Mar 3, 2010

Masak Lemak Cili Api + Tempoyak Siput Sedut


Dah lama sugguh siti tak masak siput sedut. Bukannya apa, siti benornya malas nak mengetuk dianya ekor tu. Ni bila adik ada, leh la dia tolong ketukkan. Kalau siput sedut ni siti biasa masak lemak cili api jer. Cuma kali ni siti tambah tempoyak.

Bahan-bahan:-

1 kilo siput sedut - diketuk ekotnya & bersihkan sebersih2nya yer
1 kotak santan
5 biji cili padi - ditumbuk
Bawang besar & bawang putih - dikisar
Sedikit serbuk kunyit
Sebatang serai - diketuk
2 sudu besar tempoyak
Sedikit belacan
Garam & gula
Air secukupnya

Cara:-
1. Masukkan santan, bawang, serbuk kunyit, serai, belacan, cilipadi, tempoyak & air secukupnya di dalam kuali. Masak sehingga mendidih. Jgn lupa kacau sekali sekala. Kemudian, masukkan siput. Perasakan dgn garam & gula. Biarkan di atas dapur sehingga siput masak.

3 comments:

mamalieyna said...

nak masak ni yg lecehnya time mengetuk2 tu la..huhu...sesekali boleh la masak ni..^_^..itu pun bila dh smpai tahap mengidam nak makan! ekeke..teruk tul!

zella said...

lama sgt xmkn siput ni....
nk mkn kat kdai malu plak kene sedut2 hahahha

Siti said...

mamalieyna: tu la psl..malas nak main ketuk2.

zella: haha..siti jrg beli kat kedai sebab takut diorg basuh tak bersih..hehe