Mar 5, 2010

Rosak plan hari ni...

Huhu...benornya hari ni siti plan nak gi Bake With Yen kat Puchong tu. Siti nak beli barang buat kek. Siti nak buatkan kek tuk Jannah sempena birthday dia yg ke-4. Saja jer suka2. Bagi dia happy.

Tapi ada dua benda yang membantutkan niat siti tu :

1. Kereta buat hal pagi tadi masa nak on the way ke opis. Elok2 tgh lalu kat jambatan kabel (PJ), tetiba ada bunyi kuat gila kat enjin..tung...tang...tung..tang...huhu..terus siti stop kereta. Kat tengah2 jem yang amat tu, kat atas fly over lak tu. huhu..mesti org duk sumpah seranah siti. Tak pernah la jadi gini...huhu...Siti terus kol papa. papa cakap try bawak slow2. Tengok boleh ker tak. Siti pun bawak la. Bila siti bawak ada la bunyi tung..tang..tung..tang tu..tapi kejap jer..lepas tu hilang. Siti pun bawak la slow2 & akhirnya sampai gak kat opis. Lega.....
Walaucamnapun, siti tak berani nak bawak kereta tu keluor dari parking. Ni tengah tunggu papa datang, tengok apa masalah.

2. Memula siti ingat petang ni lepas balik kerja nak gi singgah BWY tu, tapi tetiba kena gi bank lak sebab nak sign agreement refinance umah tu..huhu...tak sempat la..nanti berkejor2 nak ambik anak2 lak kat umah bbsitter...

Waaaa...byk tul halangan...duk fikirkan Jannah..nanti kalau tak buat kek tu..macam kesian lak kat anak ibu sorang tu. Dia siap bagi tau bbsitter yang dia mimpi siti buat kek tuk hari jadi dia..isk..kecik2 dah pandai mimpi2 gitu...

3 comments:

mamaaerish : said...

dugaan tuh.... sbr yer..

jadik ke buat keknyer?... (",)

mamalieyna said...

beli kek yg dh siap kt mana2..sian jannah nnti..

Siti said...

mamaaerish: tu la..dugaan sungguh..akan diusahakan gak tuk buat kek tu.

mamalieyna: tu la..kalau takleh buat..beli jer la..