Feb 27, 2009

Paprik Daging

Bila dah takde stok lauk kat rumah, maka jadilah lauk paprik. Sebabnya, lauk ni leh campur macam2. Sayur apa yang ada semer leh campak masuk. Hahaha...

Paprik Daging
Daging - dihiris nipis
Kacang panjang - dipotong 1.5inc
Lobak - dihiris nipis
Cendawan butang - dihiris nipis
Daun limau purut
2 sudu cili kisar
2 sudu bawang merah yg telah dikisar
1 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara:
1. Tumiskan bawang & cili kisar sehingga naik bau. Masukkan daging. Masak sehingga daging hampir empuk.
2. Masukkan lobak & daun liamu purut. Kemudian masukkan 3 jenis sos & kicap.
3. Last sekali masukkan cendawan & kacang. Kacau rata & biarkan sebentar. Perasakan dengan garam jika kurang masin.

4 comments:

hezesuze said...

emmm sodapnye....mmg fev ze nie...
tp ze x brapa suke la nak letak cendawan butang tu...

letak butangggg je blehhhhh...kikikiki

Noy said...

paprilk ni mcm masak merah yer..tapi ader limau purut jer,kan..

[-suziey-] said...

kalu sy kan siti siap letak segala mak nenek ball2..ayam wajib ade..hahaa..dh jadi paprik campur..sukati jek:D

Siti said...

heze: siti pakai taruk jer apa yg aa kat freeze. cendawan salah satu favourate siti.

noy: a'ah..mmg paprik ni beza dia cuma kena ada daun limau purut.

suziey: betul tu. parik ni leh campak jer apa saja.