Apr 5, 2010

Rapatnya mereka berdua

Bila siti tengok gambar Jannah & Batrisyia dari dulu sampai sekarang ni, siti terbayangkan betapa rapat & mesranya hubungan adik beradik berdua ni. Kalau siti suruh diorang bergambar berdua mesti diorg suka peluk antara satu sama lain. Agaknya sebab meraka membesar bersama-sama disebabkan jarak umur yang tak jauh beza. Batrisyia lahir ketika Jannah betul2 umur 1 tahun 1 bulan. Tarikh lahir pun beza satu gak. Jannah lahir pada 08.03.2006, Batrisyia lak lahir pada 09.04.2007.

Jannah & Batrisyia ni, dua-dua stop pakai drypers masa umur diorg 2 tahun. Alhamdulillah tak susah nak ajar budak berdua ni. Lepas tu Jannah memang tak minum susu dah sekarang ni. Bila Jannah dah tak minum susu, Batrisyia pun taknak gak minum susu. So, senang la, dua2 siti stopkan susu botol sekaligus.hehehe
Kadang2 bila jannah taknak main/kawan ngan Batrisyia, mesti Batrisyia datang mengadu ngan siti. Macam tu gak ngan Jannah.

Tapi, dalam rapat2 dioarng ni, kalau bergaduh boleh tahan. Boleh buat siti pening kepala & naik hantu gak la. Jannah suka sangat mengusik Batrisyia, pastu kadang cepat jer tangan dia nak mencubit kalau ada benda tak kena. Batrisyia lak jenis yang susah nak mengalah. Kalau anak apa2 barang, kalau tak bagi memang dia meraung kuat2. Nasib baik Jannah ni leh makan pujuk, leh la nak mengalah. huhu...

Patutnya tahun ni siti dah nak hantar Jannah masuk taska, tapi tak sampai hati lak nak pisahkan budak berdua ni. Lagipun rasanya awal sangat nak hantar sebab umur Jannah pun baru 4 tahun. So, bila fikir2 balik, tunggu la tahun depan. Leh diorang gi belajar sama2. Masa tu Jannah umur 5 tahun, Batrisyia lak 4 tahun. Ok la kan......Janagn pisahkan.....aku & dia...huhu...

Tunggu Wafi besar sikit nanti, leh la join kakak-kakak dia bergambar peluk2..hehehe..



22 comments:

mamalieyna said...

seronoknya tgk kemesraan dua beradik ni! bestnye siti..harapnya sampai besar nnti pun camni lah rapat dan akrabnya diorang! ^_^

nak baby girl! *wink!

Ena said...

memg nampak la sgt rapat dua beradik nie.. bestnyerrr... peluk2 jer kan!..

anak ena sorang laki sorang pompuan.. lom rapat camtu sbb kakak kuaaat nyakat.. si adik pulak kuat nanges.. hoho.. memg ena pun selalu la hantu jembalang bagai tu.. huhu

liza said...

seronotnya.. ktorg masa kecik2 gado je manjang.dah bsr, dah kwin br la baik..huhu..

rajin2 jgk http://jajaon9shoppe.blogspot.com

branded kids wear.. utk mommy pun ada, pearl and kristal from sabah.. :)

~Siti Hajar~ said...

comel tgk anak2 siti ni...xdpt hjr nak beza mana kakak & mana adik...baik je xmcm dalia & danial, asyik nak bgaduh aje..hehheee..budak2kan itu la yg depa reti..

**siti,
email kat hjr alamat ofis.. ni alamatnyer. dalia_hajar@yahoo.com.my

hajarus said...

so sweet.. comey2 anak k.ct ni...

tengok pic ni teringat hajar masa kecik2 dulu... rapat sangat ngan kakak... camni laaaaa...

alhamdulillah masing2 dah kawin pun still rapat sangat... ape2 mesti nak share...

Lynn Nasir said...

salam,

elok biasakan anak2 rapat since kecik lg. share semua bende so diorg taklah ego sgt bila beso nnti. seronok tgk 2 beradik ni..kami suami-isteri tergelak tgk gambo ngan jagung tu :p ~ tak padan kecik ye..hehe!

Uda said...

bagus laa kecik2 rapat .. nanti besar boleh berkongsi rahsia..dan saling hormat menghormati

Siti said...

mamalieyna: tu la, harap2nya sampai besar la. hehehe..nak tau ke teknik2 nak dpt baby girl..hahaha

Siti said...

Ena: hahaha..budak ebrdua ni pun apa kurangnya...sama gak cam ena, siti selalu gak jadi hantu jembalang. haha..tu wafi lum besar lagi...kalau dah besar nanti tak tau la siti jadi apa lak. hahaha

Siti said...

Liza: InsyaAllah, nanti siti jenguk yer.

Siti said...

Hajar: ala..sama gak budak berdua nih...suka gak gaduh...
siti dah email alamat. dapat tak?

Siti said...

hajarus: waaa...bagusnya sampai ebsar pun rapat yer. tu la kalau sama2 perempuan ni, leh la share mcm2 benda kan.

Siti said...

Lynn: hahaha..benornya jagung tu siti nak wat bubur. lum masak lagi tu tapi diorg dah tak sabar nak makan.

Siti said...

Uda: Mudah2an..Amin

kella said...

lentik betul bulu mate diorang berdua tu! chumel!
bagus la kecik2 dah sangat rapat, besar leh jadi kawan baik!

LYaFRINA said...

bagusla mcm ni..
nanti bila besar msti blh jd best friend ni...
blh kongsi2 baju.. best nyer..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

mmg camtu kot eh if lahir dekat2
depa rapat

harus wat adik rafiq bila dah cecah umur rafiq nnti satu tahun lebih..ehhehe..aminngggg

Siti said...

kella: hehehe..mudah2an gitu la.

Siti said...

Lya: haaa..skang ni pun mmg dah kongsi baju..saiz lebih kurang jerk.

Siti said...

rose: bukan harus tapi wajib..haha

Zaidah said...

seronoknyaaaaa.....

Putri Farisha said...

comey anak dara awak...jomlah join giveaway saye....cam kembar anak dara awak 2 org...

http://mybaby-farisha.blogspot.com