May 28, 2010

Apam Mekar lagi

Masih ingat kat apam mekar siti yang warna biru? hahaha..kali ni wat kaler pink lak yer. Takde la rasa pelik sgt kan...hehehe...Hari tu buat besar2 kan. Ni siti buat kecik jer, senang nak ngap. Buat setengah adunan, kejap jer habis. Anak2 suka sangat makan nih.

Siti letak sekali lagi la yer resepi kat sini. Copy paste jer dari umah Kak Hanieliza. Tapi siti buat satu warna jer, malasnya pasal:

Bahan

250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1.
Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..


3 comments:

Lelord said...

cam bessst jek tp xde pengukus hehehhe

MUMMYAR said...

nk try la ct..hrp2 jadi...hehhe...maceh kongsi resepi ye...

lovelywa said...

wahh..gebunyaaa apam tuhh..nk satu boleee???