Resepi rendang ni asasnya dari mak siti. Tapi kalau siti masak, siti ada la tambah bahan2 lain ikut suka rasa siti. Siti lebih suka rendang yg ada kuah sikit2. Kalau dapat makan ngan ketupat pulut daun palas mak siti buat...sedapnyaaaaaaa. Time raya memang wajib kena ada rendang ayam pencen nih. Nak masak ni kena ambik masa yang lama sikit la sebab ayam pencen ni kan keras. Nak tunggu isi dia lembut sikit tu, sempat la kalau nak tiudr ker, nak tgk drama dulu ker. hehehe. Kali ni siti buat rendang nih tuk makan ngan nasi lemak kat bawah tu.
Rendang Ayam Pencen
1/2 ekor ayam pencen - dipotong
1 kotak santan - 250g
2 sudu cili kisar
2 sudu rempah kari
2 sudu kerisik
1/2 cawan air asam jawa cair
2 sudu gula melaka/kabung
3 sudu kicap manis
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan Kisar (campak jer dalam blender)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
3 batang serai - dihiris dulu yer
1.5 cm lengkuas
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras
Cara:
1. Tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar & rempah kari. Tambah sedikit air. Tumis sehingga betul2 garing & naik minyak.
2. Kemudian masukkan ayam dan air asam jawa. Kacau sebentar. Masukkan kerisik & gula melaka. Tambah air secukupnya & biarkan ayam sehingga isinya dah empuk/lembut (siti tunggu dalam sejam lebih gak la. Dua kali tambah air).
3. Bila air dah kering sedikit masukkan santan. Kacau sebentar dan biarkan sekejap sehingga santan masak & kuah hampir kering sedikit. Masukkan kicap & perasakan dengan garam. Boleh tambah daun limau purut & hirisan daun kunyit jika suka.
2 comments:
hajar sker sangat follow blog k.siti ni coz penuh ngan info yang berguna... tambah2 dlm bab masakan... amat bermakna tuk orang yang macam hajar ni... (yg tak berape nak pandai sangat memasak... kikiki... thanks k.siti...
hajar: heheh..terima kasih..mmg niat nak share masakan akak ngan org lain. tapi akak cuma buat masakan biasa je.
Post a Comment