Apr 10, 2010

Siti yang bersifat seperti air


Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Siti adalah anak yg ke -2, so siti bersifat air:

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga.
Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan.

Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
- Haaaaa..siti suka beri sokongan pada papa. Kalau dia tengah down siti cuba tuk naikkan semula semangatnya dengan kata2 nasihat.

* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
- Alhamdulillah, siti cuba jadi isteri dan ibu yang bertanggungjawab.

* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
- Hehehe, bahagiakah dirimu bersama denganku? IsyaAllah...siti cuba membahagiakan semua orang.

* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Itulah tugas seorang isteri. Sentiasa memastikan suaminya gembira.

Siapa yang nak cek sifat masing-masing, boleh klik SINI

9 comments:

Momma Mia said...

Huhu dah lama tak baca info cam gini. Saya bersifat angin.

Lynn Nasir said...

salam,

fewwittt...!! nak minum siti sket boley? hoho! saya anak sulung :D

Ena said...

Salam..

Siti,

ena nak copy utk n3 ena leh? tp utk sifat yg lain la..boleh?

Nanti leh tgk ena nyer sifat pulak...hohoh..

Nida said...

Nida anak pertama.. tapi bila tanam pokok tak pula menjadi sangat..hehe.

p/s: tak letak baja kot

Zaidah said...

zai suka part untuk siti yang menghidupkan hati suami untuk menjadik semangat...n seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga...tahniah...

IbuHakimHaikal said...

Siti..samalah ngn saya...suke...suke... ;)

ibu_Arifa said...

wah,,,bagusnyer ciri2 org 'air' nih..
cayalah siti..

miemiey said...

salam siti...
sama lah kita bersifat air....
tumpang baca yee sifat kita yg serupa..hehehe..sejuk je kata tu kan....

LYaFRINA said...

waaa... setenang air.....
bestnyer boleh main air...