 botol MAM (160ml) ni kat umah. Beli tuk Wafi hari tu. Tapi tak pakai2 sebab bila nak panaskan susu tu ambik masa yang lama. Tebal sikitkan botolnya tu. Ada tak sapa2 yang pakai botol ni? Kalau nak siti bagi jer la. Dari tak pakai kat umah tu.


Note: Maaf la yer. Siti memang tak buat cabutan bertuah tuk botol ni. Memang niat siti nak bagi kat sapa2. Since siti teima komen dari Lynn Nasir dulu. Siti decide jer bagi kat Lynn. Maaf yer buat mama2 lain. Jangan majuk ngan siti tau. :)

Mar 9, 2010

Sapa nak set pinggan Snoopy (Corelle) - DAH TUTUP

Siti dapat set pinggan Corelle ni dah lama. Dapat hadiah dari world kitchen. Klik sini tuk tahu citer camna siti dapat hadiah ni yer.
Sampai sekarang la siti tak guna2. Elok lagi tersimpan dalam almari tu.
So, siti rasa macam nak bagi jer kat sapa2 yang nak. Nak wat clearance la.
So, sapa yang nak leh la tinggalkan komen kat ruangan comments kat bawah tu yer. Kalau ramai yang tinggalkan komen siti cabut undi jer.

Siti hanya terima sesiapa yang tinggalkan komen sebelum esok, 10/3/10 kul 12.00pm.

Mar 5, 2010

Rosak plan hari ni...

Huhu...benornya hari ni siti plan nak gi Bake With Yen kat Puchong tu. Siti nak beli barang buat kek. Siti nak buatkan kek tuk Jannah sempena birthday dia yg ke-4. Saja jer suka2. Bagi dia happy.

Tapi ada dua benda yang membantutkan niat siti tu :

1. Kereta buat hal pagi tadi masa nak on the way ke opis. Elok2 tgh lalu kat jambatan kabel (PJ), tetiba ada bunyi kuat gila kat enjin..tung...tang...tung..tang...huhu..terus siti stop kereta. Kat tengah2 jem yang amat tu, kat atas fly over lak tu. huhu..mesti org duk sumpah seranah siti. Tak pernah la jadi gini...huhu...Siti terus kol papa. papa cakap try bawak slow2. Tengok boleh ker tak. Siti pun bawak la. Bila siti bawak ada la bunyi tung..tang..tung..tang tu..tapi kejap jer..lepas tu hilang. Siti pun bawak la slow2 & akhirnya sampai gak kat opis. Lega.....
Walaucamnapun, siti tak berani nak bawak kereta tu keluor dari parking. Ni tengah tunggu papa datang, tengok apa masalah.

2. Memula siti ingat petang ni lepas balik kerja nak gi singgah BWY tu, tapi tetiba kena gi bank lak sebab nak sign agreement refinance umah tu..huhu...tak sempat la..nanti berkejor2 nak ambik anak2 lak kat umah bbsitter...

Waaaa...byk tul halangan...duk fikirkan Jannah..nanti kalau tak buat kek tu..macam kesian lak kat anak ibu sorang tu. Dia siap bagi tau bbsitter yang dia mimpi siti buat kek tuk hari jadi dia..isk..kecik2 dah pandai mimpi2 gitu...

Pagi2 dah frust

Waaa...frust betul pagi ni. My Body Shop All in One Face Base terjatuh & pecah berderai.
Memang terasa sedih sangat sebab baru lagi pakai. Tak sampai separuh pun lagi.
Plannya bila beli tu leh la tahan sampai 2 bulan. Leh la budget2 bila nak beli yang baru.

Dah la hari tu lipstik body shop siti cair sebab letak kat belakang Hilux papa masa balik kampung. Kepanasan lak dia bila duk kat belakang tu. huhu....sedih-sedih....