Feb 10, 2009

Air Terjun Sg Pandan

Masa siti balik kg kat kuantan hari tu, siti sempat singgah kat Air Terjun Hutan Lipur Sungai Pandan nih. Dah bertahun2 sebenornya siti tak pergi kat air terjun ni walaupun dekat jer ngan umah mak siti. Dah banyak sgt perubahannya. Makin cantik & luas. Kalau nak berkelah mmg byk tempat yg leh kita nak hampar tikar, wat barbeque. Siti benarnya tak plan pun nak berkelah atau mandi-manda. Cuma nak cuci mata tgk permandangan jer.

Hehehe..tapi tak sangka lak..sampai jer kat air terjun tu, papa ngan anak2 terus masuk dalam air. Mesti kes tak tahan tengok air yg kaler hijau tu. Hahahaha.....Sejuk sangat airnya... Len kali kalau balik kuantan wajib siti gi berkelah kat sini. Dah plan awal2 ni nak buat ikan bakar kat situ..Tak sabar lak rasanya...

Tengok tu papa bukan main lagi menyelam dalam air. Sabor jer la..Siti lak duk kat tepi jer...Tapikan kalau la takde masalah kewanitaan masa tu (apa tu????hahahaha)..Mau siti pun terjun gak dalam air. Hahahaha..

Tengok la air terjun dia..Cantikkan..

Kawasan dia memang luas sgt. Sekarang nak masuk kena bayar RM1 tuk seorang. Diorg siap letak pasir sungai lagi kat tepi2 tu senang kita nak bentang tikar.

Ada jambatan gantung lagi. Siti mmg gayat sikit. Tapi takmo lepaskan peluang tuk cuba jalan kat atas tu.

2 comments:

CoNniE said...

Bestnyer mandi sungai.. lama tak mandi sungai...

Kat jambatan gantung tu, fesyen angkat seluar sebelah ek Siti.. heheheh...

Dah add ur link...

Siti said...

connie, hehehhehe..tu la..siti leh tak perasan lak yg seluar dah terangkat sebelah...