Apr 22, 2010

Outing ngan Noza @ CM

Adoi..penat eh. Baru sampai office nih. Hehehe...terus update blog dulu. Bukannya nak buat kerja office. Dah la lama menulor..pssttt..diam2 tau. jangan cakap kat boss siti tau. :)

Tadi gi Central Market (CM), jumpa ngan noza. Nak ambik barang yang sangat penting ngan noza. Tu yang sanggup la drive gi LRT, pastu naik train lagi tuk sampai CM. Walaupun drive, siti tetap naik LRT gak sebab siti ni buta jalan sikit. Kang sesat lak.

Keluor dari office tadi kul 11.50. Sampai CM dalam kul 12.30 gitu. Terus noza ajak gi makan SR. huhu...thanks noza. Macam tahu-tahu jer siti memang teringin nak makan tom yam kung kat SR tu sejak sekian lama. Akhirnya tercapai gak.

Ini lah noza yer. Siti kenal noza ni dari Mama Club, KMC. Dah 3 tahun la usia perkenalan kami. Alhamdulillah, still menjadi sahabat sehingga sekarang. Jeles siti benornya ngan noza ni. Anak 3 tapi still cun & maintain gitu (Uik, suka la darbi siti cakap wife dia cun yer)...hahahaha...Siti lak hari ni serabai habis. Tak sempat nak bedak pun gi office pagi tadi. he3

Inilah yang siti duk idam2kan sejak sekian lama..Akhirnyaaaaa....

Noza lak makan thai fried rice ni. Dari pagi dia lum makan, so harus la makan nasi kan. Kang masuk angin lak.

Tengok noza dah mula menikmati nasi goreng yang sedap tu. Lapar2.

Siti lak dengan kusyuknya menghirup tomyam yang amat sedap itu. Sampai muncung mulut siti tau.

Lepas makan, kitorang sembang2 sambil bergosip sampai tak sedar dah pukul dua. Noza..len kali kena date lama sikit. Kejap sangat datenye tadi. Tak sempat nak borak2 lama. Hahaha..kalau ikutkan hati nak jerr duk situ sampai petang. Dah lama sangat siti tak gi CM. Dah bertahun2 lamanya. Banyak perubahan kat dalam CM tu. Shopping & cuci2 mata memang best la. Tapi, isk tak baik...time kerja...hahahha....adoii la...jauh lagi perjalanan siti nak balik office.

Inilah barang yang penting itu. Isi kandungan tak nampak yer? Eh! lupa nak tanya tuan punya barang ni, leh show off ker tak. huhu.

Oh noza, tengok la apa yang sempat siti beli masa kat LRT tadi...hahahaha. Sempat lagi siti beli selipar yang murah2 ni kat stesen LRT tu. Satu yang warna coklat tu tuk pakai kat dalam office . Satu lagi, tuk pakai gi pasar/jalan2 ngan papa. hahaha....Brand cap ayam jer..belasah jer la. Asalkan leh pakai sudah. Cau cin cau.


18 comments:

Noza said...

hehe.. sempat gak ekk soping brg. sib baik tak sempat nk jln2 dlm CM tuh. kalo tak lg bnyk la kot soping :p
pasal brg tu tak kisah ler.. bukan sensored pun. ekeke..
tp kan.. sungguh la huduh gambo ku itu.. huhuuuu

zue @ annaleeya said...

oooo.... ngulor yer??? report kt bos.. hehehe...

akak pon suke pkai selipar cap ayam jerk klu jln2... x kisahla, asalkan selesa kan???

~Siti Hajar~ said...

berdating yer?...jauh benor siti terjah...xserabai pun siti, sama cantik & kiut miut jer dgn kwn siti tu...

sempat lagik shopping...??? org pmpuan katakan, xdpt beli, jeling pun jadik la..btl tak? cantik la kasut2 tu.

LYaFRINA said...

waa..siti.. lama dh x jejak kaki kt CM.. kalo dulu slalu la jugak.. sbb suka tgk org melukis.. skrang msti dah byk berubah dah..

**waaa.. sempat lagi tu rempat selipar.

Siti said...

Noza: hahaha..tu la..mmg tingin sungguh la nak window shopping tadi..tapi apakan daya...huhu. mas atak mengizinkan

Siti said...

Zue: hehehe...sekali sekala ngulor....pakai selipar cap ayam gak yer...sama la kita.

Siti said...

Hajar: hehehe..pandai hajar jaga hati siti yer...

Siti said...

Lya: dah takde dah org melukis kat dlm CM tu, diorg kena duk kat luor pulak.

LiLy @ MumMyQiStInA said...

CANTIK SELIPAR..
X PE LAH BRAND CAP AYAM ASALKAN LEH ALAS KAKI.. :)

Siti said...

Lily: haaa...betul tu..setuju2

Ena said...

walllamakkk..
meleleh la tgk tom yum kung tu siti.. yum yummm..

siti, dah dekat dah ngan tempat ena tu.. dekat sangat2 dah.. kalo tau leh jumpe kan!.. huhu

SyidaMislan said...

jauhnya siti pegi lunch.
nape tak ckp?kita pun ke kl tadi.

Nida said...

Amboi.. besaunya udang dia... tengok udang pun dah tahu mesti tom yam tu sedap

mamalieyna said...

amboi siti, sempat aje ye berdating ngn kwn lama..siap leh soping tak tahan tu..kalo siti kerja kt tmpt eina ni jgn hrp la leh wat camtu..huhu.. :p

Siti said...

Ena; Eh! yer ker, kalau tahu td bg tau ENa. Takpe, Ena bg no telefon yer..Nanti bila2 siti ke sana..leh jumpa ENa

Siti said...

Syida: la...yer ker...adoi....kalau tahu leh jumpa di sana.

Siti said...

Niza: mmg tak menyesal la.

Siti said...

Einza: kalau boss takde, leh la merayap lebih sikit. he3