Mar 8, 2010

Selamat Hari Lahir - Jannah



Sedar tak sedar dah 4 tahun usia Kak Long. Kejap jer masa berlalu. Macam baru jer lagi ibu melahirkan Kak Long. Walaupun Kak Long baru berusia 4 tahun tapi Kak Long dah menunjukkan sifat2 seorang kakak yang sulung. Kakak selalu tolong ibu jaga adik terutama sekali bila ibu nak masak, nak kemas rumah & nak mandi. Kak Long selalu tolong ibu layan Wafi. Kak Long seorang kakak yang rajin. Kalau ibu suruh buat apa2, Kak Long jarang sangat membantah. Kak Long yang petah bercakap, selalu buat ibu & papa ketawa dengan teletah Kak Long. Kak Long seorang anak yang pintar dan mudah di jaga.

Kak Long seorang anak yang manja. Malam2 still lagi nak tidur dengan ibu. Kalau boleh nak tidur sebelah ibu. Kak Long dah pandai tunjukkan sifat cemburu. Kak Long dah pandai cakap "ibu tak sayang pun kakak" bila ibu cuma layan Kak Ngah & Adik Wafi. Buat pengetahuan Kak Long, ibu sayang semua anak2 ibu. Kalian lah penawar duka lara ibu.

Selamat Hari lahir yang ke-4 buat anak ibu..Kak Long Jannah. Semoga Kak Long menjadi anak yang solehah & berjaya di dunia & di akhirat. Ibu sayang Kak Long buat selamanya.....

3 comments:

zella said...

semoga jd anak yg solehah n mentaati ibu ye... amin...

Ena said...

Selamat hari lahir buat kak long.. moge menjadi anak yg solehah cemerlang dunia & akhirat.. :P

mamalieyna said...

hepi besday jannah! moga jd anak yg solehah dan taat ok! ^_^