Mar 16, 2010

Autumnz Milk Storage Bags

Alhamdulillah, storage bag yang siti order dari Littlewhiz dah sampai. Botol yang siti beli tuk simpan susu dah abis, ada 2 jer lagi. Sebelum ni, selain dari botol susu, siti ada gak simpan susu dalam bekas dadih, tapi siti rasa kurang sesuai sebab bekas dadih ni makan banyak space la.
So, siti decide tuk guna botol susu & storage bag lak.

Memula siti try cek ngan Rose, storage bag apa yang ok. Rose suggest pakai Joy Angle. So, siti pun order la Joy Angelnya. Dah siap bayar semer, sekali dapat kol dari LittleWhiz, dia cakap dah abis stok (tak pasan lak siti masa nak order tu). So, diorg ckp leh tukar guna Autumnz ni, sebab sama jer macam Joy Angel (harga pun sama, cuma Autumnz ni ada diskaun). Siti terima jer la sebab urgent gak nak guna kan.So, bila sampai jer pagi tadi, siti rasa ok la, lebih kurang sama jer mcm Joy Angel yang siti tgk dalam blog Rose.


Hari ni dah mula simpan susu dalam storage bag ni. Cerewet sikit la bagi siti bila pakai storage bag ni. Bila dah letak susu, nak kena adjust2 plastik tu bagi tegang, pastu dianye isi kandungan tu tak sama lak. Memula siti perah dalam botol dapat 4 oz, bila letak dalam storage bag jadi 4.5 oz lak. Maybe sebab siti tak tegangkan betul2 kot. Susah la nak bagi betul2 tegang..huhu
Pastu satu hal bila siti nak letak dalam bag, kena adjust betul2 bagi plastik tu berdiri betul2. Kalau tak, takut lak dia terbalik ker, tersenget ker...huhu....Tapi takpe, still leh diterima la kecerewetan dia tu..yang penting leh letak dalam peti ais semaksima yang boleh.

10 comments:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

hoho..dah sampai eh
gud2

ct,cara yg paaaling senang n nak elak jatuh or terlangkup or senang kate, nak mudah letak susu dah pam tu..camni cara dia

botol susu yg baru di pam tadi tu, siti temukan muncung plastik n muncung botol. bila muncung plastik dah masuk, terlangkupkan botol secara berlahan2..jgn laju2 nnti susu tumpah..bila dah terlangkup susu akan masuk ke dalam plastik la kan..

eh siti paham tak ni eh..*sambil garuk pala*

psal sukatan tu, ct kene tulis sukatan yg betul kat plastik tu
2 oz ka.4 oz ka..sbb once dah masuk plastik kita tak nampak dah brapa oz sebenarnye ade dalam plastik tu..ehehe

selamat mencuba..

Siti said...

Rose, terima kasih tuk penerangan tu...nanti siti cuba yer.

Ena said...

wahhh.. sungguh rajin kan!!
demi anak ibu2 sanggup buat apa saje.. :D

~aSHa~ said...

tahniah menyusukan anak dgn susu sendiri...sy bangga dgn org yg berniat dan berjaya nyusukan anak sendiri...

sbb ada org sayang tul nak bagi susu sendiri kat anak..takut payudara kendur kononnye...

Siti said...

Ena: haha..tu la..ibu mmg sanggup berkorban tuk anak2..tapi anak2 lum tentu leh ebrkorban tuk ibu bila dah besar nanti.

Siti said...

Asha: Memang ada yg gitu. Sedangkan mak siti pun masa siti cakap nak pump susu, dia ckp takyah la sebab takut tetek kendur..huhu...nasib baik semangat siti kuat.

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Sama2 kita berusaha utk menyusukan anak kita dgn susu sendiri selama mana yg blh..Chaiyok2x.. :)

~Siti Hajar~ said...

hjr pon masih menyusukan si danies tp xde la buat stok camtuh, dulu pnh ingat nak buat tp malas nak memerah, makanya tgu time hjr ada d rmh ajalh menyusu danies, selainnya susu tin la...hjr ada tgk kat blog srg akak ni, dia paket kecik2 jer & buat stok byk2 dlm peti ais.. siti tgk kat blog dodoisidodoi.blogspot.com

Zimah's Depart said...

siti, ok je plastik tu? zimah pakai jenis you have baby tu..ada 100kpg..
zimah pun wat cara yg sama ngn rose..tp letakkan plastik tu dlm cawan..kira berdirikan dlm cwn..so xde la senget..hehe..

Dr Yati said...

ct, ros..nak tanye...ok tak beg nie seal susu tuh?confirm takkan kuar erk?takut jer seal dia tuh tak berapa kuat...dulu kak yati beli storage beg yang takde seal...ikatle dgn getah...lagi la susah......huhuhuh