Apr 9, 2010

Kek hari jadi buat anak ibu, Batrisyia

Terima kasih buat auntie-auntie yang wish birthday Kak Ngah Batrisyia yer. Batrisyia sayang auntie2 semua. Kalau ada hadiah lagi bertambah-tambah sayang :) ( Ni pesanan dari Barisyia yer..hehehe)

Akhirnya dapat jugak siti menyiapkan kek hari jadi buat Batrisyia dalam keadaan yang agak kelam kabut & wafi asyik la menangis jer kalau tinggal dia sorang2. Nasib baik papa tolong jaga jugak. Kalau tak mmg tak menjadi la misi nak buat kek ni.

Kek yang simple untuk Batrisyia. Sebab Batrsiyia suka Mickey Mouse, siti letak la edible image Mickey Mouse. Cari gambar yang besar, takde lak kat BWY tu. Ada gambar kecik2 jer.
Tengok tulisan siti tu dah macam cakar ayam sebabnya nak cepat sangat, wafi dah merengek nak susu, papa lak dah mengantuk. Pastu, tak sempat la coklat tu nak kering sikit siti terus jer tulis, tu yang jadi gitu. Belasah jer la yer.

Bila kek dah siap, semua orang mengantuk. Terus tidur jerk. Tak sempat nak ambik gambar kek ngan birthday girl. Takpe la, nanti suruh bbsitter ambikkan gambar.


Kek dah siap ditelakkan dalam kotak tuk bawak pergi umah bbsitter. So, Batrisyia potong kek kat sana jer la. Leh la bbsitter ajak anak2 jirannya sekali.

Kat bawah ni layan gambar birthday girl baru bangun tidur pastu papa nak hantar gi umah bbsitter. Beria sungguh Batrisyia suruh papa jalan cepat2 sebab tak sabar dah nak gi umah bbsitter, nak potong kek. hehehe....Macam2 memek muka ada.



Ni gambar Wafi, dah siap sedia nak bertolak umah bbsitter. Mata tengah ngantuk nih. Kena letak gak gambar wafi ni, kang dia majuk..hehehe...

P/S: Semalam birthday girl wat lawak, sampai siti gelak sakan.
Siti marah dia, pastu dia nangis sambil cakap camni "ibu marah adik, adik taknak kawan ibu, adik nak keluar la, nak pergi dengan ceplos" sabar jer la budak ni..hahaha...adoi, takde org lain ker dia nak sebut, ceplos gak tu.

Batrisyia ni still bahasakan diri dia adik. tapi kalau kita tanya dia siapa adik, dia akan tunjuk kat wafi. Pastu siti tanya, "abis tu ni siapa?", sambil tunjuk kat dia, dia cakap la, "ni kak ngah". hahaha...

36 comments:

Nana said...

kat mana nk cari edible image tu ek?
klw kita tempah guna pic sendiri bole kan?hehe

Ena said...

cantekkk la kek tu siti..
tulisan tu pun ok jer.. x nampak cam cakar ayam pun.. kalo ena yg buat betul kot cam cakar ayam sbb ena memg x pandai nak deco2.. harus kek tu nanti cam kek dah basi pulok.. hoho.. tu yg order jer.. huhu..

siti, ena nak order leh? santekk la.. leh wat utk besday anak2 ena akan datang..

Batrisyia tu sbnarnye masih nak manja tu sbb sayang nak kasi gelaran adik tu kat adik dier walaupun dia tahu dah jadi kak ngah & dah ada adik wafi... hhhe

hajarus said...

cantik la kak kek tu... kreatifnyer akak....

rasenyer aunty hajar lum ucap hepy besday kat batrisya lagi kan.. camne leh ketinggalan keretapi ni.. ye la ibu batrisyia sungguh pantas update blog jeles aunty hajar tau...

anyway hepy besday batrisyia... semoga membesar ngan sifat & jd anak yang solehah k... :)

abah haqq / mak haqq said...

hepi besday batrisya..!!!
kalau la kak siti dekat bule la buatkan haqq sebijik kan.. :P

eh lupa pulak..
batrisya jgn noti tau..
semoga sehat,hepi selalu.. :)

mamaaerish : said...

wah... cedapnyer... antor la cini skit... ;p

bijak la kak ngah nih... (",)

mamamiera said...

heppy besday batrisya..
aunty lmbat wish lahh..
smoge pjg umo, murah rezki..
sihat selalu n jd ank yg baik n bijak!!

siti, betol ke ct yg wat kek tu..?
meriahlah.. cntik!! pndai hang no..
blehla bukak kedai kek..
zai nak tempah nnti bln feb 3 bijik buley ;p

♥Azie♥ said...

cantik kekek tue..ikhlas nie...nmpk macam tempah..puas hati kan klu kita dapat siap kan kek sendiri

ira_kecik said...

happy belated birthday batrisyia...

~Siti Hajar~ said...

cantek kek tu mcm tempah je..tp mmg dah tau siti pakar mbuat kek ni..hpe bday kakngah!

*btuah anak2 siti dapat ibu yg pandai masak + bt kek, untung erk...

::Mamalyna:: said...

Hepi besday batrisya...

untungnyer anak2 siti, ibu pandai buat kek...kalau ai, alamatnyer, hulur duit kat kedai kek ler...hehehe

|| NaFiRaa || said...

uik.. cantikla kek tu.. buat sendirik eh?? untungnye la pandai buat sendirik.. ai pandai buat kek 'tunjuk2' kat kedai jek..muehehehe

budak2 skrg mmg pandai bercakap.. kadang2 kita x akan sangka ayat2 yang kuar dari mulut dia.. boleh buat gelak besar kalo layan cakap2 dia..:)

miemiey said...

salam....rajinnya siti siapkan kek tu...chantek hiasan tu leh la kutip coklat tu nnti...
selamat hari lahir buat batrisya...
semoga menjadi ank yg baik yee...dan jgn nakal2 tau...jgn majuk2 taauuu...nak tergelak sy nak lari ikut ciplos..hahaha..ank2 sy pon suka ciplos...

Nida said...

cutenya kek tu... kalau Nida sayangnya ler haii nak makan..hehe..

Selamat ulang tahun kelahiran, semoga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat :)

mamalieyna said...

waaa pandai la siti buat kek, mcm tempah kt kedai! best la pandai buat sendiri..kena rajin la kan..hehe..cam kita ni bab kek2 ni kureeeng, tp mungkin bila anak2 dh besar cam siti, jd rajin nak masak sume tu kan..^_^

cantik..seronok la kak ngah@ adik! hehe..

Siti said...

Nana: biasanya kat kedai jula barang2 kek mmg ada. Boleh gak kalau nak print gambar sendiri.

Siti said...

Ena: hahaha....adoi..mmg teruk tulisan siti tu.

nak order ker? InsyaAllah, kalau siti ada kelapangan leh la buat yer.

Siti said...

Hajar: terima kasih...

Siti said...

MAk Haqq: ok..batrisyia tak notti, cuma manja sikit2 jerk. terima kasih.

Siti said...

eb: hehe..siti pun tak ras sedap ker tak..

Siti said...

mamamiera: terima kasih. nanti siti bg tau batrisyia..

hhehe..a'ah siti buat..biasa2 jerk..nak tempah ker? insyaAllah kalaua da kelapangan.

Siti said...

Azie: hehe..terima kasih...kita jadi suka bila anak suka kan.

Jieda said...

Cantiknya kek yang siti buat

Siti said...

Mamalyna: Terima kasih...haha..lagis enang kan..hulur jer duit..dpt terus kek.

mcza said...

epi besday gurl 4 Batrisyia...

tantek kek yg siti buat..lpas ni boleh tempah

Siti said...

Nafiraa: betul tu. bijak2, budak sekarang ni.

Siti said...

miemey: Terima kasih for d wish. haha..tu la..mmg suka tgk citer ceplos.

Siti said...

Nida: hahaha...sayang yer...sabor jer la.

Siti said...

Eina: hehehe..sikit2 leh la eina.
buat tuk anak2 jerk.

Siti said...

mcza: terima kasih!!!

Siti said...

Jieda: terima kasih!!

Siti said...

Ira: terima kasih!!

Siti said...

Siti Hajar: hehehe...takde la pakar..sikit2 boleh la hajar..malu siti tau.

SyidaMislan said...

Canteknye kek kak ngah!

Uda said...

happy besday batrisyia..

comel kek tu.. geram pulak tengok.. byk coklat.. mesti suka budak2 dapat makan kek penuh coklat tu..

Zaidah said...

epi besday...zai teruja ngan kek siti...geram ....

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Cantik lah kek tu..
Mesti sedap...

Happy b'day batrisyia..
Moga membesar dgn sihat & menjadi anak yg solehah.. :)