Mar 27, 2010

Cermin mata yang Ke- 4

Huh..Ini adalah cermin mata yang ke-4 siti beli dalam masa setahun lebih. Tak tahu la baper banyak duit dah siti melabur tuk beli cermin mata ni.
Al-kisah anak bertuah siti yang sorang tu, Kak Ngah memang suka rosakkan cermin mata siti. Kadang2 dia patahkan bingkai, kadang2 dia pecahkan cermin. Pernah sekali tak sampai sebulan siti beli cermin mata, dah berkecai dikerjakannya. Huhu..nak salahkan Kak Ngah takleh gak, kecuaian siti gak la sebab letak cermin mata kat tempat yang leh dicapai.

Yang siti heran kan, Kak Long memang tak pernah nak sentuh tau cermin mata ni. Tapi memang dari dulu siti tengok perangai Kak Long & Kak Ngah ni berbeza sikit. Kak Long memang jenis yang tak sentuh barang2, tak suka buat sepah, pengemas, pandai jaga barang2 dia. Tapi, Kak Ngah lak memang jenis yang habis kacau bilau, semer nak dimainnya. Pastu kalau siti beli buku ker, mainan ker, kejap jer elok..lepas tu berkecai...hehehe..Anak2 kan memang berbeza perangai, ni Wafi lum tahu lagi apa kerenahnya.

Berbalik pada citer cermin mata, kali ni siti beli yang murah jer. Jangan tanya brand apa sebab memang takde brand pun. Cukup la sekali siti beli cermin mata yang mahal tapi akhirnya menangis jer la tengok bingkainya patah. Siti ni pakai cermin mata time malam jer tuk tengok tv. Kalau gi kerja atau keluor jalan2, siti pakai lens. So, tak kisah la pakai yang murah jer. Asalkan terang pandangan dah la kan.

6 comments:

Ena said...

huhuhu.. ciannye.. ena pun pernah camtu tp x la sampai 4.. penah sekali tu pakai blm sampai sebulan.. hubby x perasan terduduk.. hu3x.. memg regenyer boleh tahan la sbb 1st time mase tu.. hubby la belikan.. tp silap sendiri sbb naper letak kat sofa? kui3x.. beli yg kedua lak beli sendiri.. sekali tercicir mase p balik dr kursus.. x pakai kat mate tp gantung kat baju tp cover ngan tudung.. keh keh keh.. ilang laikk.. beli lagik.. yg tu kekal la samp skrg.. ena gune mase nak drive jer.. klu x.. tersipman rapi jer kat lam bekas tu.. keh keh keh.. sbb rabun x la teruk sangat.. penah gak pakai lens tp sebulan jer.. x tahan.. mate merah jer.. x pandai pakai..
sori, terpanjang la pulok komen nie.. hu3x..

mamalieyna said...

aloor banyak tu pelaburan tuk spek mata eh..susah gk kalo berspek ni kan, kena spend bajet special tuk tu..huhuu..apa2pun janji pandangan mata jelas dan terang, duit tokleh berkira tuk hal2 mcm ni kan..^_^

mama Tiara said...

budak2 kan..semangat ingin mencuba tu tinggi..he he..rasanya ramai ibu2 yg pakai cermin mata mengalami pengalaman yg sama.he he

misz beauty said...

sis, tak silap beauty ade je jual spek mata yang boleh dibengkak bengkok tu kan... pastu bukan glas... so if anak2 sis maen tak de lah patah or pecah.... nnt beauty cube riki if bley membantu..;-)

~~*Ummi AFD*~~ said...

Sal pun pernah anak patahkan spec, tapi spec yg hitam tu je... hehe

Memang pun kadang2 perangai anak2 ni berbeza kan... (walaupun anak sorang, tapi tengok anak buah cenggitu la... hehe)

Siti said...

Ena: sama gak la..selalu beli cermin mata yer. ct selalu pakai cermin mata ni mlm. pastu bila nak tidur siti bukak n taruk jer bawah kusi la, bawah katil la, tu yg senang Kak Ngan nak ambik.

Mamalieyna: tu la, mmg susah la. siti ni raun sejak form 5. dlm keluarga siti sorang jer yg rabun sebab suka membaca dlm gelap.

Mama Tiara: haaa..betul tu.

Beauty: alahai..baiknya..thanks yer. kalau jumpa inform akak tau.

Ummi AFD (Sal): hehe..takpe..nanti bila anak dah 2/3, leh la tau kan.