Feb 16, 2009

Kek Karot Kukus

Sekarang ni siti cuma boleh buat kek kukus jer. Sebab apa? Siti lum ada oven yang sesuai lagi. Oven yg ada masa hadiah kawen dulu secoet jerk. Resepi kek ni siti ambik dari kak hanieliza. Tapi siti guna bahan2 yang ada kat rumah jer la. Memang sedap dan moist sangat. Kek ni macam biasa siti buat khas untuk anak2 siti & anak2 jiran sebelah yg selalu jadi mangsa kena makan kek2 yang siti buat. Yer la..sapa nak abiskan sebijik kek tu.

Kek Karot Kukus
250 g butter
150 g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot [parut dan celur - toskan kering]
100g prune cincang - siti gantikan dengan coklat chip
50 g kismis 230 g tepung gandum ] -siti tak letak
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k serbuk kulit kayu manis ] - siti tak letak

Cara:
1. Panaskan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot, kismis dan prune.
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 minit
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju (siti topingkan dengan butter cream).

Ni baru first time siti buat toping butter cream ni. Deko pun baru first time gak. Sebab tu la tak lawo sgt. Keras tangan lagi. Hahaha. Resepi butter cream siti mintak dari noza.

Butter Cream
350g creamwell
150g butter
100g icing sugar (ayak)
1/4 cwn susu pekat

Cara: Campur semua bahan. Mixer sampai kembang & gebu.

Ada yang siti masukkan dalam cup cake nih. Yang ni lepas jer masak terus anak2 serbu. Tak sempat nak buat apa-apa.

3 comments:

[-suziey-] said...

alamak siti..sedpnya kek ni..my feveret kek ni..bfore ths pnh buat tp bakar guna microwave:D

nak try kukus la..mmmg moist nmpk..nyam2..i likeeee..

err nk tanya la..creamwell tu ape eh?

p/s: "siti cuma bole buat kek kukus jek" -> hehehe i like the statement..sbb sy pn hanya ade pengukus n microwave..microwave xsdapla utk bakar kek..kering..hehe..so upload byk2 resipi kek kukus eh..nak try la resipi siti nih..msti sedap;)

Siti said...

suzie: hehehehe..ct pun skarang ni mesti cari resepi kek yg leh kukus jer la. kek ni kalu kukus mmg akan jd moist, tak kering. cuma kena tutup la loyang ngan aluminium foil. takut masuk wap air.

creamwell ni kena cari kat kedai yg jual barang2 buat kek baru ada. dia mcm mentega gak, warna dia putih.

Mohammad Majduddin said...

woa!! nmpk sedap sgt kek carrot tuh.. nk kena try after this.. tq for sharing the recipe kak siti