Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Sep 8, 2009

Sambal Tahun

Sapa pernah makan sambal tahun ni?? Siti rasa kalau orang jawa tahu la pasal sambal tahun ni. Disebabkan siti ni kawen ngan orang jawa, so siti kena la belajar makan makanan orang jawa. Apepun, sambal jawa ni memang favourate siti. Masa balik kampung papa hari tu, siti request dari mak mertua suh buat sambal ni. Mengidam nak makan. hehehehe...Satu periuk besar mak mertua siti buat.
Oooo..menurut bapak mertua siti, sambal ni dipanggil sambal tahun sebab dulu diorg buat sambal ni byk2 pastu leh simpan lama. Cuma kena panaskan & kalau dah nampak kering sikit tambah jer santan semula. Resepi nanti siti letak yer. Busy lak pagi ni.

Jan 6, 2009

Dinner 5/1/09..

Siti ni sebenarnya mmg create blog ni tujuannya tuk letak pic masakan siti. Walaupun siti masak yang biasa2 jer. At least, leh la anak2 siti nanti belajar dari sini masakan ibunya. Sambil2 tu boleh la siti berkongsi idea masakan dengan semua. :))

Ayam Masak Kicap & Serai

5/6 ketul ayam
Kicap manis cap kipas udang
1 labu bawang besar - dimesin halus
2 ulas bawang putih - dimesin halus
1 labu bawang besar - dihiris
Sedikit lada putih - ditumbuk halus
1 biji tomato - dibelah 4
2 batang serai - diketuk
Secubit garam

Cara:-
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang yg telah dimesin bersama serai. Setelah bawang hampir kekuningan, masukkan ayam. Kacau sehingga ayam nampak sedikit garing. kemudian masukkan lada putih & kacau sehingga sebati bersama ayam. Kemudian masukkan kicap & tambah air (agak2 sehingga ayam empuk). Apabila ayam hampir masak, masukkan bawang besar yang dihiris bersama tomato. Perasakan dengan garam (jangan terlalu banyak kerana kicap sudah mempunyai rasa manis & masin). Kacau sebentar & sedia untuk dihidangkan.

Taugeh Goreng & Hati Ayam

50 sen taugeh
3 ketul hati ayam - dipotong kecil
2 ketul tauhu - dipotong 6 & digoreng
1 batang karot - dipotong kecil
sedikit lada putih - ditumbuk
1/2 labu bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
garam secukup rasa

Cara:-
Panaskan minyak dan masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis hingga layu. Kemudian masukkan hati ayam & lada putih. Kacau sebati sehingga hati ayam separuh masak. kemudian masukkan karot. Apabila hati ayam & karot hampir masak, masukkan taugeh & tauhu yg telah digoreng terlebih dahulu. Perasakan dengan garam. Jangan biarkan taugeh ditumis terlalu lama. Ini akan menyebabkan taugeh menjadi terlalu lembik.

Sambal Belacan versi Siti

15 tangkai cili padi
1 sudu besar belacan - dipanggang di atas api terlebih dahulu
Garam, gula & perasa
1/2 buji tomato - didadu halus

Cara:-
Tumbukkan cili padi bersama garam, gula & perasa. setelah lumat, masukkan belacan. Akhir sekali masukkan tomato.