Feb 12, 2009

Lemak Cili Api Daging Cincang + Umbut Kelapa

Siti beli daging cincang ni masa singgah pasar malam hari selasa lepas. Plan nya nak masak bersama rebung. Tapi, rebung takde la pulak. Last2 siti nampak umbut kelapa. Siti pernah makan umbut kelapa ni dulu2. Tapi tak pasti cara masak dia. Masa nak beli tu, sempat la siti tanya makcik yang jual tu camna nak masak umbut kelapa nih. Nak kena masak lama ker? Bila time nak letak tu? Nak kena rebus dulu ker?..Hahahaha..nasib baik makcik tu layan jer.

Lemak Cili Api Daging Cincang + Umbut Kelapa
400g daging cincang
Umbut kelapa - dihiris nipis
2 cawan santan
Bawang merah & bawang putih - dikisar
Cili padi - ditumbuk
Serbuk kunyit
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping/gelugur
Garam & gula

Cara:
1. Rebuskan daging cincang sehingga lembut & air kering sedikit.
2. Masukkan santan, serai, bawang, serbuk kunyit, cili padi & asam keping. Masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan umbut kelapa. Biarkan selama lebih kurang 5 minit. Perasakan dengan garam & gula. Sedia untuk dihidang.

8 comments:

[-suziey-] said...

sdptnya lemak cili api daging...i like

salam singgah:)

Siti said...

salam suzie, thanks sudi singgah yer..

CoNniE said...

huuuu sdp nyerr... tiba2 teringat masakan ibuku di kg.. huwaaa... rinduyerr....

Noy said...

yang tak best masak daging ni, kena rebus lama kan..tapi husband suka daging

Anil Wanina said...

nyum.. nyum... pesal tak antar umah... hiks.. :P

Siti said...

noy, a'ah kena lama rebus..ni mmg byk kali gak isi air..tambah lg daging cincang ni ada urat2 n lemak2 dia tu.

Siti said...

wanli, kalau la umah wanli dekat..ct dah roger suh mai ambik..

hezesuze said...

emm nak try jgak la...lom buat lg lemak cili api daging cincang...harusssss ku coba...hehe