Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Apr 12, 2010

Nasi Hujan Panas, Gulai Ayam & Acar Mentah

Dah lunch ker semua???? Kalau belum, jemput la makan nasi warna warni ni yer. hehehe...Ada yang tak penah jumpa ker nasi ni. Ni nama dia nasi hujan panas. Tak tau la naper orang panggil gitu. Nasi hujan panas ni siti masak tuk lunch Sabtu lepas. Macam makan kat kenduri lak rasanya. Lama tak makan nih, sedap sungguh la makan anak beranak. hehehe....


Bila dah ada nasi mesti la ada lauknya kan. Ni siti masak gulai ayam pakai rempah gulai kawah. Huhu..memang sedap. Rempah ni mmg khas dari terengganu tau. Mak kawan siti yang buat.


Pastu kita gandingkan lak ngan acar mentah kat bawah ni. Baru la ngam kan. Acar ni siti suka ratah jer. Nak buat pun memang la senang yang amat.

Ok, dah hidang pun. Apalagi, jom la kita makan....hehehe


Mar 1, 2010

Pulut Kuning + Rendang Ayam

Akhirnya tercapai juga hasrat siti tuk buat pulut kuning. Sebenarnya siti buat pulut kuning ni tuk memenuhi nazar siti masa siti pregnant dulu. Siti bernazar kalau siti dapat anak lelaki kali ni siti nak buat pulut kuning & hantar kat surau. Dengan bantuan adik, hari Jumaat lepas tertunai la nazar siti. Pertama kali siti buat pulut kuning ni, risau jugak la takut tak menjadi. Tapi, Alhamdulillah..elok jer masaknya. Siti buat dua kilo pulut kuning & rendang ayam 2 ekor. Cukup la tuk hantar kat surau taman siti ni. Tu pun papa cakap tak cukup. Jangkanya cuma 10-12 orang jer yang akan datang ke surau. Rupa2nya ramai lak malam tu. Siti ingat ramai yang balik kampung. Papa pun takde menjemput tuk makan pulut kuning ni. Sapa2 yang datang ke surau boleh la merasa. Terpaksa la catu sorang sikit. Kesian pulak..

Resepi pulut kuning siti ambik dari hasil air tangan Kak Hanieliza. Siti copy paste jer la yer. Resepi rendang lak leh klik di sini. Tukar jer ayam pencen jadi ayam daging.

Bahan-bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
2 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan air secukupnya untuk merendam pulut..
daun pisang [untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan]
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara :-
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Lapikkan daun pisang dalam periuk kukusan. 5
. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
6. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
7. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
8. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
9. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
10. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur.
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

Sep 3, 2009

Nasi Ayam Simple & Ayam Tandoori

Ni menu berbuka puasa bila yer? Lupa dah. Siti buat nasi ayam ni sebab nak mkn ngan ayam tandoori kat bawah tu. Buat cincai2 jer. Tapi rasa mmg tak mengecewakan...hehehehe...

Ayam tandoori ni siti buat pakai perencah maggie segera tu jer yer. Hari tu jalan2 kat giant, tetiba ternampak lak perencahnya tu. Terus la sambar satu. Saja nak try2. Boleh tahan gak rasanya...Ikut jer cara nak buat yg tertulis kat belakang pack tu.

Sambal cili tuk makan ngan ayam tandoori. Wat sambal cili mcm sambal cili nasi ayam tu jerk.

Pastu wat sup sayur & tauhu telur. Kena la ada lauk yg berkuah jugak. Hehehehe

Roti John papa beli kat Taman Warisan, Putrajaya.

Tembikai sebagai pencuci mulut.

May 14, 2009

Rendang Ayam Pencen


Resepi rendang ni asasnya dari mak siti. Tapi kalau siti masak, siti ada la tambah bahan2 lain ikut suka rasa siti. Siti lebih suka rendang yg ada kuah sikit2. Kalau dapat makan ngan ketupat pulut daun palas mak siti buat...sedapnyaaaaaaa. Time raya memang wajib kena ada rendang ayam pencen nih. Nak masak ni kena ambik masa yang lama sikit la sebab ayam pencen ni kan keras. Nak tunggu isi dia lembut sikit tu, sempat la kalau nak tiudr ker, nak tgk drama dulu ker. hehehe. Kali ni siti buat rendang nih tuk makan ngan nasi lemak kat bawah tu.

Rendang Ayam Pencen
1/2 ekor ayam pencen - dipotong
1 kotak santan - 250g
2 sudu cili kisar
2 sudu rempah kari
2 sudu kerisik
1/2 cawan air asam jawa cair
2 sudu gula melaka/kabung
3 sudu kicap manis
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar (campak jer dalam blender)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
3 batang serai - dihiris dulu yer
1.5 cm lengkuas
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras

Cara:
1. Tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar & rempah kari. Tambah sedikit air. Tumis sehingga betul2 garing & naik minyak.
2. Kemudian masukkan ayam dan air asam jawa. Kacau sebentar. Masukkan kerisik & gula melaka. Tambah air secukupnya & biarkan ayam sehingga isinya dah empuk/lembut (siti tunggu dalam sejam lebih gak la. Dua kali tambah air).
3. Bila air dah kering sedikit masukkan santan. Kacau sebentar dan biarkan sekejap sehingga santan masak & kuah hampir kering sedikit. Masukkan kicap & perasakan dengan garam. Boleh tambah daun limau purut & hirisan daun kunyit jika suka.

Feb 19, 2009

Nasi Tomato, Ayam Goreng Berempah & Dalca Daging

Resepi nasi tomato siti ambik dari Kak Hanieliza. Siti cuma tambah dua sudu tomato puree tuk bagi kaler dia merah sikit.

Nasi Tomato
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
Daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

Ayam Goreng Berempah
8 ketul ayam
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 batang serai*
3 tangkai cili merah*
2 sudu biji ketumbar*
2 sudu jintan manis*
2 sudu jintan putih*
Sedikit serbuk kunyit*
Garam & Gula*
Cara:
1. Masukkan bahan2* ke dalam pengisar & kisar. Jangan kisar terlalu halus.
2. Perapkan bahan2 kisar bersama ayam. Biarkan semalaman sebelum digoreng.

Dalca Daging
300g daging - dihiris nipis
3 cwan santan - dari sebiji kelapa
1 biji terung bulat - dibelah 6
1 batang lobak merah - dibelah panjang
2 biji kentang - dibelah 4
Kacang panjang - dopotong 1.5 inc
3 sudu rempah dalca
2 sudu cili kering yg telah dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Tumiskan bawang yg telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah dalca & cili kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan daging. Tambah sedikit air. Biarkan daging sehingga hampir masak & masukkan kentang. Kemudian masukkan air asam. Kacau sebentar.
4. Masukkan santan. Kacau sehingga mendidih.
5. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah diikuti terung & kacang. Perasakan dengan garam & gula.

Jan 15, 2009

Roti Jala...

Roti Jala ni siti buat untuk breakfast sabtu lepas. Plan nya siti nak masak gulai ayam malam jumaat tu. Tapi dah balik lewat sebab keluar pegi makan nasi lemak antarabangsa, terus tertidur. So, pagi2 siti dah bangun tuk masak gulai sambil menjala. Kelam kabut jugak la. Roti jala ni dah byk kali siti buat, tapi still belum mahir lagi. Kalau makan roti jala dengan serawa durian, sedapnya......

Ni la rupa roti jala siti. Jangan gelak tau...Hehehehehe...
Roti Jala
2 cawan tepung
3 cawan air (kalau pekat tambah lagi air yer)
1 biji telur
garam
sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning
esen vanilla (option)
Cara:-
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga semua bahan sebati. Kemudian tapiskan ke dalam bekas. Sedia untuk menjala.

Gulai ayam ni yg paling simple siti buat. Yang penting rasa memang sedap.
Gulai Ayam
Ayam - dipotong kecil2
Kentang - Potong dadu sederhana besar
Minyak masak
1 labu bawang besar - dikisar*
2 ulas bawang putih - dikisar*
1 cm halia - dikisar*
10 tangkai cili kering - dikisar*
3 sudu serbuk kari
Air asam jawa/asam keping
Santan
Garam & Gula
Cara:-
Panaskan minyak dlm periuk. Masukkan bahan2 yg telah dikisar*. Tumis bahan kisar sehingga naik bau & agak kekuningan, masukkan cili & rempah yg telah dibancuh dgn sedikit air. Tumis sehingga rempah naik minyak/masak. Kemudian masukkan ayam dah sedikit air. Kacau ayam bersama rempah hingga rata kemudian masukkan air asam jawa/asam keping, garam & gula. Biarkan ayam bersama rempah sehingga ayam separuh masak. Seterusnya, masukkan kentang & santan. Kacau sekali sekala sehingga ayam masak sepenuhnya. Sedia untuk dihidangkan.

Jan 9, 2009

Lunch & Dinner 7/1/09...

Hari Rabu hari tu siti ambik cuti. So, tak kerja la. Saja nak release tension. Pagi tu, siti pergi breakfast ngan papa mkn roti canai. Lepas tu teman papa buat kerja kat office.
Tghari lak siti & papa jalan dekat Jusco. Siti sempat la shopping sikit. Lepas shopping papa ajak pergi mkn KFC. Dah mengidam katanya. Macam2 papa nih (bak kata kakak). Hehehehe...


Malamnya, mcm biasa la siti kena tunaikan tanggungjawab. Kena masak untuk ahli keluarga. Dinner siti mcm biasa. Simple jerk. Ada ayam goreng kunyit, taugeh msk lemak putih & tauhu goreng.


Isi ayam yg bahagian dada biasa mmg tak laku sgt kalau masak gulai ker, masak merah ker tau masak kicap. So siti goreng kunyit jer la.

Ayam Goreng Kunyit
Isi ayam - dihiris nipis
serbuk kunyit
garam
1 labu bawang besar - dihiris bulat2
cili besar - dihiris
1 inci halia - dihiris
sos tiram

Cara:-
Ayam digaul rata bersama serbuk kunyik & garam. Gorengkan dlm minyak yg sedikit sahaja sehingga ayam hampir masak. Kemudian masukkan hirisin bawang, halia & cili besar. Tuangkan sedikit sos tiram. Kalau nak berkuah sedikit, boleh masukkan sedikit air.


Taugeh ni pulak, siti masak sbb nak abiskan stok. kalau simpan lama2, nanti rosak pulak. Untuk masak masakan bersantan, siti biasanya menggunakan santan di dalm kotak. Senang sikit. Tapi kalau nak masak nasik lemak atau asik dagang, siti gunakan santan parut tu.

Taugeh Masak Lemak Putih
50 sen taugeh
1/2 kotak santan
1 batang karot
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit udang baring
cili besar - dihiris
Garam

Cara:-
Masukkan santan yg telah dicampur sedikit air ke dalam periuk (biasanya santan kotak ni pekat). Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, cili besar & karot. Tunggu sehingga karot empuk. Kemudian masukkan taugeh & perasakan dgn garam. Masak sehingga taugeh separuh layu & angkat.

Tauhu goreng mmg sedap kalau di makan bersama cili kicap. Cili kicap yg siti buat ni senang jer. Masukkan cili padi & bawang putih ke dalam lesung batu. Tumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan kicap. Siap.

Jan 6, 2009

Dinner 5/1/09..

Siti ni sebenarnya mmg create blog ni tujuannya tuk letak pic masakan siti. Walaupun siti masak yang biasa2 jer. At least, leh la anak2 siti nanti belajar dari sini masakan ibunya. Sambil2 tu boleh la siti berkongsi idea masakan dengan semua. :))

Ayam Masak Kicap & Serai

5/6 ketul ayam
Kicap manis cap kipas udang
1 labu bawang besar - dimesin halus
2 ulas bawang putih - dimesin halus
1 labu bawang besar - dihiris
Sedikit lada putih - ditumbuk halus
1 biji tomato - dibelah 4
2 batang serai - diketuk
Secubit garam

Cara:-
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang yg telah dimesin bersama serai. Setelah bawang hampir kekuningan, masukkan ayam. Kacau sehingga ayam nampak sedikit garing. kemudian masukkan lada putih & kacau sehingga sebati bersama ayam. Kemudian masukkan kicap & tambah air (agak2 sehingga ayam empuk). Apabila ayam hampir masak, masukkan bawang besar yang dihiris bersama tomato. Perasakan dengan garam (jangan terlalu banyak kerana kicap sudah mempunyai rasa manis & masin). Kacau sebentar & sedia untuk dihidangkan.

Taugeh Goreng & Hati Ayam

50 sen taugeh
3 ketul hati ayam - dipotong kecil
2 ketul tauhu - dipotong 6 & digoreng
1 batang karot - dipotong kecil
sedikit lada putih - ditumbuk
1/2 labu bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
garam secukup rasa

Cara:-
Panaskan minyak dan masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis hingga layu. Kemudian masukkan hati ayam & lada putih. Kacau sebati sehingga hati ayam separuh masak. kemudian masukkan karot. Apabila hati ayam & karot hampir masak, masukkan taugeh & tauhu yg telah digoreng terlebih dahulu. Perasakan dengan garam. Jangan biarkan taugeh ditumis terlalu lama. Ini akan menyebabkan taugeh menjadi terlalu lembik.

Sambal Belacan versi Siti

15 tangkai cili padi
1 sudu besar belacan - dipanggang di atas api terlebih dahulu
Garam, gula & perasa
1/2 buji tomato - didadu halus

Cara:-
Tumbukkan cili padi bersama garam, gula & perasa. setelah lumat, masukkan belacan. Akhir sekali masukkan tomato.