Tapikan sebelum tu, siti nak bagitau Hajar yang siti seram baca komen yang hajar tulis tu...huhu..memang siti rasa agak menakutkan apa yang hajar pernah lalui. Yang lagi scary baca bab Langsir tu (tak bani nak sebut).....huhu..siap leh merayap2 yer...adoiii...
Tapikan memang ada orang yang senang & boleh nampak benda2 halus ni. Alhamdulillah, siti tak pernah nampak lagi la & mintak dijauhkan. Amin.
Oklah, kisah2 seram kat rumah siti bermula selepas siti lahirkan Wafi. Sebelum ni memang takde perkara pelik berlaku kat rumah siti tu. Siti pun heran kenapa. Tapi, bidan yang pernah urut Wafi ada bagi tau, budak kecik ni memang banyak orang yang suka termasuk la makhluk2 halus ni.
Peristiwa 1:
Sehari selepas siti balik dari hospital, keluarga MIL datang la melawat siti. Malam tu memang diorg tidur rumah siti la. Semua pakat tidur kat hall jerk. Adik ipar siti (lelaki), dia tidur mengadap tangga rumah siti. Dia cakap, malam tu dia terjaga, pastu dia nampak satu makhluk berambut panjang, pakai baju putih, duduk kat tangga rumah siti. Lepas tu semer balik la, suma tinggal MIL siti jer tuk jaga siti kejap masa pantang/ MIL cakap, dia cam seram jer kalau nak naik kat atas, rasa meremang jer bulu roma. huhu...
Peristiwa 2:
Masa umur Wafi sebulan lebih gitu, ada sekali tu dua malam berturut-turut Wafi tak tidur. Dia asyik la menangis yang jenis melalak tak ingat punya tu. Siti wat camna pun, dia tak ok gak. Sampai dah dekat subuh baru la dia tidur. Pastu papa pun buat la air yassin, pagar rumah 3 malam berturut2. Baru la Ok.
Peristiwa 3:
Selang beberapa hari lepas Wafi menangis tu kan, papa nak buat sembahyang hajat. Malam jumaat la kalau tak silap siti. Dalam pukul 12 malam gitu la. 3 kali papa cuba sembahyang, tapi tak boleh. Dia cakap meremang bulu roma macam ada yang kacau.
Peristiwa 4:
Esoknya selepas papa buat sembahyang hajat, siti terjumpa seekor biawak kat bilik atas ( bilik no. 2). Selalu tetamu tidur bilik ni. Kebetulan siti nak kemas bilik tu, ternampak la kelibat biawak tu. Sekali imbas jerk. Siti terus call papa, papa balik dia cari2 tapi tak jumpa. Papa cakap la, mungkin perasaan siti jer. Ok la...siti pun ingat gitu gak. Selang semalam lepas tu, siti tengah tidur, tak silap siti pukul 5 pagi la. Masa ni siti ngan Wafi tidur atas katil. Papa tidur kat tilam tepi katil ngan Jannah & Batrisyia. Siti macam terjaga tau. Masa ni siti tidur mengiring. Elok jer siti bukak mata, siti nampak biawak tu duduk atas bahu siti sambil jelir2 lidah dia. Apa lagi, terus siti sambar Wafi & melompat siti bangun sambil jerit panggil papa (memang ngeri tau. berapa hari siti takleh tidur sebab terbayangkan biawak ni). Papa pun terus terkam siti & peluk siti. Siti nangis2 cakap kat papa siti nampak lagi biawak tu. Papa cari lagi. Tak jumpa gak...huhu..papa cakap siti mimpi jerk. Sabor jer la. Dah dua kali nih.
Tapi akhirnya misteri biawak terbongkar gak. Pukul 10 pagi hari yang sama, siti nak ambik seluar kat tempat siti sidai tuala dalam bilik siti la. Tengah2 siti nak pakai seluar tu, terus biawak tu keluar dari seluar siti tu & menyorok kat bawah timbunan baju yang siti belum basuh. Haa...time ni nasib biawak tu tak bernasib baik sebab papa da sekali dalam bilik masa tu & papa memang nampak ngan mata dia sendiri. Apa lagi, papa tangkap la biawak tu. Papa baca ayat Al-Quran, pastu cakap kat biawak tu jangan kacau kitorang lagi. Papa memang tak bunuh sebab papa takut benda2 halus yang menyerupa binatang ni. Sebab siti rasa macam Allah nak tunjuk jer benda tu lepas papa buat sembahyang hajat. Yang siti heran, kenapa siti jer yang selalu kena ngan biawak tu. Kenapa biawak tu tak duduk kat papa/anak2 yg duk kat tilam bawah. Boleh lak dia duduk kat siti yang tidur atas katil ni. huhu....
Lepas kejadian biawak ni, memang takde dah la kejadian2 seram kat rumah siti, sampai la kejadian semalam tu.
Tapi ada gak kisah2 seram yang berlaku kat taman rumah siti tu. Jiran siti anak dia sampai demam2. Dia siap nangis sambil tunjuk2 lagi benda tu. Anak dia tu kecik lagi, belum boleh cakap. Pastu pak guard ada cerita yang dia nampak orang perempuan rambut panjang tengah berdiri kat depan pagar salah satu jiran siti selorong ngan rumah siti. Huhu...
Menurut jiran yang memula duduk kat taman siti tu, memang perempuan rambut panjang tu (makhluk halus) ada kat taman rumah siti tu. Dia ada sekeluarga...huhu...
Yer la kan, masa siti duduk dulukan, memang banayk rumah kosong lagi. Agaknya dia duduk kat salah satu rumah kosong tu. Sekarang ni semua rumah dah berpenghuni, jadi dia pun merayau2 la. huhuhu..Wallahualam...
