May 25, 2009

Ikan Bakar Berempah


Ikan ni siti bakar untuk makan malam Jumaat lepas. Baru ada masa nak tayang nih. Disebabkan kesuntukan masa, siti bakar dalan roaster jer la yer. Muat2 jer tuk 3 ekor ikan. Biasanya siti akan makan ikan bakar dengan air asam jawa sebagai pencicah. Tapi, kali ni siti buat air asam limau kasturi. Memang sedap.

Rencah untuk ikan bakar ni, siti gunakan rencah yg sama masa siti goreng lala tuh. Siti memang buat rencah ni banyak2 & frozenkan. Macam2 masakan yg kita boleh buat dengan rencah nih.

Ikan Bakar Berempah
3 ekor ikan kembung (guna ikan apa2 pun boleh)
Daun pisang secukupnya (nak guna daun kunyit pun boleh)

Bahan2 rempah (masukkan jer dalam pengisar)
2 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 tangkai cili besar
1 sudu rempah kari
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
1 sudu biji ketumbar
2 biji buah keras
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa

Cara:
Ratakan rempah keseluruh ikan. Balut ikan dengan daun pisang. Bakar selama lebih kurang 20-30 minit.

Air Asam Limau Kasturi
4 biji limau kasturi (ambil jus)
3 biji cili padi -dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
1 biji tomato - didadu kecil
Sedikit belacan
Daun ketumbar - dihiris
Garam & gula secukupnya

Cara:
Gaulkan semua bahan di atas sehingga rata.

3 comments:

Gieyana said...

wahhh sedapnya nmpak..nnt bleh try nie..

hajarus said...

wah... nak try jugak... biasakan k.siti pas baca n3 makan2 akak ni hajar xlupa print masukkan dalam file masakan hajar... hihihi... pastu time free bleh gak try wat... pastu hajar biasa klu wat ikan bakar selalu wat biase jer gaul ngan kunyit & garam jer tp pasni leh la hajar try bakar berempah plak.. mesti sedapkan...

minta izin tumpang menuntut ilmu yer kak...

Izza - Jiejah said...

peerrghhh menggiurkan ..

nanti leh cuba bahan perap tuh :D