Feb 16, 2011

Pizza (gebu)

Assalammualaikum...

Entry kali ni nak tanyang gambar pizza yang tersangat la mewah dengan bahan-bahannya. Kalau buat pizza sendiri memang macam ni la kan..macam2 kita boleh letak. Rasanya dah lama jugak siti tak pergi makan pizza kat Pizza Hut. Kalau terasa nak makan atau anak2 request, mmg buat sendiri jer la. Maklum la, sejak ada BM..semuanya jadi mudah...hehehe...


Disebabklan anak2 siti memang la suka sangat makan pizza, maka lebihan doh roti gula kat bawah sana tu, siti buatla base pizza. Tak sampai 5 minit...dah siap pizza untuk dibakar. Makan panas2, memang sedap..tambah lagi letak cheese banyak2 (tak ingat dah pasal diet)...

Untuk topping, mula-mula siti ratakan sos cili + sos spaghetti kimball (beli jer kat giant). Lepas tu letak sardin (yang dah dihancurkan), crab stick & hotdog. Kemudian, siti picitkan mayonis & thousand island dressing. Last sekali barulah taburkan cheese. Siap. Jom makan...tapi kena buat sendiri la yer..Yang ni dah licin masuk perut. :)

Fresh from oven

Yang belum dibakar


Bun Lembut Osaka

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran hari ni dengan roti yang sangat gebu & lembut ni. Haha..sebelum apa2 jangan puji2 siti sebab rajin menguli roti yer....Ini kerana siti menggunakan khidmat bibik melayu atau nama lainnya Bread Maker (BM) untuk uli doh roti ni...hahaha....
Kalau nak menguli pakai tangan, memang tak jadi roti la gamaknya. Bukannya apa...dulu2 siti pernah gak main uli2 tepung ni untuk buat pau & roti. Tapi, sejak adanya Wafi, memang takleh harap la kalau nak berlama2 kat dapur. Manjanya...Allah swt jer yang tahu..(mak cakap ikut perangai siti masa kecik2 dulu)..So, memang takleh nak komplen lebih2...hehehe.

Resepi roti ni siti ambik dari dapur Ros Jintan Manis yang terkenal dengan resepi rotinya yang lembut lagi gebu. Kalau tak, takkanlah resepi2nya tu boleh masuk dalam majalah kan. Kalau tak silap siti majalah Mingguan Wanita. Maaf la yer Ros, siti dah derhaka sikit kat resepinya tu dengan meletakkan gula sebagai topping..Nak tahu macamana Ros boleh dapat nama Bun Lembut Osaka, kena la pergi baca kat blog Ros yer. Sambil2 tu..boleh jugak belek2 resepi yang best2.
Mintak halal yer Ros, siti nak copy paste resepinya kat sini. Terima kasih.


Bun Lembut Osaka
Sumber: Ros @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( Untuk Doh)

300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux - siti ganti dengan bread softener
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam

* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu

resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.


Feb 14, 2011

Jannah, Batrisyia & Wafi

Assalammualaikum semua...
Dah lama juga rasanya siti tak masukkan gambar anak-anak dalam blog siti nih. Dah besar panjang pun semuanya. Kak Long & Kak Ngah dah mula bersekolah (pra-sekolah). Wafi pun dah nak masuk 1 tahun 3 bulan. Kejap jer masa berlalu. Alhamdulillah..wafi masih lagi fully breastfeed. Jom layan gambar anak-anak siti yang siti ambik masa balik kampung MIL tak lama dulu....Boleh cam kan yang mana Kak Long & yang mana Kak Ngah...Dah nampak banyak perbezaan siti rasa.

Kak Long Jannah


Kak Ngah Batrisyia


Wafi yang seksis..panas kat umah mbah..


Rezeki Wafi

Hasil perahan pagi ni pukul 11.30. Alhamdulillah..dapat 12 oz...Sekarang ni siti pump 2 kali jer sehari kat office. Pukul 11.30 pg & 3.30 ptg. Sekarang Wafi minum di antara 10 -12 oz sehari kat rumah bbsitter. Siti sangat2 berharap, agar siti mampu menyusukan Wafi sampai Wafi umur 2 tahun. Moga Allah permudahkan segalanya..Amin. Begitu juga dengan ibu2 yang lain yang masih gigih berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak2. Moga kita berjaya!

Easy Tiramisu

Salam semua...Agak2 ada yang masih ingatkan siti tak..Dah lama sangat berdiam diri ni. Adoii la..blog pun dah bersawang. Terpaksa cuci semer sawang2 ni semula..huhu..Nasib baik ada tiramisu ni buat pencuci mulut...hehehe..

Sebenarnya dah lama sangat teringin nak buat tiramisu nih. Cream cheese pun dah lebih sebulan duduk dalam peti ais. Nasib baik belum expired lagi. Tiramisu yang siti buat ni simple sangat. Last Friday, lunch time pergi Giant, Kelana Jaya..nak cari la lady's finger atau biskut tiramisu, tapi tak jumpa. Last2 ambik jer la kek gulung perisa kopi & beli jugak whipping cream. So, weekend lepas tertunai la hajat nak buat tiramisu nih. Resepi tiramisu ni siti ambik dari Dapur Dayangjack. Resepi asal dari Umi e. Cuma siti ada skip part tuang air nescafe atas kek sebab siti dah guna kek perisa kopi.

Anak2 memang suka sangat makan tiramisu ni. Satu adunan dapat la 6 gelas macam dalam gambar. Siti dapat makan satu gelas jer. Yang lain semer diorang bedal..huhu...Oklah..resepi siti copy dari umah Dayangjack jer la yer. Terima kasih sebab sudi panjangkan resepi tiramisu yang simple lagi sedap nih.

Tiramisu
sumber : Dayangjack

Bahan-bahan (6 gelas seperti dalam gambar)
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek (siti guna kek perisa kopi)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan (takde stock, siti guna serbuk nescafe)

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...