Sejak akhir2 ni papa suka betul beli lala. Ni sebab anak2 memang suka makan lala. Siti lak sejak pregnant kurang sikit ngan seafood2 nih. Tapi semalam bila dah masak lala ngan rempah2 nih, jadi berselera pulak. Sedap tau (Puji diri sendiri..hehehe).
Lala Goreng Berempah
1/2 kilo lala - dibersihkan & di tos
1 batang serai - diketuk
Minyak untuk menumis
Bahan2 rempah (masukkan jer dalam pengisar)
2 batang serai 1 cm lengkuas
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 tangkai cili besar
1 sudu rempah kari
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
1 sudu buji ketumbar
2 biji buah keras
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar bersama serai yg telah diketuk. Tumis hingga naik bau. Masukkan lala. Kacau rata. Tutupkan lala dengan tudung periuk besar. Biarkan sebentar. Kacau lagi. Bila kulit lala dah terbuka, tandanya dah masak la tu. Siap. Senang jer kan...
Lauk2 tambahan lain untuk dinner semalam, sayur bayam tumis air & telur dadar.
1 comment:
salam... nak tnya bulehh.. mcm mana buat yg you might like these stories tu yerr...
Post a Comment