Mar 2, 2010

Barbeque @ house

Akhirnya tercapai jugak hasrat siti nak berbarbeque.buat sabtu malam yang lepas. Dah lama berhajat benornya..hehe..banyak sangat hajatnya ni. Bila adik siti ada ni, macam2 la plannya. Yer la..ada la jugak orang yang tolong2 buat apa yang patut. Siti benornya nak berbarbeque sangat ni bukan apa..sebab siti nak makan seafood puas2. Tambah lagi lebih banyak jimatnya kalau kita buat sendiri ni dari gi makan kat kedai. Beli udang galah sekilo baru RM26..kalau makan kat kedai..5 ekor pun dah berpuluh2..huhu..

Kali ni siti buat barbeque kat umah jer la yer. Senang sikit. Tambah lagi wafi tu kecik lagi. Nak bawak ke tepi pantai rasa macam tak elok lak. Jadi la..asalkan boleh buat barbeque dah kan..Siti ajak sekali ipar duai yang duk dekat2 ni. Tak ramai pun, ada kakak ipar & adik ipar jer dua tiga orang. Pastu ajak gak la jiran2 yang menjengah bila kita tengah berbarbeque tu kan. Kalau tak ajak, tak patut pulakkan..hehehe...

Chef hardi (papa), tengah sibuk membakar..huhu...

Tengok tu udang galah besor2 tau..Fresh lagi..


Antara kuih yang sempat siti buat. Resepi..next enry la yer..


Spaghetti pun ada. Jom layan...

Dah siap..jom serbu..kita makan...

Jannah & batrisyia....heheh...makan time..
Jannah siap marah sebab ambik meja dia tuk letak makanan. Bila bagi dia makan kat situ baru dia diam..hehehe...
Anak jiran2 pun join makan sama..seronok tengok telatah diorg.
Abaikan baju yang bersidai tu yer..hehehe..bukan main banyak lagi.

Semua pakai lepak jer mana yang boleh. Tikor kat umah siti kecik sangat. Terpaksa alas ngan surat khabar jer.

Amboiii..sukanya dapat makan..hehehe...

8 comments:

MRS. K said...

wahh... menu die buat saya telan air liur la!

Siti said...

mrs K...hehehe..telan jgn tak telan..

Uda said...

aduhhh.. kechor nya saya tengok udang galah dan sotong yang tengah dibakar tu...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

besnyaa
tapi kita tak makan udang..alahan teruk..huhuh

besnye tart tu..n kueh ape tu eh> puff ke?

nnti share2 la resipi kat sini?

siti suri rumah ye? sbb if keje sure tak sempat nak buat tu semua..uhuhu

Hezesuze said...

wah meriahnye wat bbq...
kalo dekat kompom akak terjah...mhahaha

Siti said...

Uda: jom kita sama2 berbarbeque gak..hehe

rose: resepi dah bagi kat post sebelum ni.
siti ni ibu yang bekerja..hehe

sis: akak sokmo gitu..kalau jauh pun apa salahnya datang kan..

asna cute said...

kak siti nak resepi blueberry tart... asna suke makan tue.

Siti said...

asna: esok ct post yer..hehehe