Mar 20, 2010

Cupcakes dari Jiran sebelah


Comei tak supcakes kat atas ni...
Hehehe...ni bukan siti buat tau. Jiran sebelah yang bagi. Memang baik hati jiran sebelah rumah siti ni. Sejak dia pindah kat umah siti ni, selalu dia hantar makanan kat umah siti. Selalunya kuih muih la. Beruntung betul dapat jiran gini kan.
Masa dia hantar cup cakes ni kat umah siti sempat la siti tanya dia, dia bisnes ker cup cakes nih, (mana tahu lepas siti tayang kat blog ni, ada yg nak order kan) sebab tak pernah lak dia citer sebelum ni kan. Dia cakap..saja jer suka2 buat sebab jiran siti ni tak kerja. Tapi, dia ckp ada la juga yang pernah order. So, siti bagi la support kat dia suh buat bisnes cupcakes ni sebab siti tgk memang not bad la hasilnya ni. Keknya pun sedap.


Kak Long & Kak Ngah suka sgt kalau dapat kek gini...huhu....Senyum jer tuh..

P/S: Sekarang ni memang susah nak dapat jiran yang baik & suka bertegur sapa. Ada tu jiran sendiri pun kita tak kenal. Ada jugak yang bila kita duk senyum kat dia, dia buat tak tahu jer, malah menjeling lak tu..huhu..macam2...

6 comments:

Lynn Nasir said...

salam siti,

kiutnye cuppies tu :)

mmg, mcm jiran2 lynn skang ni la, bukan tak bertegur-sapa tapi takde chance nk wat gitu. semua keje sampai lewat senja..sabtu pun keje..

♥Azie♥ said...

untung siti dapat jiran macam nie..

Syuhada Kamal said...

menggodanya cupcakes tu..comel2 belaka..bertuah siti dpt jiran camtu ek..susah nk dpt jiran2 baik lagi2 duk kwsn bandar..msg2 wat hal sendiri aje..

Idda Hashim said...

Salam ukhuwah dari Riyadh.. Nak masuk contest, tapi segannye nak letak gamabr kat sini..hehehe..Jap, tgh pk ni gambar mana nk letak..

Siti said...

Lynn: haaa..tu la..kdg2 jiran2 semer busy kan...siang keja..susah nak jumpa.

Azie: alhamdulillah

Syuhada: tu la..jiran siti ni housewife...so, sempat la kalu balik keja tu sembang2 jap.

Idda: salam kenal..boleh..nanti dah jumpa gambar..join yer.

~~*Ummi AFD*~~ said...

Wah, untung dapat jiran camni kan...

betul tu, bukan senang nak cari jiran yang baik hati sekarnag ni. maklum la masing2 sibuk kerja.