Showing posts with label Jannah. Show all posts
Showing posts with label Jannah. Show all posts

Sep 30, 2010

Bila yang tak diingini..berlaku

Adoi..hati ibu mana tak tersentuh, menangis bila sesuatu kejadian yang tak diingini berlaku terhadap anak2...

Semalam Kak Long & Kak Ngah ikut papa pergi surau. Sekali masa balik dari surau, tengok dua2 duk menangis. Tak sempat nak tanya kenapa, tertengok darah dah meleleh2 keluar dari kepala Kak Ngah. Adoii..la...rasa macam nak menangis jerk..Rupa-rupanya diorg terjatuh kat atas jalan raya. Papa cakap, diorg main pusing2 sambil berpegangan tangan. Agaknya laju sangat pusing, pastu terlepas tangan..huhu..terus terjatuh..Papa cakap dia dah larang jangan main macam tu. Tapi, biasalah..bukannya nak dengar..

Papa terus ambik kain basah & lap. Ada dua kesan luka. Nasib baik la tak dalam. Tapi lekuk ke dalam sebab kena batu2 kecik. Tambah lagi masa kena tu Kak Ngah pakai tudung, kalau tak mesti batu tu dah melekat kat kepala Kak Ngah. Lepas dah lap semer, terus letak minyak gamat. Kejap jer rasa sakit..lepas tu terus aktif balik..siap main panjat2 kerusi lagi. Sabor jer la...


Kak Long lak luka kat lutut. Sampai koyak seluar yang dia pakai.


Wafi macam biasa...senyum jer sebab dapat duk ngan ibu...Nasib baik Wafi lum boleh ikut papa lagi..Kalau tak..leh tahan jugak hero sorang nih.


Aug 4, 2010

Siti Miftahul Jannah (4 Tahun)

Sebenarnya dari pagi tadi lagi siti nak post entry ni. Tapi dek kesuntukan masa..maka tertunda la sampai ke hari ni. Terlalu banyak yang hendak diceritakan tentang anak dara siti yang sulung nih. Tapi, hanya ini yang sempat dicoretkan...

Siti Miftahul Jannah (4 tahun)

- Sedari umur 2 tahun lagi Kak Long memang petah berkata-kata. Mulutnya sangat lancar berbicara. Tak ada langsung pelatnya. Pada usianya 4 tahun ini, kadang segala perkataan yang keluar dari mulutnya tidak membayangkan umurnya. Ada dikalangan teman2 yang menyuruh siti menghantar Kak Long ke sesi ujibakat untuk rancangan kanak2. Tapi tak pernah terdetik langsung dihati siti untuk berbuat demikian sekarang. Di masa akan datang....Wallahualam..

- Bertuahnya memiliki anak perempuan..bila sedikit sebanyak dia dapat membantu kita meringankan sedikit kerja2 yang biasa kita lakukan. Alhamdulillah...Kak Long juga sudah boleh diharap. Setakat disuruh ambilkan itu & ini, kemaskan mainan & tempat tidurnya...InsyaAllah, memang tidak ada masalah. Kadang2, tolong angkatkan baju di ampaian..Oh! anak ibu dah tinggi rupanya....

- Kak Long suka sangat menonton TV. Tambah2 lagi kalau cerita karton. Kadang2..jam sudah menginjak ke pukul 12 mlm, tapi Kak Long masih lagi setia dengan TVnya. Ada suatu hari papa ceritakan pada siti, Kak Long masih setia menonton cerita Laksamana Do Re Mi sedirian sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Kak Long cakap pada papa " Papa...kelakar la cerita ni" sambil ketawa bersungguh2. Kelakar papa kata tengok kerenah Kak Long tu. huhu...Kadang2 siti marah jugak. Tak elok untuk anak seusia dia tidur begitu lewat.

- Dalam usia 4 tahun, Kak Long masih lagi tidur bersama ibu (siti). Ermm..masih manja. Setiap kali hendak tidur, mesti ibu yang dicari dulu. Jarang sekali dia tidur bersama papa. Ada la sekali sekala apabila dia dah terlalu mengantuk atau letih, Kak Long akan tertidur di mana2 saja. Kadang2 selalu bertengkar dengan Kak Ngah, kerana berebut untuk tidur bersebelahan dengan siti. Dulu masa ketiadaan Wafi, boleh la sama2 adil, dua2 boleh tidur sebelah ibu. Tapi sekarang, satu tempat telah diisi oleh Wafi. Tak boleh tidak, Wafi tetap kena tidur sebelah ibu, senang nak menyusu nanti bila dia terjaga. Kalau dah anak2 semuanya mahu tidur bersama siti, maka papa tidur kat mana yer? hehehe..tak kisah la di mana2 pun..Papa tetap kena mengalah...
Namum, siti rasa ini tidak akan berpanjangan. Kerana siti sedar, kanak2 seusia Kak Long sudah sepatutnya tidur berasingan dari ibu bapa. InsyaAllah, tidak lama lagi. Bilik anak2 masih belum lengkap atau kata lain tidak punya apa2 kelengkapan lagi. hehehe...but sure very soon.

- Sebagai anak sulung, Kak Long selalu perlu mengalah. Mengalah bukan beerti kalah kan....Kak Long punya hati yang lembut. Senang untuk dipujuk. Alhamdulillah. Contohnya, bila dia hendak tidur disebelah siti, tapi Kak Ngah pun sama2 berebut untuk tujuan yang sama, siti lebih senang untuk memujuk Kak Long supaya mengalah. Selalu siti akan cakap " Kak Long bagi Kak Ngah tidur dulu. nanti bila Kak Ngah dah tidur, ibu bagi Kak Long tidur sebelah ibu"..dan Kak Long akan mengiakannya. Tapi dalam lembut2 Kak Long, ada juga saat & ketikanya garangnya keluar juga. Tangannya tu cepat jugak naik...bila dia terlalu marah, pasti ada yang menjadi mangsa cubitannya..

- Kak Long seorang yang mudah mesra, pandai berkawan. Walaupun baru berjumpa, tapi layanannya seolah2 dah kenal lama. Tak kira tua atau muda..semua dilayannya. Tambah lagi dia yang memang petah bercakap. Tak terlayan dek orang nanti.

Oh yer..tahun depan Kak Long akan mula bersekolah..Sebenarnya siti masih belum mencari lagi taska yang sesuai..Ermmm..sepatutnya siti tak boleh berlengah lagi..perlu mulakan percarian dari sekarang..kena survey2 dulu...betul tak?

Coretan Siti: Setiap anak punya kelebihan & punya juga kekurangan...Kalau kita rasa anak2 ini menyusahkan...maka kita berada dikalangan org yg rugi..kerana..walau dalam keadaan kita yang teramat penat dek kerana seharian bekerja, hanya dengan melihat wajah mereka, kita masih mampu untuk tersenyum....hilang segala kepenatan....:)



Jun 15, 2010

Ikut ibu shopping


Sabtu lepas bawak Kak Long & Kak Ngah gi shopping kat Tesco. Plan asalnya nak tinggalkan diorg kat umah bbsitter jer sebab papa memang busy. Tapi, biasa la..kalau dah tahu ibunya nak gi jalan2, nangis2 la nak ikut. So, siti hantar wafi jer la kat bbsitter.

Bila dah bawak budak berdua ni, dari nak cepat jadi lambat dah jadinya, huhu. Hati ni duk teringat kat wafi jerk. Plannya memang nak gi kejap jer. Tapi duk melayan kerenah Kak Long & Kak Ngah ni, adoiii..kucar kacir jadinya. Gambar pun sempat snap 3 keping ni jer la..huhu...