May 22, 2009
Kisah Siti & Adik....
Hari ni siti bosan sangat kat office. Bukannya takde kerja nak buat, tapi dek kemalasan yg sentiasa ada dalam diri nih. Bila la nak berubah. Tengah2 duk berangan depan komputer nih, terpikir la lak coretkan kisah siti ngan adik kat sini. Hehehe..kebetulan hari ni angkut adik datang opis sekali, leh la tangkap gambar bersama kan. Asyik citer pasal makan jer, kalai ni ubah topis sikit yer.
Dalam keluarga, kami sebenarnya tiga beradik..abang, siti & adik. Tapi kali ni siti nak citer pasal adik jer la. Abang siti nun jauh di kuantan. Nanti bila dah leh tangkap gambar abang, siti citer lak kisah dia yer.
Perbezaan umur siti & adik kira jauh la jugakkan, 4 tahun. Siti ngan adik ni kalau ikutkan, masa kecik kitorang suka gak bergaduh terutama sekali tang nak tolong mak buat kerja rumah tu. Kerja rumah selalu kena bagi sama rata. Tak boleh sorang buat lebih, sorang lagi buat sikit jerk. Selalunya siti akan mengemas rumah & adik lak cuci pinggan mangkuk (sebab siti memang tak suka cuci pinggan mangkuk). Heheheh..Siti rasa lak memang sampai sekarang la adik siti tugas dia cuci pinggan mangkuk. Kalau time dia datang rumah siti, bila siti dah siap masak, dia la yg akan clearkan singki.
Tak banyak yang siti ingat masa kami di alam persekolahan. Yer la masa tu kecik lagi kan. Lagipun siti rasa tak banyak jugak masa kami bersama sebabnya siti dan adik selalu berjauhan. Masa siti di tingkatan 1, siti dah masuk asrama di sekolah Kebangsaan Menengah kebangsaan Tengku Afzan, Kuantan. Tapi sampai tingkatan dua siti dah mula berulang dari umah jer ke sekolah. Sempat la bersama adik sekejap. Lepas tu adik pulak duk kat asrama masa dia tingkatan 1. Jauh dari keluarga sebab dia dapat masuk sekolah sukan kat Temerloh. Adik siti ni memang dah belajar hidup berdikari sejak dari kecil. Kalau ikutkan siti ni lebih manja dari adik tau. Hehehe..Bila adik tingkatan 4, siti tukarkan dia ke sekolah lama siti supaya dia lebih concerntrate dengan pelajaran. Masa tu pulak, siti dah mula masuk UNITEN, Bangi. Lepas siti abis belajar, siti terus bekerja di Kuala Lumpur. Boleh dikatakan, kami cuma berjumpa sekali- sekala bila siti balik kampung jerk. Lepas adik dapat matrik & sambung belajar di UTM, Skudai, lagilah kami jarang berjumpa.
Siti ngan adik sama aktif dalam sukan masa sekolah dulu. Kitorang main bola jaring & bola baling. Yang siti ingat, kami sama2 mewakili Kuantan dalam permainan bola baling di Cameroon Highland. Tapi adik mewakili sekolah rendah & siti lak mewakili sekolah menengah. Adik siti ni lebih berjaya dalam bidang sukan sebab dia pernah mewakili Pahang dalam sukan bola jaring. Dia aktif sampai la ke universiti. Siti lak, bila dah masuk U, dah mula slow down segala aktiviti sukan. Ada la main bola jaring sikit. Sekarang macam dah rindu nak bersukan semula tapi takde geng. Huhuhu...
Anak2 siti memang rapat dengan adik siti nih. Kalau ceksu diorg ni datang rumah siti, memang la asyik nak cari ceksu jerk. Celik jer mata, terus tanya ceksu mana, sanggup gi cari kat bilik. Hehehe..takpe..leh la siti duk berehat2 sikit kan...
Tu jer la yg leh siti citer. Kang citer banyak2, sampai esok pun tak abis.. hehehe..Apa yang siti coretkan kat sini, cumalah untuk kenangan siti nanti. Mana la tahu bila dah tua2 nanti yer..leh teringat kisah siti dua beradik...
Buat adikku, Siti Radiaton Adawiyah..angah memang sayang adik sangat2. Adik la satu2nya adik angah dunia & akhirat...Moga perhubungan kita sebagai adik beradik akan kekal hingga selamanya tanpa sebarang persengketaan. Banyak suka, duka, kisah pahit & manis kita kongsi bersama. Segala yang berlaku dalam kehidupuan kita sekeluarga, moga kita jadikan ianya sebagai satu kenangan hingga ke akhir hayat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment