Mar 1, 2010

Pulut Kuning + Rendang Ayam

Akhirnya tercapai juga hasrat siti tuk buat pulut kuning. Sebenarnya siti buat pulut kuning ni tuk memenuhi nazar siti masa siti pregnant dulu. Siti bernazar kalau siti dapat anak lelaki kali ni siti nak buat pulut kuning & hantar kat surau. Dengan bantuan adik, hari Jumaat lepas tertunai la nazar siti. Pertama kali siti buat pulut kuning ni, risau jugak la takut tak menjadi. Tapi, Alhamdulillah..elok jer masaknya. Siti buat dua kilo pulut kuning & rendang ayam 2 ekor. Cukup la tuk hantar kat surau taman siti ni. Tu pun papa cakap tak cukup. Jangkanya cuma 10-12 orang jer yang akan datang ke surau. Rupa2nya ramai lak malam tu. Siti ingat ramai yang balik kampung. Papa pun takde menjemput tuk makan pulut kuning ni. Sapa2 yang datang ke surau boleh la merasa. Terpaksa la catu sorang sikit. Kesian pulak..

Resepi pulut kuning siti ambik dari hasil air tangan Kak Hanieliza. Siti copy paste jer la yer. Resepi rendang lak leh klik di sini. Tukar jer ayam pencen jadi ayam daging.

Bahan-bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
2 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan air secukupnya untuk merendam pulut..
daun pisang [untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan]
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara :-
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Lapikkan daun pisang dalam periuk kukusan. 5
. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
6. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
7. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
8. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
9. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
10. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur.
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

5 comments:

hajarus said...

sedapnyer kak ct... paberet Hubby hajar pulut kuning + rendang nih...

Alhamdulillah tertunai juga niat akak kan...

Siti said...

hajar: tu la..lama gak la tunggu nak buat ni..asyik bertangguh jer.

Ina Hashim said...

salam ziarah...

nyam nyam sedapnya pulut kuning...dah lama x makan...btw,
jemput ke blog ye...ada jualan harga runtuh Cloth Diapers :)

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

sedapnyee...

tapi kita dah takleh makan pulut sgt

abis urat saraf ni lenguh2..uhuhu

bagusla..dah terbayar nazar tu. selagi tak bayar selagi tu la risau kan..:-)

Siti said...

Ina: InsyaAllah

Rose: a'ah..pulut ni takleh mkn sgt..especially tgh bfeed ni..kang kembung lak perut anak..
tu la..mmg tak senang duduk selagi tak byr nazar ni.