Apr 26, 2010

Resepi pizza

Atas permintaan ramai, siti letak la resepi pizza nih lagi sekali yer. Selalunya siti guna resepi ni tuk buat base pizza. Resepi tuk base pizza ni siti cedok dari umah k ummi. Tapi resepi asal dari Datin El.

Bahan Base:-
(2 keping sederhana besar)
250 gm high protein flour (*ummi letak 300 gm)
250 gm low protein flour (*xda stok ni - ummi letak 200 gm bread flour)
3 sudu besar butter
1 sudu makan gula
1 paket yis (11 gm)
sedikit garam
1 mug susu segar yang disuamkan (*campurkan 1/2 mug air panas dengan 1/2 mug susu segar)

Cara Membuat Base:-
1. Campurkan kesemua bahan-bahan kering. Gaul rata.
2. Masukkan butter dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan susu suam tadi sedikit-sedikit (secukupnya).
4. Uli hingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang lembut.
5. Rehatkan selama 30 minit.
6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan dan letak dalam loyang pizza.
7. Letakkan topping pizza (sesuka hati la nak letak apa pun).
Macam siti..memula siti ratakan sos cili, lepas tu siti letak sos spaghetti yg ada jual kat mana pasaraya. Lepas tu siti letak mozarella cheese. Kemudian baru siti susun bahan2 lain cam hotdog ker, daging cincang ker, crab stick ker (sesuka hatilah). Last sekali siti tabur lagi sikit cheese.
8. Bakar selama 15 minit pasa suhu 170.


19 comments:

cheqna said...

kak..
x nak resep nak suh akak yang buat
hahaahaha
pemalas ini budak....

Ena said...

sedapnyerr..

nak cube la nanti..hehehe
thanks 4 sharing siti.. :)

♥Cik Puan♥ said...

terima kasih kerana sudi kongsi resepi

Nida n' Hanafi said...

Selalunya Nida main pakai beli je base dia.. sebabnya tak pandai nak wat sendiri.. pasni boleh cuba resipi Siti ni lah.. :)

Anonymous said...

bez nye pandai wat pizza sendiri bila la nak belaja wat pizza ni

LYaFRINA said...

waaaa. mekasih siti... mmuahh

Syuhada Kamal said...

wah! terliur abis tgk pizza siti ni..sedapnyer..tq share resepi..tp bile nk wat ni ek..hehe

leen hussain said...

siti....sedapnye pizza...
tapi leen malas nak uli...dahlah takde stand mixer besor..huhu...

Syida said...

siti,
kita malas nak buat. beli kat siti bole x?

Siti said...

cheqna: hahhaa....boleh, mai rumah..leh la akak buat.

Siti said...

Ena: welcome :)

Siti said...

Azie: welcome :)

Siti said...

Nida: siti pun kdg2 gitu gak..he3

Siti said...

Nana: hahaha...bila2..:)

Siti said...

Lya: sama2 :)

Siti said...

Syuhada: nanti, bila2 senang leh la wat.

Siti said...

leen: bab uli tu mmg mls..haha...

Siti said...

Syida: semer nak beli yer :)

presa1200 said...

Pnah x try 2-ingredient pizza? Buat base pkai tepung self raising dan yogurt je!