Kembali bersiaran hari ni dengan roti yang sangat gebu & lembut ni. Haha..sebelum apa2 jangan puji2 siti sebab rajin menguli roti yer....Ini kerana siti menggunakan khidmat bibik melayu atau nama lainnya Bread Maker (BM) untuk uli doh roti ni...hahaha....
Kalau nak menguli pakai tangan, memang tak jadi roti la gamaknya. Bukannya apa...dulu2 siti pernah gak main uli2 tepung ni untuk buat pau & roti. Tapi, sejak adanya Wafi, memang takleh harap la kalau nak berlama2 kat dapur. Manjanya...Allah swt jer yang tahu..(mak cakap ikut perangai siti masa kecik2 dulu)..So, memang takleh nak komplen lebih2...hehehe.
Resepi roti ni siti ambik dari dapur Ros Jintan Manis yang terkenal dengan resepi rotinya yang lembut lagi gebu. Kalau tak, takkanlah resepi2nya tu boleh masuk dalam majalah kan. Kalau tak silap siti majalah Mingguan Wanita. Maaf la yer Ros, siti dah derhaka sikit kat resepinya tu dengan meletakkan gula sebagai topping..Nak tahu macamana Ros boleh dapat nama Bun Lembut Osaka, kena la pergi baca kat blog Ros yer. Sambil2 tu..boleh jugak belek2 resepi yang best2.
Mintak halal yer Ros, siti nak copy paste resepinya kat sini. Terima kasih.
Bahan-bahannya ( Untuk Doh)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux - siti ganti dengan bread softener
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
25 gram tepung gandum
125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment