May 6, 2010

Hampir2 nak kemalangan

Huhu..mengantuk sikit pagi ni. Macam tak sukup tidur jerk. Mata nak terkatup dah ni.

Tapi pagi ni nak citer gak pasal kejadian semalam.
Semalam siti, papa & anak2 keluar rumah dalam kul 10 lebih sebab nak gi cari makan & hantar muffin kat kakak ipar yang duk kat Puchong. Masa baru jer keluar dari simpang taman perumahan siti tu tetiba jer ada kereta dari depan nak bertembung ngan kereta papa. Memang dah dekat sangat la kereta tu ngan kereta papa. Dia salah lalu jalan. Tak tahu camna dia leh termasuk kat jalan papa. Nasib baik papa hon kuat2. Terus kereta tu elak. papa lak terpaksa ke tepi sikit. Sikit lagi nak tergesel ngan divider. Siti dah menjerit dah dalam keta. Papa lak brek mengejut. Pastu dan2 tu, dengar bunyi kat belakang. Rupanya ada motor dah langgar bontot kereta. huhu....

Kejadian tu mcm berlaku cepat sgt. kereta yang salah masuk jalan tu, terus jer gi mcm tu jer. Macam tak bersalah jer. Tak tau la dia mengantuk ker atau cuba potong kereta lain. memang tak perasan, tup2 jer dia dah ada kat line papa.

Motor yang langgar bontot kereta papa pun macam tu jugak. Masa tu papa lum berhentikan kereta sebab nak kena bawak kereta ketepi sikit. Orang yang naik motor tu, terus bwk motor dia lepas cakap kat papa, " takpe..takpe". Eh! masalah dia dah langgar kereta papa dari belakang. So, dia la yang salah. Ni dia buat macam papa lak yang salah. Although papa brek mengejut, but kalau ikut law, sapa2 yang langgar belakang, dia la yang salah. Betul tak? huhu....Agaknya dia dah macam menggelabah sebab langgar keta papa, tu cepat2 dia gi. Lepas papa stop kereta, tgk kat bontot, dah kemik dah sikit.. Huhu, nasib baik la hilux agak tinggi sikit. So, motor tu langkar kat bahagian besi. Kalau la naik keta mahu dah kemik teruk jugak, sebab bunyi memang kuat. huhu....

Tapi takpe la, kita redha dengan apa yang berlaku. Walaupun agak kecewa dengan sikap mereka yang lari dari tanggungjawab, kami terima. Bagi siti sepatutnya, kereta yang memula buat masalah tu, patutnya berhenti & bertanya kalau ada apa2 yang berlaku atau sekurang2nya meminta maaf sebab semua punca datang dari kecuaian dan kelalaian dia. Si penunggang motor lak, patutnya kena jugak berhenti sebab dia dah langgar orang, bertanggungjawab la. Kalau pun taknak bayar ganti rugi, sekurang2nya minta la maaf. InsyaAllah kami terima.

Note: Kadang2 kita dah terlalu berhati2, tapi disebabkan kecuaian & kelalaian orang lain, perkara yang tidak kita ingini terjadi gak. Kita jugak yang menjadi mangsa.


22 comments:

iz-AnN عبداللطيف said...

alhamdulillah..sib baik siti dan keluarga tak apa2 kan...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

adui..mcm2 kan? kami pon pernah kene..huhu

LYaFRINA said...

ya allah..nasib baik semuanya ok kan... syukur alhamdulillah...

Jojoe said...

dah pernah ada pengalaman camni...motor tu hantam keta 2 kali,..bila stop tepi dia angkat motor pecut buat tak salah..huhuhu..ekzos jatoh dan plat keta pun patah.. memang sakit ati...

Siti said...

Izan: tu la..nasib baik takde apa...mmg takut sgt time tu.

Siti said...

Rose: huhu...tu la, benda gini sokmo jadi...org yg buat salah, kita yg kena.

Siti said...

Lya: tu la, syukur sgt2

Siti said...

Jojoe: mmg geram kan ngan org gini..lari dari kesalahan..takpe, hari tu dia buat kat org, nnati bila2 org wat kat dia lak...huhu..apepuan doakan yg terbaik jer la tuk dia.

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Nasib baik Xder apa...semua selamat..
Kita pon pernah gak time memandu org langgar..mmg cuak giler..

mamalieyna said...

ngerinya siti..! seb baik takde pape kan... byk kemalangan berlaku camtu la, mlsh orang lain..tak ikut peraturan..huhu..

Siti said...

Lily: tu la..nasib baik takde apa2 kan...tu la, elok2 kita bwk keta, org lak yg langgar kita.

Siti said...

Mamalieyna: alhamdulillah, takde apa2. betul tu.

Noy said...

Alhamdulillah...terkejut baca title post ct tadi

lovelywa said...

tu la perangai orang skang nih..sume nk mengelak diri..tkape lahh..sib baik sume selamat kan..

saveme_zero said...

SYUKUR. SITI & FAMILI XDE APA2

Siti said...

Noy: syukur...hehehe..nasib baik semer selamat kan..kalau tak lg noy terkejut

Siti said...

lovelywa: tu la..takde kesedaran sivik betul la.

Siti said...

Savemo_zero: syukur sgt2..

adda said...

minta dijauhkan dari segala malapetaka. alhamdulillah semua org selamat. kereta boleh direpair tp kalau syawa tiada gantinya

ZALIYATI said...

tul tu siti..kadang2 bila kita dah berhati2, org lak yg langgar kita..tu sbb org tua2 kat ''malang x berbau''... cam saya & hubby kena baru ni, semua gara2 org lain..tp kita yg kena tanggung..apa nak buat..Tuhan nak duga kita kan..sabar je la..bukan rezki kita..

Mak Su said...

diharapkan orang yang cuai dan mendatangkan ketidak selesaan pada pengguna lain akan sedar dan mendapat keinsafan, tak ada gunanya menyombong dan ego di jalanraya

alhamdulillah siti dan keluarga selamat

~Siti Hajar~ said...

nsb baik xde pape...alhamdullilah

tulah kdg2 kita dah berhati2 tp disbbkan org lain, kita yg kena...