May 14, 2009

Nasi Lemak + Rendang Ayam Pencen

Ni nasi lemak siti masak tuk breakfast merangkap lunch sabtu lepas. Dah lama gak rasanya tak masak nasi lemak. Selalu siti buat nasi lemak kukus, tapi kali ni buat biasa jer sebab siti guna beras basmathi. Makan nasi lemak ngan rendang ayam pencen ni memang sedap lah. Berkali2 jugak siti duk ulang makan. Hehehe..Anak2 pun suka. Anak2 siti memang makan pedas, jadi takde masalah la kalau siti nak wat sambal pedas2.

Nasi Lemak
3 cawan beras basmathi - cuci & toskan
4 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 sudu kecil garam
Daun pandan disimpul

Cara:
Masukkan beras, santan, garam & daun pandan ke dalam rice cooker. Kacau sedikit supaya garam rata. Masak sehingga nasi kering & tanak.

Sambal Ikan Bilis
2 genggam ikan bilis - digoreng garing
2 sudu bwg besar & bawang putih yg telah dikisar (kat umah mmg siti dah siap blender bawang besar + bawang putih siap2, simpan dlm peti)
4 sudu cili kisar
sedikit air asam jawa
2 sudu gula melaka/kabung
garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili garing.
2. Kemudian masukkan air asam jawa & gula melaka. Kacau sebentar. Lastly baru masukkan ikan bilis. Perasakan dengan garam. Jgn masak ikan bilis terlalu lama, nanti ikan bilis dah tak rangup.

3 comments:

[-suziey-] said...

waaa sedapnye siti...ayam pencen tu lama kan nk tunggu dia masak..mcm liat sket..

hajarus said...

k.siti.. mak hajar pun klu nak wat rendang sker ayam pencen... coz klu ayam yang biasa tu.. ayamnyer cepat hancur...

seleranyer hjr tengok nasi lemak k.siti...

Siti said...

suziey: a'ah..kena tunggu lamaaaaaa...leh tidur dulu...

hajar: tul tu..kalau ayam biasa tu cepat hancur isinya..lagipun ayam pencen ni sisi dia lagi best la...heheh