Sep 30, 2010

Bila yang tak diingini..berlaku

Adoi..hati ibu mana tak tersentuh, menangis bila sesuatu kejadian yang tak diingini berlaku terhadap anak2...

Semalam Kak Long & Kak Ngah ikut papa pergi surau. Sekali masa balik dari surau, tengok dua2 duk menangis. Tak sempat nak tanya kenapa, tertengok darah dah meleleh2 keluar dari kepala Kak Ngah. Adoii..la...rasa macam nak menangis jerk..Rupa-rupanya diorg terjatuh kat atas jalan raya. Papa cakap, diorg main pusing2 sambil berpegangan tangan. Agaknya laju sangat pusing, pastu terlepas tangan..huhu..terus terjatuh..Papa cakap dia dah larang jangan main macam tu. Tapi, biasalah..bukannya nak dengar..

Papa terus ambik kain basah & lap. Ada dua kesan luka. Nasib baik la tak dalam. Tapi lekuk ke dalam sebab kena batu2 kecik. Tambah lagi masa kena tu Kak Ngah pakai tudung, kalau tak mesti batu tu dah melekat kat kepala Kak Ngah. Lepas dah lap semer, terus letak minyak gamat. Kejap jer rasa sakit..lepas tu terus aktif balik..siap main panjat2 kerusi lagi. Sabor jer la...


Kak Long lak luka kat lutut. Sampai koyak seluar yang dia pakai.


Wafi macam biasa...senyum jer sebab dapat duk ngan ibu...Nasib baik Wafi lum boleh ikut papa lagi..Kalau tak..leh tahan jugak hero sorang nih.


Sep 29, 2010

Yang Indah di Hari Raya 2010

Yahoooo...Akhirnya..dapat gak gambar raya yang di nanti2kan dari adik iparku....Apa lagi..orang kampung..mai cepat2 tengokkkkk...hehehe
Bila dah ada gambar raya baru sonok nak citer pasal raya. Walaupun gambar cuma ada beberapa keping, tapi ok la dari takde langsung kan. Gambar ni semer kat umah ibu mertuaku..Kat umah mak..sedih..takde ambik gambar pun...

Raya tahun ni kami balik rumah mak papa dulu la. kami mengamalkan sistem bergilir2 untuk tentukan rumah mana nak beraya dulu. Sejak dari mula kahwin sampai sekarang, Alhamdulillah...tak pernah la duk gaduh nak berebut balik raya rumah mak masing2. Memang praktikal kalau kita bergilir2..adil kan...

Siti pun sebenarnya tak kisah sangat kalau nak beraya kat mana2 dulu, umah mak siti ok..umah mak mertua pun ok. Dua2 bagi siti meriah...walaupun ada perbezaannya. Rumah mak siti agak sunyi sebab kami 3 beradik jer. So, selalu yang raya rumah mak dulu cuma 2 beradik, sebab abang akan beraya di rumah mak mertua. Tapi..pada raya pertama memang meriah sebab jiran2 akan datang beraya di rumah. Dari pagi sampai petang..mmg tak putus2. Yang penting kat rumah mak ada ketupat palas, rendang ayam pencen, nasi minyak...huhu...sedapnya..

Kalau di rumah mak mertua pulak, memang meriah dengan adik beradik sebab papa ada 9 orang adik beradik. Ramaikan....Cuma kat kampung papa, takde jiran2 datang beraya kat rumah selain dari waktu "baraan - jiran2 datang beraya beramai2 dlm satu masa". Yang ada cuma saudara mara. Apapun tetap meriah jugak. Menu kat rumah mak mertua pulak agak berlainan..ada pelbagai jenis rendang, nasi impit dan juga lemang.
Apa yang penting hubungan kita & mertua serta ipai duai kenalah baik..Tambah lagi kalau ibu bapa kita dah takde nanti, dengan siapa kita nak menumpang kasih kalau bukan dengan keluarga mertua. Betul tak?

Oklah..jom cuci mata tengok gambar raya kami yer....

Kami....purple tahun ni yer..

Keluarga besar...ada dua keluarga yang takde nih...Erm..bila la adik2 iparku nak kawen nih...ada 5 org lagi yang belum lepas..


Bersalam2an & bermaaf2an

Mak & Bapak mertuaku yang sangat disayangi....bertuah punya ibu mertua sepertinya...

Me & my lovely Wafi


Kakak iparku

Family abang ipar

Us... again

Sep 28, 2010

Berbuka Puasa bersama Ex-UNITEN

Hehehe..jangan gelakkan siti yer. Orang dah sibuk letak gambar raya & open house sana sini, siti baru nak letak gambar time puasa. Hahaha...ketinggalan zaman sikit siti nih.

Adoi..benornya baru ternampak gambar ni dalam FB tadi. Baru perasan yang siti belum buat posting lagi kat blog ni. Apalagi, ni yang erus buat entry nih..

Majlis berbuka puasa bersama member2 lama waktu study kat UNITEN dulu di rumah Syida, Putrajaya. Kitorang memang rapat. Banyak sungguh kenangan bersama waktu belajar dulu. Alhamdulillah, hampir semua member2 lama datang tuk gathering kali ni kecuali Nurul. tak tahu la ke mana dia menghilang. Tetiba jer lost contact...huhu...

Jom layan gambar. Banyak sangat gambar nih, malas nak susun....hehehe


Bersama Yan....teman sebilik, se-course, sekelas masa kat UNITEN dulu. Banyak memori bersama nih..yer tak Yan?

Syikin & Jaja (baru 2 bulan jadi ibu nih)

Nasi kerabu yamg mmg marbeles dibuat oleh tuan umah

Jannah yang asyik berkepit ngan Ceksu dia

Hahaha..sampai meleleh sagu eskrem....

Antara menu yang ada. Banyak lagi tu..ada kat meja lain.


Tengah duk serang sagu eskrem yang dibuat oleh.......Siti (sayalah tu)








Mia Zahra (Anak Jaja)