May 12, 2010

CCM - Kuching (Day 1)

Seperti yang diwar2kan sebelum ni, entry kali ni adalah tentang percutian siti ke Kuching.

Siti benornya takde plan pun nak bercuti ke Kuching ni. Tapi, bila nampak Air Asia buat promo, rasa berbaloi gak kalau siti gi bercuti bila dpt harga tiket yang murah. So, siti plan nak ke Kota Kinabalu. Tapi siti, taknak la gi sorang2 ngan family. Lebih seronok kalau ajak kawan2 kan. So, siti pun ajak la geng dari MamaClub. Kebetulan, Nieza nak join sama, apalagi terus cari tiket. Cari2 punya cari, banyak free tiket ke Kota Kinabalu dah sold out. Kena tukar plan la jawabnya. So, kitorang decide nak gi ke Kuching la.
Tambah lagi, Iris salah sorang geng Mama gak, plan nak balik ke rumah kelurga mertuanya kat Kuching. Haaa..ok la kan. At least ada la yang leh tunjuk jalan. Terus kami booked tiket. Murah tau bila Air Asia buat promo. Harga tiket siti, cuma RM240 untuk 2 dewasa & 2 kanak2. Berbaloi2. Booked ticket bulan 11, 2008, tapi terbangnya bulan 7, 2009 tau. So, banyak masa yg boleh kami ambik tuk plan perjalanan nih.

Di sebabkan kami memang tak arif & tak pernah sampai kat Kuching, kami decide tuk ambik tour guide. Lagipun taknak susahkan iris, dia mesti nak luangkan byk masa ngan family kan. Sesekali berjumpa.

Setelah survey beberapa tour guide, kami pilih untuk ambik En Asmadi. Perjalan kami selama 4 hari 3 malam di kuching akan di temani oleh En Asmadi. Apa yang kami lakukan ialah, kami senaraikan tempat2 yang kami nak pergi, kemudian En Asmadi akan arrangekan hari & masa yang sesuai untuk melawat satu2 tempat tu. Mudah jer kan. Tak perlu susah payah nak cari jalan nanti. kang kalau sesat lagi la haru..hehehe.

8/7/2009

Flight kami pada pukul 11.30 pagi. Pukul 10 siti dah berada di KLCCT. Alhamdulillah, perjalanan bermula dengan baik. Kami sampai di lapangan terbang Kuching pada pukul 1.30 pm. En Asmadi dah setia menunggu kami di situ.

Bergambar bersama nieza & iris di lapangan terbang Kuching. Iris akan berrpisah dengan kami di sini sebab dia akan menuju ke rumah kelurga mertuanya.

Geng papa lak bergambar.


Sebelum kami memulakan pengembaraan di Kuching, En Asmadi bawak kami pegi makan dulu la. Dah tengah hari kan. Perut pun dah lapar. Yang pakai cap tu adalah En Asmadi yer.

Sempat lagi posing dengan nieza sementara tunggu makanan sampai.



Destinasi pertama yang kami pergi adalah Temenggoh Wildlife Centre. Tujuan kami datang ke sini adalah untuk tengok secara life orang utan yang memang bebas jer duk kat hutan ni. Bila pengunjung datang, diorg akan cuba panggil orang utan tu. So, ikut nasib. Kalau bernasib baik datang la orang utan tu. Kalau tak bernasib baik, balik gitu jer la. hehehe...

Dan kami..memang tak bernasib baik la. Orang utan takmo muncul gak setelah hampir 1 jam lebih kami tunggu. Mungkin disebabkan oleh bunyi bising dari anak2 siti & nieza. Haha...adoii...marah semer pelancong kat situ tgk kitorang. Orang utan memang sensitif dengan bunyi bising k. Kalau ada bunyi memang orang utan tu tak munculnya.

So, dinasihatkan..kalau nak gi sini jgn la bawak budak2 kecik yer macam kami. hahaha...Memang haru la...

Merdah hutan nak ke tempat orang utan. Sejuk mata memandang kehijauan.



Dah sampai pun. Ramai pelancong dah ready nak tgk orang utan.

Masih ternanti2. Semua duk pandang kat atas jer.



Ada tempat disediakan tuk tengok orang utan yer.



Ni tengah tunggu orang utan muncul, tapi tak muncul2 gak..hahaha...



Dah letih dah menunggu, orang utan tak muncul2 gak. Balik dengan perasaan hampa. haha...lagi kesian kat pelancong yang datang dari jauh.




Lepas kecewa sebab tak dpt tengok urang utan, kami pun terus la check in hotel. Dah penat...huhu...
Di Kuching ni siti duk kat Majestic Hotel atau sebelum ni diorg panggil Holiday Inn. Hotel ni bertaraf 4 bintang yer. So, harga dia agak la mahal sikit. But, kalau sapa2 nak duk hotel ni leh la buat cara siti yer. Bukan apa, kalau nak ikut harga bilik yang diorg charge memang la tak mampu..huhu...

Untuk nak book mana2 hotel, pastikan kita dah survey hotel mana yang kita nak duduk. Lepas tu, try cari agent2 yang tawarkan harga yang paling murah untuk hotel yang kita nak duduk tu. Siti cari melalui internet jer, memang banyak tau. Kita leh lihat harga bilik yang diorg tawarkan lebih murah dari kita book direct ngan diorg. Siti jumpa satu agent percutian kat singapore yang tawarkan harga yang berpatutan, book untuk 2 malam free 1 malam. Harga sebenar bilik ni RM350++ per nite (deluxe) kalau kita call in. Tapi, dengan promo yang siti ambik tu siti dapat dlm RM150++ pernite. Memang berbaloi2 tau. Sebab tu kita kena rancang betul2 percutian..hehehe.



Permandangan dari bilik hotel. Kat belakang tu ialah sungai Kuching.



Lepas dah rehat2 & mandi, malamnya lak En. Asmadi bawak gi makan-makan. Lupa lak la nama tempatnya. Tapi kat sini ada banyak gerai2 makanan. pilih jer mana satu yang berkenan. Kebanyakan gerai jual makanan yang hampir sama.



Antara yang kitorang makan. Sate kat Kuching ni lain sikit rasanya dari sate semenanjung. Rasanya leh tahan la.



Kalau ke Kuching, jangan lepaskan peluang tuk makan mee kolok yer. Wajib tau..hehehe...memang tak terdapat dia semenanjung ok. Mee ni memang sedap. Kita boleh pilih samada nak suruh diorg goreng atau buat sup. Yummy.



Lagi satu perkara yang wajib kena buat kat Kuching ialah bergambar di hadapan patung kucing ni. Hehehe...Banyak benornya patung kuching ni, tapi ni kira tugu yang paling glemer la. Patung kucing ni memang betul2 behadapan ngan hotel yang siti duduk tu.



Ni permandangan hotel siti ketika waktu malam.

Tamat perjalanan kami pada hari yang pertama. Tunggu sambungannya nanti yer.

18 comments:

Jamak Aton Habi Mahmood said...

slm siti itu nieza geng wanitamelayu.com? jiji kenal dia.

ke siti pun geng sana.

my nick jijiaiman kat melayu.com
sbb kan slalu tgk pix siti terigt tp x cam kat mana pernah tgk hehehe

Ain said...

wowwwww, bestnya siti dapat gi jenjalan sampai ke kuching....

baru kali ni dapat tengok macam mana rupa mee kolok, sebelum ni tau sebut nama jer...

Lynn Nasir said...

org utan tu pemalu kot..haha!

siti, jenjalan cuci mata ke kedai saya nnti ye? tq!
http://lynnhomemades.blogspot.com/

Siti said...

Jamak aton: siti geng melayu.com/perkampungan..geng kelab mama..hehehe...

skang dah jarang gak masuk sana..hehe

Siti said...

Ain: hehehe...sedap tau mee kolok tu..

Siti said...

Lynn: hahah..yer la kot..

nanti siti pi jgk yer.

mamalieyna said...

waaa bestnyer Siti..cam teruja nak jejakkan kaki kt sana gk ni..tp taktau bila..kewangan tak mengizinkan la..huhu..

nk g gakkk! :p

~Siti Hajar~ said...

best yer siti g kuching?? sy dulu teringin nak p sarawak ni tp hubby ajak g singapore, kos sama je katanya...huhuhu...tak tercapai la..

xpe 1 hr sy akan jejakkan kaki kat sarawak ni tak terkecuali bandar kuching ni...tekad nih! hehehe

Jamak Aton Habi Mahmood said...

ooo geng mama, join geng isteri x?
apa nick name kat sna...

wah kenal kt sini yerkk gudgud

Siti said...

mamalieyna; hehe....nak bercuti kena ada kewangan baru best kan..siti pun lepas book tiket bari simpna duit.

Siti said...

Hajar: waaaa..syoknya go spore..siti lum pernah sampai lg..huhu....

Siti said...

Jiji: haha..tadi dah tanya nieza..dia bg tau jiji kat kelab isteri..hehehe...

nick name siti..ctmaisara82..hehe..

LYaFRINA said...

waa.. bestnyer dpt pegi neger org..over river...
lya x pernah lg.. nk naik flaight.. mcm takot j....

Nana said...

hehe tingat g kuching ritu
seme kita try
mee kolok, ayam pansuh, umai,laksa sarawak, ayam penyet
tugu kucing tu tmpt wajib amik gambo kan

Siti said...

Lya: hehe..takut yer naik flight..siti ni dah kali ke 3 la naik..tp kali ni rasa teruk sikit..loya abis siti dlm flight

Siti said...

Nana: hahah...tu la..byk gak mknan sana yg ct try,,.tapi umai tu tak jumpa lak..haha

Shima said...

Siti, akk pn g Kuching thn 2009, bln 5. Amik tiket Air Asia pn sama mcm awak time ada promosi giler2 kat Air Asia. Klu x silap harga pegi blk untuk 2 dws + 1 bdk dlm RM250 + skt kot. Kt org stay kat Tune Hotel je. Masa tu ingat lg tgh pregnant jgk nak masuk 6 bln tp perut x nmpk, nasib baik naik flight ok je spjg pjlnan.

Jamak Aton Habi Mahmood said...

oh mcm biasa nmpk ctmaisara tu hehe
ok kirim slm kat nieza...

nieza ada blog x ? leh smbang2