Feb 19, 2009

Nasi Tomato, Ayam Goreng Berempah & Dalca Daging

Resepi nasi tomato siti ambik dari Kak Hanieliza. Siti cuma tambah dua sudu tomato puree tuk bagi kaler dia merah sikit.

Nasi Tomato
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
Daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

Ayam Goreng Berempah
8 ketul ayam
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 batang serai*
3 tangkai cili merah*
2 sudu biji ketumbar*
2 sudu jintan manis*
2 sudu jintan putih*
Sedikit serbuk kunyit*
Garam & Gula*
Cara:
1. Masukkan bahan2* ke dalam pengisar & kisar. Jangan kisar terlalu halus.
2. Perapkan bahan2 kisar bersama ayam. Biarkan semalaman sebelum digoreng.

Dalca Daging
300g daging - dihiris nipis
3 cwan santan - dari sebiji kelapa
1 biji terung bulat - dibelah 6
1 batang lobak merah - dibelah panjang
2 biji kentang - dibelah 4
Kacang panjang - dopotong 1.5 inc
3 sudu rempah dalca
2 sudu cili kering yg telah dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Tumiskan bawang yg telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah dalca & cili kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan daging. Tambah sedikit air. Biarkan daging sehingga hampir masak & masukkan kentang. Kemudian masukkan air asam. Kacau sebentar.
4. Masukkan santan. Kacau sehingga mendidih.
5. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah diikuti terung & kacang. Perasakan dengan garam & gula.

5 comments:

hezesuze said...

eeee sodapnye...bleh mintak sikit???hehehe

CoNniE said...

ehmmm yummy.. sdpnyer..

[-suziey-] said...

terliur la tgk ayam goreng rempah siti..ulur2 la sket (kalu ade lagi..huhu:p)

Siti said...

heze, nak ker..alahai..nanti kalau siti buat lagi..siti kirim sikit yer..:)

Siti said...

suzie, dah abis la. ni buat hari ahad lepas. hehehe