Apr 18, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor - Siapa yang untung??


Waaaa...jangan terkerjut, siti nak jadi pengulas pilihanraya pulak yer?...Hahaha....takder la. Siti bukan nak cerita pasal parti mana yang agak2 boleh menang dalam pilihanraya kecil Ulu Selangor yer. Kita tengok jer la nanti. Siti pun tak kenal sangat ngan calon2nya. Lagipun, siti tak ikut sangat perkembangan pilihanraya ni. Tak minat sangat politik. Tapi, bila dah tiba masa pilihanraya & time nak kena mengundi, of course la siti kena ambik tahu siapa calon kawasan siti tu kan. Kalau tak camna kita nak undi "yang the best", yang berkhidmat untuk rakyat.

Oh yer, walaupun siti tak suka sangat citer-citer yang melibatkan pilitik ni kan, tapi siti suka sangat pilihanraya. Time pilihanraya memang meriah tau. Macam nak sambut raya gak kemerihannya. Seronok siti tengok, bendera-bendera parti yang berkibar di merata-rata tempat. Paling seronok bila siti pulang ke kuantan tuk membuang undi (lepas membunag undi di kuantan, siti akan pulang ke kampung papa lak di sg besar), bila berselisih dengan kereta yang memasang bendera parti yang kita sokong di kereta masing-masing, kita akan sama-sama bunyikan hon. Paling kurang pun angkat lampu tinggi...hehehe...Ops, parti yang siti sokong biarlah menjadi rahsia siti jer yer...hehehe....

Eh, dah lari tajuk lak yer. Oklah, kita berbalik pada cerita pilihanraya kecil Ulu Selangor. Penamaan calon dah pun selamat berlangusng semalam. Waaa...boleh tahan ramai gak yang bertanding yer. Pertandingan 4 pe juru antara P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR), VS Chandran (BEBAS) & Johan Mohd Diah (BEBAS). Siapa pun yang menang, biarlah penduduk di Hulu Selangor saja yang menentukan. Yang penting, yang menang itu betul-betul berkhidmat untuk rakyat, bukan sebab duit atau kepentingan peribadi semata-mata.

Oh yer, bila tiba pilihanraya macam ni, siapa agaknya yang untung yer. Of course la penduduk di kawasan tersebut. Wah..masa ni l akalau nak demand lebih-lebih. Nak jalan baru, dewan orang ramai, bantuan kebajikan & macam-macam lagi la. Mesti semuanya ditunaikan. Sebabnya, mestilah untuk memancing hati pengundi. Oleh sebab itu, semua tumpuan hanya diberikan kepada penduduk di kawasan tersebut. Untungnya penduduk di kawasan Ulu Selangor tu yer. Time ni, semua penduduk di Ulu Selangor tersenyum manis jer. Bila agaknya kawasan siti lak nak buat pilihanraya kecil ni, boleh la siti nak demand jugakkan..hahaha....jahat tau siti nih.

Oklah, dah terpanjang pulak entry siti kali ni. Semua yang siti tulis diatas adalah pandangan peribadi ok. Takde kena mengena dengan yang hidup/ yang dah pergi. Buat pengundi2 di Ulu Selangor, mengundilah dengan bijak. Silap pangkah, ada jugak yang menyesal..huhu...Cau cin cau. :)

Note: Gambar dari http://themalaysianinsider.com/



2 comments:

::Mamalyna:: said...

ye betul... yang untungnyer penduduk kat situ....segala ape mintak, konpom dapat...meka kan tengah pancing undi.... dah bertahun jalan lopak2, tup2 esok terus jalan cantik berturap kan...

Aku Memang BeGiNi said...

i follow u, same with me, suke gak follow politic,..mase piliharaya 2 thn lps spi kul 1pm br tido, tgk result pp yg mmg di luar jangkaan ms tuh,..