Apr 14, 2010

Papa nampak bayangan putih..Adoiii ni yang seram nih!!!

Huhu..kali ni siti nak citer pasal citer seram lak yer....
Pagi tadikan masa tengah bersiap2 nak gi kerja, papa bagitau siti dia nampak hantu. Terus meremang bulu roma siti. Adoiii..asal la pagi2 dah ada citer seram...Tapi siti mmg excited nak tahu. terus la suruh papa citer.

Ceritanye begini....

Papa kan tengah tidur kat atas sofa (siti sekeluarga tidur kat hall, depan tv..berselerak sekali yer). Pastu papa terjaga dalam kul 1 lebih gitu. Masa dia bukak mata dia ternampak satu bayang putih dekat tempat siti baring, pastu bayang tu terus mcm terbang kat papa. Papa cakap, lepas dia terbang gi kat papa terus hilang camntu jerk. Tak tau rupa camna sebab papa cuma nampak bayang jer warna putih.

Pastu papa citer lagi, sebelum tu siti ada macam mengigau (adoiii la, sejak bila la siti pandai mengingau ni yer). Siti cam cakap "wafi..wafi tidur kat sini yer..tidur kat sini yer'. Camtu la siti cakap (cam kelakor jer). Masa tu papa tengah tengok tv lagi. Siti mengigau tu sambil bukak mata tau, pastu mata siti tengah tenung kat sofa belakang papa. huhuhu..seram lak. Pastu papa cam tepuk2 muka siti, siti wat tak peduli jer pastu terus siti tidur....

Pastu papa cakap, semalam dia da nampak kesan lebam kat belakang Jannah. Macam kesan gigit ngan Iblis tu. huhu..Siti selalu kena tau..kena gigit kat peha...

Adoi la..kenapa la citer2 seram ni masih ada kat rumah siti. Sebenarnya siti sedang berusaha tuk melupakan segala kisah seram kat rumah siti tu...huhu...
Ada banyak kejadian yang berlaku kat rumah siti tu....Nanti petang2 sikit siti cerita yer.

38 comments:

♥cikmOt♥ said...

ishhh citer sal kejadian seram ni, takut lak izan tau...sebab kat umah izan tu ada bonjot kecik pastu tercucuk paku kat atas board elektrik...tapi izan wat tak tau jek menda apakah itu...hehehe

leen hussain said...

aadooiiyai siti...menyeramkan sehh!
siti cuba beli cd utk halau2 jin syaitan sihir suma tu...sentiasa pasangkan...insyaAllah...

Unknown said...

ishhh seramnye siti..
zai dh dpt bayangkan yg siti mesti meremang jer bile cik abg ckp yg siti ngigau pulak tu pndang kat sofa.. ee ngerii!! umah siti keras ke..? siti watlah pendinding kat umah siti tu..
hah pasal lebam tu, siti mandi mlm2 kot..
biasa org mandi mlm2 ni kata org2 tua kena gigit abtu air..? ntah ler btol ke idak..

Anonymous said...

ALAMAK seramnye
kita kan siti selalu gak kena lebam2 tu
org kata ada pelesit xtau la...

Zaidah said...

menyeramkan....tapi tak sabar nak tunggu siti nyer n3 petang nie...:)

Masrina Alim said...

seramnya kak siti..saya dahla memang selalu sorang2kat umah nie..husben keja shift..

Siti said...

Izan: uik..apa tu yer...kalau siti dah suruh dah papa tgk...risau jerk,

Siti said...

Leen: tu la...nanti nak suruh papa cari la..hari tu papa dah pagar rumah ngan air yassin

Siti said...

Mamamiera: oo..mandi malam jadi lebam yer..siti takde lak suka mandi mlm..mmg balik keja terus mandi.

Siti said...

Nana: a'ah...kena gigit ngan pelesit.

Siti said...

Zaidah: heheh....nanti kalau ada masa , siti citer

Siti said...

MAsrina: alahai...duk sorang2 ker..kalau akak...mmg duk berkurung dlm bilik jer la.

Noza said...

hehe.. mcm2 hal ekk ct.. noza yg latest, yg si wafa tu tegur ada 'org botak' atas tangga. alhamdulillah dh tak de kot, tp memasing still takut nk naik atas. Noza pun kene ajak Darbi teman kalo nk naik atas mlm2. ekeke..

Ena said...

huhu..

seram nyerr.. tetibe tingat pulak.. umah ena pun kekadang camtu.. cumer tak pernah tgk jer.. huhu.. mintak simpang la.. tak mau jumpe la.. huhu..

Unknown said...

seram la pulak rasa... setakat ni kat rumah sal tak pernah la alami menda2 cenggitu. harap2 dijauhkan la...

mamaarifakeemaisy said...

iiisssh..seramnya siti! naik bulu roma ni..takuttt...!

ita cutevirus said...

eeeerrrkkkkk!!!! **speechless**

mamapp said...

seramnye.. cuba bykkan baca alquran dlm rumah n buat pendinding. org tua kata letak bawang putih bawah bantal.itu setakat petua aje

Siti said...

Noza: huhu..wafa puna da nampak gak yer..eh..org botak tu toyol la kot yer.

Siti said...

Ena: tu la..siti mmg tak pernah nampak..jgn la siti nampak.

Siti said...

Sal: huhu..bagusnya..rumah siti ni dah byk kali..

Siti said...

Eina: hehehe...siti pun seram gak

Siti said...

ita: tak terkata yer..huhu

Siti said...

eh..letak bwk putih, boleh yer...leh la try. tak rugi pun kan.

hajarus said...

alamakkan seramnyer... tp seram2 pun hajar xsabar nak dengar cite akak petang ni...

Liessa said...

takut nyer siti..klu sy laa..kompem g mane2 kat dlm umah tu nak berteman jer..sy dulu hubby de cite gak..tgh hubby main2 dlm umah ngan afiq mase nak magrib..afiq lak gelak terkekek2..tiba2 hubby kata seram sejuk..afiq lak ligat pandang kat atas mcm ade bende main cak cak ngan dia..bila hubby cite trus seriau sy dibuat nye..sampai nak masuk bilik pun ajak hubby teman...sy ni dah la mmg penakut...

Unknown said...

seramnya siti, hjr ni dulu sllu kena kacau tau, teringat blk la..

1. ms belum pindah rmh, dok kg, benda tu kacau hjr, dia kejut dgn cara bt bising, pastu bila jaga dia dok betul2 hjr ni, atas alang rmh, dia tjk tangannye kudung!

2. masa dah pindah rmh baru, kena kacau gak, dia goyang katil yg hjr sdg tidur tu sampai tjaga, bila jaga xde nmpk apa la tp bdn seram sejuk & bulu roma tpacak.

3. skrg ni tmn perumahan hjr sdg dipugar, nak buat tmn perumahan baru, tmpt benda tu dipugar (langsir), skrg dok merayap kat tmn kami, sapa2 yg keluar keje awai jumpa la, dia dok baring kat kedai mkn la, atas buian la, sorong anak konon bw dia jln2 la sekitar tmn...

adoi siti, mmg benda2 tu hjr takut la..

Syida said...

scarynye siti....

Siti said...

hajarus: huhu..tunggu yer, nanti akak post

Siti said...

Liessa: tu la..rumah yang ada anak kecik ni selalu jer kena gangguan

Siti said...

Hajar: huhu..takutnya siti baca.. Bab langsir tu..bahayanye....huhu

Siti said...

Syida: siti pun takut ni..sama2 la kita

Mek Rose said...

mak iti..dah petang..cepatla cite..huhuh

Noza said...

lor.. ct tak tau cite ekk.. yg wafa nmpk tu bukan toyol.. dia kata lelaki.. kpla botak.. mmg seram mlm tu, sbb darbi tido kat spital teman deeja.. panggil org yg pndai buat ubat, dia kata dlm umah tu ada 3 ekor.. 1 kat masterbedroom, 1 kat blk no.3, 1 kat blakang umah.. nnt la noza wat entry cite seram jugak. pjg sgt kalo nk cite kat sini. haha..

saveme_zero said...

aih..seram gak citer ko ni. mgkn ada yg menumpang kot..cuba la ko kenduri doa selamat ker.. atau pun kat surau ke..utk halau dia dr mengacau. aku pun ada kisah seram kat rumah aku tu..nti aku citer erk.

Siti said...

ros, dah posting

Siti said...

Noza: serius tak tau cerita...huhu....nanti buat posting yer..leh siti baca..serammmmmmmnya

Siti said...

savemo_zero