Feb 20, 2009

Karipap

Dah lama siti bercita2 nak buat karipap ni. Anak2 suka makan. Pastu siti asyik duk beli jer kat gerai dekat rumah tu. Pastu papa cakap "ibu try la buat sendiri". Hehehe...masa balik kampung papa hari tu ternampak acuan karipap. Beli jer la sebab siti rasa kalau nak mengelim ni lambat la. Pernah buat ngan mak mertua dulu. Nak siapkan satu2 ambik masa. Kes malas pun ada gak ni.

Resepi karipap rangup siti ambik dari nasuha1523@myresipi.com . Memang rangup & mudah nak buat. Inti lak siti guna sambal sardin lebihan makan ngan lempeng tu.

Doh Karipap
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
1 biji telur
½ cawan ais
250 ml air
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara:
1. Masukkan tepung dalam mangkuk.
2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti.
3. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
4. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
5. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
6. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
7. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
8. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.


Siti gorengkan karipap tu sekejap sebelum disejuk bekukan.

2 comments:

IdzaRis79 said...

sedapnya...

[-suziey-] said...

waa!!..my feveret karipap..mkn 10 ketul karipap xyh mkn nasi pn i sanggup u..hehe..betapa feveretnye:D