Mar 31, 2010

Resepi Cream Puff

Disebabkan ramai la yang mintak resepi cream puff ni, siti letak la kat sini. Rasanya sebelum ni dah wat entry cream puff ni. Takpe, disebabkan ada sedikit kerajinan, siti tempek lagi sekali yer.
Resepi dari Bro Rozzan. Yummy.

Pastry Choux

Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad

3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:

Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

Cerita Semalam....

Semalam siti tak sihat, sakit kepala. So, siti ambik medical leave jer. Benornya siti dah rasa sakit kepala dari hari Isnin lagi. Petang tu dah mintak balik awal ngan boss dalam pukul 3 gitu.
Nasib baik boss ok jer.
Semalam siti ada telefon mak, cakap siti sakit kepala. Sekali mak cakap "Angah mengandung ker?"..Uisk..terus siti cakap "takde lah". Seriau lak. Bukan taknak tapi biar la dulu. Tunggu la Wafi besor dulu. Tak larat dah ni..huhu...Tapi dalam hati duk risau gak ni. Rasa macam nak cek jer.

Ok lah, berbalik pada cerita semalam, walaupun siti cuti sakit tapi siti ni jenis takleh duk diam kat umah. Ada jer benda nak buat. Memula pagi2 tu hantar anak2 gi umah bbsitter pastu gi breakfast ngan papa. Lepas breakfast terus gi klinik ambik MC.

Balik jer rumah bukannya nak rehat. Memula kemas rumah dulu. harus la kan, kalau tak lagi pening kepala siti. Lepas tu, siti buat Cream Puff kat bawah ni. Memang favourate siti ni. Bila sekali siti dah buat & menjadi terus siti buat lagi & lagi.

Ni tuk bagi jiran sebelah. Akhirnya leh jugak siti balas balik pinggan jiran siti ni. hehehe..lega la sikit.

Yang ni dah simpan dalam tupperware tuk siti n anak2 makan. jangan mintak yer sebab tak sampai pun sehari, dah licin.

Lepas siap wat cream puff, siti masak tuk lunch lak. Masak simple2 jer, sambal telur & sup sayur + meetball.

Abis masak lunch, siti layan tgk citer "So You Think You Can Dance". Tak sempat tengok habis, siti terus zzzzz. Sempat la tidur 2 jam.
Bangun jer tidur, siti wat aktiviti mengemas kat luar rumah lak. Bersihkan apa yang patut. Mana yang patut dibuang siti buang. Puas hati bila dah kemas. Huhu..lum sempat nak mandi, papa balik ajak gi ambik anak2.

Hehe..tu la aktiviti siti semalam. Panjang lebar lak karangan.

Beautiful Blogger Award

Dah lama siti dapat award ni, tapi baru ada masa nak publish ni.




Nak ambik award ni kena wat tugasan gak tau..hehehe..tapi senang jer tugasannya..bisa diatur..

1 - Thank & link the person that gave you award.

Terima kasih kepada Yananuar, Ida Rahayu, MommaMia & Beauty (ada lagi ker yang bagi siti award ni tapi siti tak sebut..hehehe..perasan ramai yang baca blog siti) yang sudi bagi award ni kat siti. Walaupun blog siti ni biasa jer, takde la lawo mana, tapi siti tetap terharu ngan pengikhtirafan ni. Sayang korang semua.

2 - Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

Siti rasa ramai dah rakan2 yang dapat award ni. Siti tengok ramai sgt dah yang tayang. But, tuk sesiapa yang selalu baca & komen blog siti (anda tahu siapa yang siti maksudkan) tapi lum dapat award ni, sila la ambik yer.

3 - Contact the bloggers and let them know they've won the award.
Nanti siti gi skodeng sapa lagi lum dapat k.

4 - State 7 things about yourself

1. Siti serorang isteri, ibu & pekerja...huhu..letih tau..

2. Siti suka memasak (ni mesti dah ramai tahu) & mengemas rumah. Walau letih camna pun, siti tetap akan kemas umah. Pening la tgk rumah ebrsepah.

3. Siti suka baca Novel (sama cam Yananuar)

4. Siti seorang yang mudah merajuk but senang nak pujuk. Papa memang dah tau camna nak pujuk siti. Kalau siti merajuk camna pun, bila papa guna cara dia tuk pujuk siti, mesti siti terus OK. hahaha..jgn tanya camna papa pujuk yer. Rahsia suami isteri.

5. Siti suka berblogging (sama lagi cam Yananuar). Sehari tak bukak blog & terjah blog rakan2, jiwa kacau jadinya. Tapi sabtu & ahad, siti off dari berblogging sebab kat rumah takde internet.

6. Siti suka makan..hahaha...siti memang takleh elak dari makan bila makanan dah ada depan mata walaupun siti baru lepas makan,. Sebab tu la siti tak kurus2.

7. Siti akan jadi cepat stress bila balik kerja penat2, anak2 buat perangai, rumah bersepah & papa balik lambat..huhu...

Top Blogger Award


Terima kasih buat Mamalyna & Mummyar sebab sudi bagi award ni kat siti & ingat jugak kat siti ni yer. Walaupun siti tahu siti bukan la Top Blogger, tapi siti terima gak award ni ngan senang hati. hehehe...ummuaaahhhh...

Mar 29, 2010

Hati yang gundah gulana

Huhu..hari ni siti takde mood sangat. Hati tengah sedih & gundah gulana.
Tapi, tgh2 gundah gulana nikan, bila siti baca jawapan dalam teka teki teka ketuk tu, siti leh terus tersenyum..hahaha...adoi....

Apepun layan gambar anak2 jer la dulu yer.

Wafi ngan mata bulatnya..adoi...macam nak terkeluor bijik mata... Sekarang Wafi dah 4 bulan. Berat dah 6.3 kg..Alhamdulillah..maintain tiap2 bulan naik 500g.

Hehehe..apa style senyum la Kak Ngah ni buat. Rambut abis nak masuk dalam mata Wafi. Kalau tak ikat gitu la jadinya. Selalu la Wafi mai tarik2 rambut kakak dia tu.

Kak Long takmo lepaskan peluang. Nak gak gambar ngan Wafi.

Tiga beradik

Mar 28, 2010

Contest: You & Me - Love Forever (Pemenangnya adalah...)

Akhirnya..pemenang telah diketahui. TAHNIAH buat Ena kerana telah berjaya memikat hati juri dengan gambar yang yang begitu UNIK sekali.
But, buat 6 lagi peserta yang lain. Jangan sedih yer. InsyaAllah siti akan sediakan hadiah saguhati buat anda. Senyum sikit k!


Hadiah yang bakal Ena terima adalah:

Red VR Round J/Box by Lovely Lace..and

Tiger Lily Fragrance Sachet by Lovely Lace.

Untuk Ena & 6 lagi yang terpilih dalam Top 7: Tolong emailkan nama & alamat ke email siti, ctmysara82@yahoo.com. Siti akan cuba untuk menghantar hadiah secepat yang mungkin.

Mar 27, 2010

Cermin mata yang Ke- 4

Huh..Ini adalah cermin mata yang ke-4 siti beli dalam masa setahun lebih. Tak tahu la baper banyak duit dah siti melabur tuk beli cermin mata ni.
Al-kisah anak bertuah siti yang sorang tu, Kak Ngah memang suka rosakkan cermin mata siti. Kadang2 dia patahkan bingkai, kadang2 dia pecahkan cermin. Pernah sekali tak sampai sebulan siti beli cermin mata, dah berkecai dikerjakannya. Huhu..nak salahkan Kak Ngah takleh gak, kecuaian siti gak la sebab letak cermin mata kat tempat yang leh dicapai.

Yang siti heran kan, Kak Long memang tak pernah nak sentuh tau cermin mata ni. Tapi memang dari dulu siti tengok perangai Kak Long & Kak Ngah ni berbeza sikit. Kak Long memang jenis yang tak sentuh barang2, tak suka buat sepah, pengemas, pandai jaga barang2 dia. Tapi, Kak Ngah lak memang jenis yang habis kacau bilau, semer nak dimainnya. Pastu kalau siti beli buku ker, mainan ker, kejap jer elok..lepas tu berkecai...hehehe..Anak2 kan memang berbeza perangai, ni Wafi lum tahu lagi apa kerenahnya.

Berbalik pada citer cermin mata, kali ni siti beli yang murah jer. Jangan tanya brand apa sebab memang takde brand pun. Cukup la sekali siti beli cermin mata yang mahal tapi akhirnya menangis jer la tengok bingkainya patah. Siti ni pakai cermin mata time malam jer tuk tengok tv. Kalau gi kerja atau keluor jalan2, siti pakai lens. So, tak kisah la pakai yang murah jer. Asalkan terang pandangan dah la kan.

Mar 26, 2010

TAG by Ju@Lucky^Mummy

Alahai Ju, maaf la yer.. kak siti ambik masa sikit nak buat TAG ni...Maklum la, leh berblogging kat opis jer. So, masa terhad la sikit. Harap Ju tak marah yer.


1. Siapakah diri anda di rumah?

Siti seorang isteri dan ibu yang selalu sibuk buat itu ini....masak, kemas rumah, jaga anak2. Memang takleh duduk diam. Kadang-kadang papa pun pening tengok siti.

2. Siapakah diri anda disamping rakan?

Tempat bertukar2 cerita, bergosip, mengadu-damba. Siti sorang yang agak susah nak memulakan bicara (malu la). Tapi bial dah start kenal, jangan terkejut tgk siti yang agak huu..haa..huu.haa ni.


3. 5 benda yang anda idamkan tapi belum tercapai?

Hehehe...
1. Nak beli umah baru yang ala-ala banglo, ada swimming pool n rumput yang menhijau. Kalau takleh, dapat renovate rumah sekarang jadi cantik2 pun ok la.
2. Nissan Muran0 3.5L XTRONIC CVT - huh...idaman kalbuku...
3. Handphone - tak kisah la handphone apa2 pun..murah pun takpe. Asalkan leh ganti handphone siti skang ni yang agak susah nak manage.
4. Percutian yang indah & romantik bersama papa & anak2 selama 2 minggu. Tak kisah la mana2. Asalkan bila bercuti tu siti rasa seronok sangat2.
5. Nak menunaikan Haji di Tanah Mekah...InsyaAllah

4. Siapakah nama pasangan anda?

Papa....Hardi Bin Yatimi

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

1. Papa seorang yang bertangungjawab terhadap rumahtangga
2. Pembimbing kepada siti. Yang selalu mengingatkan siti bila siti lupa.
3. Selalu ke surau. Alhamdulillah
4. Papa tak romantik...but, sekali dia buat romantik..I likeeee
5. Tak pernah buat muka merajuk. kalau dia tak suka cakap terus terang. Takde la siti nak kena pujuk.

6. Bilakah anda couple?

Alamak..tak ingat la...cinta tiga segi masa tu..huhu


7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Huhu....takleh nak citer,,terlalu pahit buat siti, but ia melibatkan mahkamah...Darah muda.

8. Lagu tema cinta anda

Erm..ada ker yer...takde kot. papa bukan jenis jiwang-jiwang. hehehe

9. Apakah perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?

Uik..takde apa2 kot...


10. Tag 7 rakan anda yang lain

Alamak...tak pasti sapa yang belum buat TAG ni...Nanti siti gi skodeng dulu...huhu..

Contest: You & Me - Love Forever (Top 7)

Congratulation....Kat bawah ni siti listkan gambar yang dapat masuk Top 7 yer. Hari tu siti cakap nak listkan Top 3 jer kan. Tapi, disebabkan banyak la sgt gambar yang menarik hati & mata siti. so siti pilih la 7 gambar terbaik yer. Terima kasih juga buat juri-juri bertauliah yang membantu siti. Gambar dipilih berdasarkan ketepatan kepada Tema yang siti berikan iaitu kasih sayang & cinta buat selamanya.

Note: Maaf sekiranya siti tak dapat umumkan nama pemenang pada 26/3/10 ni. Ini kerana, siti memerlukan masa yang lebih lama tuk meneliti gambar yang paling bertuah untuk memenangi Contest ini. Tapi jangan risau, siti akan cuba umumkan nama pemenang secepat yang mungkin.


Note: Alahai......selepas baca beberapa komen, siti rasa agak kecewa la sikit. Sebenarnya siti buat contest ni tuk sahabat-shabat siti yang siti sayangi. Just to reward them. Jangan la ada yang cuba nak mengeruhkan keadaan yer. Tuk makluman semua, contest ni siti yang buat k. So, it's up to me to choose siapa yang layak menang. Kalau ada yang rasa tak puas hati siti mintak maaf. But, keputusan adalah muktamad. Segala aduan, komplen, surat-menyurat takkan dilayan sama sekali.

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yg Ke-5


Hari ini 26/3/2010, genap 5 tahun siti telah menjadi isteri kepada papa. Siti bersyukur kepada Allah swt., walaupun pelbagai rintangan & dugaan yang kita lalui, Dia masih memanjangkan jodoh kita berdua. Siti menjadi isteri kepada papa ketika siti berumur 22 tahun. Boleh dikatakan ketika itu siti masih terlalu mentah untuk menjejakkan kaki ke alam rumah tangga. Siti tahu, kerenah siti yang pelbagai kadang-kala membuatkan papa hilang sabar. Namun, papa sentiasa memberi nasihat, dorongan & sokongan buat siti. Siti bersyukur.......Siti sayang papa....
Alhamdullilah, 5 tahun kita berumah-tangga, Allah swt telah kurniakan kepada kita 3 orang anak yang comel-comel belaka. Mudah-mudahan kita mampu untuk membimbing mereka menjadi anak-anak yang soleh & solehah, anak yang bijak & pandai, anak yang taat kepada ibu-bapa & Allah swt. InsyaAllah.....

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YG KE-5"

Kita..dua insan yang berbeza. Bersatu bersama demi mencapai kebahagiaan di Dunia & di Akhirat. Semoga kita akan terus bersatu, bersama hingga hujung nyawa.

P/S: Bila tengok balik gambar kawen, rasa macam nak jer bersanding lagi sekali..hehehe

Mar 25, 2010

Apa yang siti makan/minum tuk tambah susu

Siti buat entry ni tuk sahabat-sahabat yang ingin tahu apa yang siti makan/minum tuk maintainkan susu badan. Walaupun production siti takde la mencurah-curah, tapi Alhamdulillah..setakat ni cukup la tuk Wafi.

Ingat tak hari tu siti ada cakap production siti menurun (pada sapa yang pernah baca la yer). Bila perah dapat sikit jer. Siti rasa tension sgt. Sampai nangis2 siti masa tu. Rupa-rupanya production menyusut disebabkan oleh pil Yasmine yang siti makan tu. Sebabnya bila siti stop makan pil tu, Alhamdulillah...production kembali macam biasa.



So, untuk maintainkan production susu, siti amalkan makan/minum seperti yang kat bawah ni:






Pil asi ni siti baru ambik dalam 15 hari camtu. Tujuannya tuk melancarkan & menambah susu badan. Bila siti perah tu susu senang nak keluar. Kira tak ambik masa yang lama sangat tuk perah tu.










Siti mula minum Nesvita Oat ni bila siti baca kat blog Rose. Dia minum Nesvita Oat ni tuk maintain susu. So, siti apa lagi..terus gi beli la. Benornya siti kurang gemar makan oat. Tapi, nesvita ni sedap lak. Dalam sehari siti akan minum sekali. Kadang2 siti minum time pagi. Kalau tak sempat, siti minum petang jer la.






Ni adalah Habbatus Sauda ye. Siti terbaca kat susuibu.com pasal Habbatus Sauda ni leh tambah susu. Kebetulan papa pernah beli Habbatus Sauda ni tuk tuam telur Wafi (dia kena angin). Pastu ada banyak lebih. Terbiar jer kat dapur tu sebab siti pernah makan sikit hari tu. Huhu..tak baper best lak rasanya (siti memang susah yer nak makan ubat atau benda2 yang rasa pelik2 nih). Bila dah dapat info pasal leh tambah susu tu, siti terus makan la. Bila dah selalu makan, dah terbiasa ngan rasanya yang sedikit kelat/pahit tu. So, siti amalkan la makan ni. Siti ambik 7 biji sekali makan, 2/3 kali sehari.







Lagi satu, siti selalu minum air soya. Dalam sehari siti akan minum 1 liter air soya yang dalam kotak tu. Memang banyak membantu tuk tambah susu badan.










Lastly, siti akan minum air masak sebanyak yang mungkin. Biasanya ssiti akan minum secawan air masak sebelum & selepas pum susu.

Tempat Makan kat Opis..huhu

Huhu..tgk gambar kat atas tu. Tu lah tempat siti selalu lunch masa kat opis. Siti ni memang lunch sorang2 jer sebab siti sorang jer staff perempuan kat sini. Takde geng la nak ajak makan. Dulu ada gak kawan kat opis lain. Sekarang ni dia dah pindah. Tinggal la daku sorang. Nak makan kat kedai sorang2, lagi la tak best. Nanti orang duk tengok jer (perasan lebih).

Tapi, bila boss takde kat opis, siti makan jer kat meja siti..depan PC. Sambil makan sambil terjah blog orang. Hahaha..bila boss ada segan nak makan depan PC. Kang dia terliur lak tgk siti makan..hahaha..macam-macam.


Sambil makan, sambil membaca k. Bukan apa, bosan tau makan sorang-sorang.

Mar 24, 2010

Contest: You & Me - Love Forever (Full List)

STICKY MODE UNTIL 24/3/10 - New Entery please scroll down

Terima kasih kepada semua yang telah turut serta melibatkan diti dalam contest yang siti anjurkan. Buat rakan-rakan yang telah menyertai Contest: You & Me - Love Forever, sila semak gambar masing-masing yer. Mana tahu kot2 siti terlepas pandang penyertaan anda. Sekiranya gambar anda tidak ada dalam senarai, sila inform siti secepat yang mungkin di ruangan komen.

Penyertaan yang siti terima agak menggalakkan, semuanya cantik2 belaka sampai siti pening kepala nak buat keputusan. Nampaknya siti perlu mencari juri-juri yang bertauliah tuk mengadili gambar-gambar yang diberi. InsyaAllah siti akan umumkan Top 3 sedikit masa lagi. Hanya seorang pemenang yang akan dipilih. Harap Maklum.

Kek lagi dari jiran sebelah

Alhamdulillah...rezeki lagi...

Hahaha..nampaknya siti takyah beli kek dah la lepas ni yer...

Cantik gakkan kek yang warna biru putih tu. Nod bad la hasil kerja tangan jiran siti ni.

Ermmm..nampaknya tuk birthday Kak Ngah yang akan datang ni, siti takyah la buat kek sendiri. Leh jer order ngan dia..hahaha...

Ingat lagi masa siti belum ada Wafi lagi dulu, siti memang rajin gak bagi makanan kat jiran2. Siti ni minat memasak, tapi orang kat umah yang nak makan tu tak ramai. So, jiran-jiran la yang jadi mangsa tolong abiskan..huhu...
Tapi sejak ada Wafi ni, masa memasak siti dah jadi terhad sgt. Tak menang tangan siti nak melayan kerenah 3 orang anak..huhu..so, boleh masak yang simple2 jerk..



P/S: Pinggan jiran sebelah dah banyak kat umah siti. Bila la leh balas balik yer..hahahaha...Takpe..asalkan jgn buat mcm harta sendiri dah la yer :).

Mar 23, 2010

Ikan Kembung Percik

Waaaa..lama sungguh siti tak posting pasal masakan siti yer. Hehehe...Bukannya apa tau, siti cuma masak yang simple2 jer sekarang ni. Nak post kat sini nanti wat gelak kat orang jer..hehehe.



Ikan percik ni pun versi simple gak siti buat yer. Masak pun dalam oven jerk. Takde masa nak bakar arang bagai..huhu...Layan gambar jer la yer, resepi tahyah la yer...Ramai dah tau buat ni. Semer pakar-pakar masak belaka....:)


Sape nak Duit... Cepat2 register.. Free jer tau.


Isk..macam tak percaya jer...tak percaya ker??? Takpe..Cuba dulu. Tak rugi pun sebab tak perlu bayar apa2...lain dari bisnes internet yg ada sebelum ni.


~Tidak memerlukan modal
~Hanya perlu Register sahaja
~Selepas register terus dikreditkan $10 dalam akaun
~then bila ada yg register baru masukla $1 ke akaun kita
~So promote ajer la
~Tak caya sila cuba..
~takyah kuar modal tak aper...
~Boleh cash out bila akaun dah capai $100

Kalau nak try klik kat banner tu atau SINI....sesiapa yg nak register kena guna email SELAIN akaun yahoo.. so, please create account selain dari Yahoo...