Mar 31, 2010

Cerita Semalam....

Semalam siti tak sihat, sakit kepala. So, siti ambik medical leave jer. Benornya siti dah rasa sakit kepala dari hari Isnin lagi. Petang tu dah mintak balik awal ngan boss dalam pukul 3 gitu.
Nasib baik boss ok jer.
Semalam siti ada telefon mak, cakap siti sakit kepala. Sekali mak cakap "Angah mengandung ker?"..Uisk..terus siti cakap "takde lah". Seriau lak. Bukan taknak tapi biar la dulu. Tunggu la Wafi besor dulu. Tak larat dah ni..huhu...Tapi dalam hati duk risau gak ni. Rasa macam nak cek jer.

Ok lah, berbalik pada cerita semalam, walaupun siti cuti sakit tapi siti ni jenis takleh duk diam kat umah. Ada jer benda nak buat. Memula pagi2 tu hantar anak2 gi umah bbsitter pastu gi breakfast ngan papa. Lepas breakfast terus gi klinik ambik MC.

Balik jer rumah bukannya nak rehat. Memula kemas rumah dulu. harus la kan, kalau tak lagi pening kepala siti. Lepas tu, siti buat Cream Puff kat bawah ni. Memang favourate siti ni. Bila sekali siti dah buat & menjadi terus siti buat lagi & lagi.

Ni tuk bagi jiran sebelah. Akhirnya leh jugak siti balas balik pinggan jiran siti ni. hehehe..lega la sikit.

Yang ni dah simpan dalam tupperware tuk siti n anak2 makan. jangan mintak yer sebab tak sampai pun sehari, dah licin.

Lepas siap wat cream puff, siti masak tuk lunch lak. Masak simple2 jer, sambal telur & sup sayur + meetball.

Abis masak lunch, siti layan tgk citer "So You Think You Can Dance". Tak sempat tengok habis, siti terus zzzzz. Sempat la tidur 2 jam.
Bangun jer tidur, siti wat aktiviti mengemas kat luar rumah lak. Bersihkan apa yang patut. Mana yang patut dibuang siti buang. Puas hati bila dah kemas. Huhu..lum sempat nak mandi, papa balik ajak gi ambik anak2.

Hehe..tu la aktiviti siti semalam. Panjang lebar lak karangan.

14 comments:

♥MAMA♥ said...

hi siti..sedapnyerr cream puff tu ;-) mama nk mintak resepi leh?

Ju@Lucky^Mummy said...

samalah kita siti.. kalau mc pun x der diam2 kt umah.. masih gak giat nak wat mcm2.. padahal badan x berapa nak larat..

nak elken spirulina jgn lupa bagi details kt e-mail sy yer..

senorita_910@yahoo.com

♥cikmOt♥ said...

jiran kat sini siti tak kasi pung...sob..sob...meleleh air liur nengok cream puff tu...sob...sob...

Anonymous said...

cream puff tu peberet saya tuh sedapnye

Unknown said...

rajinnyer siti ni...dlm xsihat2 pun memasak & kemas rmh jgk...kalu hjr la xsihat, tidur ajelah kerjanya..hehehe..ambil peluang berehat time xsihat..

Ena said...

Rajinnyer... klu ena la.. x sihat x de maknenyer la nak ke dapur.. ngemas2 tu ok la..
yg pasti memg nampak sgt sedap la cream puff tu.. tingin lak tekak nie.. tp x tau pun nak buat camnr.. siti share la resepi kat sini.. nak jugakkk.. heheheh..

Siti said...

Mama: nanti siti letak yer..rasnya dah ada tempek dah sebelum ni.

Siti said...

Jue: sama yer..ha, nanti siti email k.

Siti said...

Izan: alahai...sainnay dia..izan duk kat mana yer? dekat ker. kalau dekat leh jer hantar.

Siti said...

Nana: Sama la nagn siti,, feberet sungguh2.

Siti said...

Hajar: entah la. dah jadi tabiat kot takleh duk diam..hehe

Siti said...

Ena: nanti siti letak yer resepi.:)

Wanie said...

RAjin sungguh la siti nih...tak sihat pun leh wat keja lagi...
Tapi kalau umah bersih hati pun senang kan..

Siti said...

Wanie: hehehe..betul tu..kalau umah bersih hati senang..nak buat apa pun sonok jerk.