Bab kemas rumah lak, siti ni memang la pengemas orangnya. Cerewet?? yer la jugak. Kadang2 sampai memakan diri-sendiri. Kenapa? Sebab, walaupun siti penat sangat2 tapi bila tgk rumah tak kemas, siti gagahkan diri jugaktuk berkemas. Especially dapur siti. Kawasan dapur memang wajib kena kemas sentiasa, baru ada mood nak masak. Alhamdulillah..anak dara siti berdua tu tak suka sgt sepah2 barang. Cuma adik la kadang2 wat onar. Kalau tak mahu migrain siti.
Siti pernah cuba untuk ubah pendirian siti. Kalau rumah nak bersepah pun biar je la. Nanti kalau ada masa baru la kemas. Tapi, memang tak boleh. Tak tahu kenapa. Pantang nampak barang bersepah, ada sampah sikit, laju jer siti kutip balik. Kadang2 papa siap cakap "Papa pening la tengok ibu ni, tak duduk diam". Huhu. Nasib baik papa pun memahami & banyak membantu.
Tapi ada jugak bab yang siti malas. Apa tu? Basuh baju, jemur baju & lipat baju. Hahaha..Bab basuh & jemur, selalunya papa yg buat. Tapi kalau bab lipat kain, tu memang kerja siti la. Suka tak suka, terpaksa la buat. Hahaha..apepun biarla penat sikit, yang penting siti selesa.
3 comments:
me too..sy pn jenis pengemas la..bkn nak bangga tp habit ni slalu memakan diri..huhu..
p/s: nasib baik hubby sy rajin tlg lipat baju..harapkan sy kalu bole nak sumbat je bakul baju dlm almari..hehehe
suzie, tu la mmg payah gak benarnya jd org pengemas ni. Bagusnya hubby tolong lipat baju.
ehmm, kite kalo penat kdg suh husband tlg kemas.. ikut mood dia jgk..
Sbb paham masing2 keje.. hehe..
tp bab kain mmg kite je yg kena lipat.. huhuhu...
Post a Comment