May 18, 2010

Stock Susu @ 18/5/10



Kali ni siti nak mengabadikan stock susu wafi as at 18/5/10. Alhamdulillah...stock masih lagi ada, walaupun dah berkurangan sikit. Sejak dua menjak ni wafi minum susu banyak gak, dalam 20 oz sehari. Siti cuma dapat pum paling banyak pun 17/18 oz sehari. Tapi, bila weekend siti pump jugak, so dapat la back up mana yang kurang.

Mulai hari ni wafi akan start makan bubur. Orang cakap, kalau baby dah start makan, nanti dia kurang sikit menyusu. Siti, tak baper pasti lagi. Tengok hari ni macamana. Dah suruh baby sitter tgkkan baper banyak wafi menyusu bila dah makan ni.

Pengalaman siti sejak menyusukan wafi ni, hampir 6 bulan, Alhamdulillah..tak pernah lagi la sampai terkurang susu untuk Wafi. Tapi, lumrah la kadang2 susu banyak, kadang2 sikit. Maybe sebab emosi kut mempengaruhi pengeluaran susu. Pernah dulu dalam sehari siti cuma dapat pum 10 oz jer. Terpaksa la back up ngan stock yang ada. Bagi siti, amatlah penting kita buat stock masa dalam pantang banyak2. Memang sangat2 berguna. Sebab kita memang takleh duga pengeluaran susu kita ni. So, kalau time terkurang tu boleh la back up kan.

Yang penting, kita kena banyak belajar dari mereka yang lebih berpengalaman. Mintak nasihat & cara2 yang betul untuk menambahkan pengeluaran susu. Suatu masa dulu, siti selalu ingat jenama pump susu mempengaruhi pengeluaran susu kita, sikit atau banyak. Makin lama bila siti banyak bertanya, siti mula sedar, jenama pum, mahal atau murah, bukan la sebab utama susu jadi banyak atau sikit. Siti pernah guna 3 jenis pump.... madela in style, spectra & avent manual (tiga2 pump ni, kawan2 siti yang pinjamkan..alhamdulillah). Memula siti guna madela. Bagi siti madela memang ok la. Tengok la harganya pun kan. Lepas tu siti pakai spectra. Pengeluaran susu macam ala kadar jer. Sekarang siti guan avent manual. Boleh tahan jugak pengeluaran susu, macam sama jer masa siti guna madela.

Setelah bertanya & membaca, rupanya pengeluaran susu pergantung pada rangsangan yang kita dapat masa sesi pengepam tu. Selalunya bila baby direct bfeed, memang cepat rangsangan tu dtg, sebab tu susu memang laju sgt. Macamana nak dapatkan rangsangan bila kita mengepam susu? Salah satunya dengan cara membuat urutan lembut pada breast kita dari bawah ketiak membawa ke puting susu (siti pernah tgk cara urutan ni kat salah satu rakan blog, lupa siti kat mana) . Yang ni siti amalkan sekarang. Alhamdulillah, hasilnya memberangsangkan walaupun siti cuma guna pump avent manual. Satu lagi, siti selalu pump bila wafi tengah menyusu. Sebelah siti susukan wafi, sebelah lagi siti pump susu. Memang laju sangat susu keluar time ni, walaupun breast takde la penuh sangat dengan susu. Apepun kita kena rajin & tanamkan semangat yang kuat untuk menyusukan baby kita. Selamat mencuba!


26 comments:

.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. said...

behnya kan...teruskan pumping tuk wafi siti...chaiyok...chaiyok..

@e_da said...

seronoknya tengok stock susu siti.. dulu sy pun pump je tp mika langsung tak nak direct menyusu.. sampai 5 bulan susu pun kering... seronok tgk org dpt bg susu ibu kat anak...

Noreen said...

wah seronoknyer bnyk stock susu...
cayokkk kak sure ykin boleh demi wafi....

Marsha~ said...

jelesnyaaaaaaaa saya... susu ebm sy nyawa2 ikan je dalam peti ais tu.. :(

MRS. K said...

wahh... byk nye susu...kagum

idah @mama izzya said...

mak aii byknyer stok susu..
bagus2..susu ibu bagus utk tumbesaran anak2..

Lelord said...

bestnya...najlaa dulu BF 3 mths jek...pastu lela dh start kije cian najlaa (mama kat kl, najlaa kat BP, papa lak melaka)

Nieza Ishak said...

chayukkkkkkkk chayukkkkkk
rajin rajin mengepammmm

nieza ni ada lagik 4-5bulan jerk lagikkkk .. chayukk chayuk utk nieza jugak ... doa kan ekkk. Zulaikha dah 20bulan .... alhamdulillah

Ain said...

tahniah siti.....

banyakkkkk tue....

moga usaha siti dipermudahkan allah....

mamalieyna said...

good info..Insyaallah akan ingat pesan Siti ni, bila dh ada second baby! hehe..

IbuHakimHaikal said...

Tahniah siti dah berjaya capai 6bln bf wafi..semoga kita sama2 berjaya capai 2thn bf anak2 kita ye..Amin.. ;)

kella said...

byk ke siti? mmg macam ni ekk? takpe nanti kita ada anak leh ikut cara siti nih! InsyaAllah... :)

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Tahniah..

Byk stock tu..
Chayok2.. :)

Momma Mia said...

Wow, 1stly, Congrat siti sbb berjaya menyusukan wafi dgn ASI 6 bulan... Byk stok tuh... motivasi2 utk terus GAMBATE!!!

just nk inform that kalo boleh stok susu tuh elakkan letak kat bhgn pintu, sbb biasa pintu tuh akan dibuka tutup so suhu kira tak stabil, compare dgn letak kat bhgn atas & dlm tuh...

Details boleh rujuk sini >> http://sereniety.blogspot.com/2009/08/penyimpanan-asi-ebm.html

Siti said...

Izan: terima kasih

-------------------------------------

Eda: ooo..yer ker..erm..memula siti risau gak wafi taknak direct. tapi sksang siti guna puting MAM..seakan2 puting ibu

-------------------------------------

Noreen: Terima kasih

-----------------------------------

Marsha: hehe..tekpe2..berusaha lagi. InsyaAllah boleh.

-----------------------------------

Mrs. K: terima kasih :)

-----------------------------------

Idah: betul tu..bagus tuk anak..tak rugi..malah boleh berjimat

-----------------------------------

Lelord: lor..yer ker..semer duk jauh2..adoiii...siannya..mesti rindukan.

-----------------------------------

Nieza: waaaa..tak lama dah tu...seronokkan bila tercapai impian..:)

-----------------------------------

Ain: terima kasih untuk support.

-----------------------------------

Mamalieyna: InsyaAllah Eina, kalau berusaha mesti boleh..

-----------------------------------

IbuHakimHaikal: InsyaAllah..Amin. :)

-----------------------------------

Kella: hehe...bagus2..yang penting ada matlamat nak bfeed. :)

-----------------------------------

Lily: terima kasih :)

-----------------------------------

Momma Mia: terima kasih atas peringatan. Nanti balik siti alih susu tu. he2.

AYU said...

bagus la siti...seronok tengok bebotol botol susu...anak ayu 6 bulan gak tapi susu badan sampai 4 bulan je...tak byk la susu cam 1st baby dulu.

Izan Ishak said...

siti...
bestkan wafi tetap minum susu ibu dia wpun ibu pi kerja... chaiyok2 siti!

- Suraya - said...

tahniah siti....banyak lagii stok tu...saya pun kurang ajer stok nie...tapi berkat usaha pasti kita akan berjaya...dayan pun dah 9 bulan lebih menyusu...alhamdulillah...harap2 dapat stok mcm siti semula....

maszmadi said...

swonok tgok byk stok SI utk wafi.. btul la kan kalu nak wat stok dr dlm pntang bru dpt byk,, kan

abah dan mak haqq said...

alhamdulillah.. :))

Siti said...

Ayu: takpe ayu, maybe lain kalia da rezeki..InsyaAllah

-------------------------------------

Izan Ishak: terima kasih atas sokongan

-------------------------------------

Suraya: Betul tu. kalau kita berusaha mesti berjaya!!..sama2 kita bersusaha ye.

-----------------------------------

Maszmadi: betul tu. dlm pantang la kita leh wat stok byk2 sebba mas atu baby minum tak byk sgt.

~aSHa~ said...

tahniah..teruskan usaha...suka tgk org bersemangat bagi susu sendiri ke anak....

::Mamalyna:: said...

murah rezeki wafi...chaiyokkk

eT said...

byk nyer stok susu...
eT susu ari ni utk sok..mmg xder stok..hehehe..
caya la siti...

Zimah's Depart said...

tahniah dah 6 bln..byk betul susu ek..susu zimah drop sket..huhue..ada lagi 10 bln nak lengkapkan 2 thn..

sirna said...

Clap, clap, clap....

Bravo...tabik spring=)