Buat semua sahabat-sahabat siti yang siti sayangi, yang baru & yang lama adalah dijemput untuk menyertai GiveAways ini. Caranya mudah sahaja. Cuma teka apakah hadiah Anniversary yang siti berikan buat papa tahun ni dan penuhkan slogan berikut (ikut suka la nak panjang mana):
Siti & Papa perlu bercuti ke ......................... kerana ..................................
Kalau ada sesiapa yang nak mencuba, boleh tinggalkan jawapan anda diruangan komen yer BOLEH JAWAB SEKALI JER TAU..jangan lebih-lebih). Senangkan.
Pemenang akan diputuskan berdasarkan jawapan yang betul dengan slogan yang menarik.
Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 8/4/10, 12.00pm. Pemenang akan diumumkan bila tiba masanya. Keputusan adalah muktamad yer.
Hadiahnya adalah:
25 comments:
Happy Anniversary...ermmm tak de klu ke...hik hik...ade masa lagi kan...nanti sy pikir kan ye...ape hadiah tu...
siti sy nak cuba la...
sy rasa perfume la..
Siti & papa perlu bercuti ke CAMEROND HIGHLAND kerana Cameron highland adalah salah satu tempat percutian yg terbaik d Msia, tempatnye yg terletak di atas gunung & berbukit bakau, ini akan menimbulkan suasana romantik, lagipun tempat tu tak sesak, dikelilingi alam semulajadi, cuaca yg sejuk tu menimbulkan suasana romantik...so sweet..
(pjg mana pun xpe kan, nah! sy tulis pjg lebar...hehehe)
akak rase perfume gak la.... belasah jerla... hehehe...
siti dan papa perlu bercuti ke Pulau Tioman kerana Pulau Tioman adalah salah satu pulau tercantik di Malysia.. Dgn air laut yg membiru dan angin pantai yg bertiup lembut memberikan suasana nyaman dan romantik.. sesuai utk siti dan papa berbulan madu sekali lagi.....
bulih ker siti??? akak punya bahasa... tak hengat.. pjg lebar plak tuh... ekekek...
hadiah tu saya rasa perfume juga
Siti & Papa perlu bercuti ke PULAU TIOMAN kerana Saya yakin percutian tu akan best moment dlm hidup siti sebabnye saya dah penah pegi tioman & serius cakap tempat tu memang lawa…sesuai la utk pasangan2 yg baru kawen utk berbulan madu & sesuai juga untuk mereka2 yang baru menyambut annversay untuk mengembalikan kehangatan alam rumah tanga..ewah..ewah hahahha…
Saya yakin sini akan dilayan macam raja sekiranya siti pergi time hari bekerja sampai kan bila time makan sampai pekerja resort tu siap bole datang kt bilik cakap makanan dah ready… dan Bila malam plak ada BBQ siti bole duduk berdua je tepi laut bertemankan kucing2 yg banyak sgt kt resort tu..sambil menghirup udara segar…mendengar tiupan bayu…sambil makan BBQ yg pekerja resort tu sediakan.time tu siti akan rasa asa mcm dunia tu ana yg punya…hehehehe…
salam ziaah...saya pon nak join....
saya rasa hadiah tu ialah perfume atau pon baju.
Siti & Papa perlu bercuti ke Bukit Tinggi kerana tempatnya yg sejuk di atas bukit dikelilingi dengan alam flora yg mendamaikan jiwa. Lagipon tempatnya seperti berada di luar negara, sungguh romantik sekali bila ke sana dengan insan tersayang....
happy anniversary kak siti!! elyn nk join!! hehe..
elyn rs hadiah itu adalah 1 set perfume..
Siti & Papa perlu bercuti ke Cameron Highland kerana tempat itu sangat romantik dan sesuai bagi pasangan2 yang hangat bercinta sebelum dan selepas berkahwin. Kalau Siti & Papa minat aktiviti lasak, Siti & Papa boleh la mendaki Gunung Irau di situ. Elyn confirm tmpt 2 best sbb elyn da pernah berada di puncak Gng Irau. Siti & Papa xkan menyesal punye sbb pemandangannye tersangatlah indah bagaikan Siti & Papa berada di alam yg lain buat seketika. Kalau bercakap, akn keluar asap dari mulut sbb tempat 2 sgt sejuk. xperlu utk Siti & Papa bercuti ke luar negara utk merasai semua itu.
Pjg x elyn type? hehehe..
salam siti, dan hepi aniveseri...
ejan rasa hadiah tu adalah jam tangan...
Siti & Papa perlu bercuti ke PULAU LANGKAWI kerana ia adalah salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi, siti boleh bawak anak2 menaiki cable car, berkelah di pantai cenang sambil anak2 dapat mandi laut dan membuat istana pasir, menikmati makan malam di tepi pantai yang amat fresh sambil mendengar desiran angin dan ombak yang menghempas pantai, dan siti boleh jugak shopping...
ok tak? heheheh
Jawapan Teka Beauty : Sebotol perfeum... (fuh fuh... mintak2 betul..;-p)
Slogan : Siti & Papa perlu bercuti ke Krabi Island kerana percutian adalah satu proses refreshmen bagi pasangan yang telah berumahtangga dalam hubungan serta kasih sayang seadanya. Setiap kali kita bercuti bersama pasangan pasti hubungan akan jadi lebih indah dengan kenangan2 sepanjang percutian yang ditambah dengan kenangan sepanjang menempuh alam rumahtangga. Jadi Pulau adalah salah satu tempat yang sangat sesuai bagi refreshmen tersebut kerana jauh dari segala kesesakan dan sangat romantik. Dan mungkin kak siti juga belum pergi pulau berkenaan, jadi rasenye tak salah untuk mencuba kerana pulau itu sangat menarik, cantik da bomb. Pergi snokling, terjun tiruk, naik bot mengelilingi pulau, oh sungguh bahagia, selesa, romantik dan private. Membeli belah tu bila-bila pun boleh. Jadi selamat memilih tempat percutian kak siti.;-)
Doa beauty semoga rumahtangga kak siti bahagia hingga ke alam syurga. Amin =)
salam...sy nak teka ye...erm ramai yg teke perfume kan...leh tak teka 2 hadiah...hihi...sy pun rasa perfume atau pun set tali pinggang ngan wallet...
n slogan saye...
Siti & papa perlu bercuti di Pulau seperti Pulau Pangkor atau langkawi...kerana ia tempat yg menenangkan bila berehat di tepian pantai sambil dihembus angin laut yang menghangatkan perasaan cinta..dan juga pulau yg sy nyatakan tidak memerlukan perjalanan yg terlalu lame dan tidak terlalu tinggi kos nye.Dan bagi saya juga suasana romantik boleh diwujudkan dimana2 saja kita berada...Appy Anniversary Siti & moga kekal hingga ke Hujung Nyawa...
Salam ukhwah utk Siti :)
saya nak jawab perfume. tp memandangkan ramai sangat yang jawab perfume.. sy teka lain skit la.. kalau dapat ok.. tak dapat tak apa...
binokular :) hahaha.. lain kan? agaknya sebab sy teringin nak belikan hubby sy binokular utk anniversary tahun ni.. kuikuikui
orait..
Siti & Papa perlu bercuti ke Kota kinabalu Sabah kerana kat sini, ada pulau utk dilawati dan ada Gunung Kinabalu yang indah. Sambil tu Siti boleh juga shopping mutiara dan kristal kat sini. kalau Siti & Papa suka seafood .. ha.. kat sini ada pelbagai restoran seafood... ada yang murah ada yang mahal... yang penting.. semua segar dan mmg lazat :)
anyway, terpulang pada siti n papa nak kemana.. yang penting di mana kamu berada di situ ada kasih sayang dah cinta :)
Happy anniversary dari kami sekeluarga. semoga dipanjang kan jodoh dan kasih sayang... sehingga akhir hayat ini dan di dunia selepas ini amin...
mama(fara n zara)
hehehe.. lambat sikit nak try jawab contest ni..
fikir2 kalo perfume mcm ye kot.. tp.. rasanya buku kot.. hehehe
rasanya siti mmg patut pergi pulau Tioman sebab kt situ tempatnya cantik.. seronok bersantai2 ditepi pantai..
kita teka : jam
Siti&Papa wajib bercuti ke Tanjung Jara Resort sebab tempat tu cantik,tenang dan enviroment yang paling ideal utk re-honeymoon.Siti boleh spend romantic moments together, jalan2 kat pantai sambil nyanyi lagu bercanda di tepian pantai.Ada private dinner lagik.Nak tangkap gambar pun cun.
Happy Anniversay to Siti+Papa
Kita teka ye...rasanya Belt & dompet kot
Siti & Papa perlu bercuti ke Awana Kijal Beach Resort di Terengganu kerana memang best punya, pasti siti akan terpegun dengan pantainya yang putih gebu gitu sambil menikmati kerepok lekor yang sedap. Yang paling penting ada swimming pool yang sangat cantik utk anak2 siti yang comel-comel tu...mereka pasti teruja punya tau....
Selamat hari ulang tahun...
siti saya rasa camera kot, lens camera kot huhu
Siti & Papa perlu bercuti ke Pulau Perhentian kerana boleh aman damai tengok laut biru, dan melayan keindahan pantai bersama dengan Papa kan. mane tau boleh tertambah ahli keluarga lagi kekekeke, lagipun, CUTI CUTI MALAYSIA kan..
nak joint jugak!!!
teka minyak wangi!!!
slogan..
siti & papa Perlu bercuti ke SABAH kerana di sana tempatnya adalah sangat best!! pulaunya sgt cantik! tempat shopping yang sgt best!! dan pantai dia yang sangat cantik..pasirnya halus jek..:)
hajar nak cube nasib gak la... rasenyer perfume xpun jam tangan...
k.siti & papa perlu bercuti ke Kota Kinabalu sabah kerana permandangan nyer yang sangat menarik & suasana yang tenang amat sesuai untuk akak & papa menghabiskan masa bersama... selain dapat melihat pulau2 yang menarik yang terdapat disana... selain tu papa juga dapat belikan kristal & mutiara yang cantik2 di sana...
anyway hajar nak ucapkan hepy anniversary to k.ct & husband.. semoga ikatan perkahwinan & ikatan kasih sayang akan berkekalan hingga ke akhir hayat...
Raser Siti bagi Shaving set.. set bercukur.. hehehe.. (sajer nak teka lain dari yg lain)
Siti & Papa perlu bercuti ke Pulau Tioman.. kerana pulau nyer antara yang tercantik di Asia.. jauh dari kesibukan kota dan bersih dan tidak tercemar sangat sesuai untuk bermanja-manjaan dengan pasangan.. menikmati kesegaran udara pantai sambil berpimpin tangan makan candle light dinner... huhuhu.. ;)
Happy Aniversary eak ;)
nk joint gak la...
rasanya jam tangan
siti & papa perlu bercuti berdua ke bukit tinggi...kerana tmpt yg memang sesuai utk bercuti berdua....perjalanan yang tidak jauh dan memenatkan...lg pun tidak risau bila tinggalkan anak2 dgn penjaga hanya utk beberapa hari percutian
hadiah nya DSLR la baru best
siti & papa perlu bercuti ke LANGKAWI ISLAND kerana tempat nya menarik sangtlah cantik
pemandangan indah terpukau melihatnya
coklat yg banyak anak2 pasti tertarik
siti & papa boleh enjoy sama
melihat pemandangan beraktiviti bersama sangatlah di damba
semoga berbahagia bersama keluarga hingga ke syurga ;)
>> Heppy anniversary, semoga berbahagia hingga hujung nyawa..=))
>> Hadiah yg dalam box berbalut cntik tu sy rase topi, xpun baju kemeja..@ pun tiket flight ke destinasi cinta..hehehehe.....;p
>> Siti & papa perlu bercuti ke Pulau Langkawi, kerana kat sana byk tempat2 yg menarik, cthnya mcm Pulau Dayang Bunting, pulau Beras Basah, n mcm2 tmpt lagi..lagipun Ct dah lama kawin, so kne la duk "hangat2" kan perkahwinan tu mcm masa memula kawen dulu, ecewaaahhh!
RASANYA HADIAH TU HANDPHONE LAA...TAPI JENAMA TAK PASTI LAH..AGAK2 JEE.....
SITI &PAPA PERLU BERCUTI KE PULAU LANGKAWI KERANA IA ADALAH SALAH SATU TEMPAT PERANGINAN YG SGT CANTIK DAN INDAH..AIR PANTAINYA BERSIH...UDARA SEGAR DAN NYAMAN SERTA SELESA DI SANA.SELAIN ITU DENGAN MENIKATI KEINDAHAN ALAM DI SINI IA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN MENIMBULKAN SUASANA ROMANTIS DAN JAUH DARI KEBISINGAN KOTA YANG SIBUK DAN SESAK.KERANA IA MEMBERI KETENANGAN DAN MEREHATKAN OTAK DAN MINDA.ANAK2 PUN TERHIBUR MAIN AIR PANTAI...TERDAPAT JUGA PELBAGAI CENDERAHATI DAN HADIAH YG BOLEH DI BAWA PULANG DAN DI JADIKAN KENANGAN DGN HARGA YG SGT MURAH...
KALAU SUKAKAN AKTIVITI LASAK BOLEH LAH MENYERTAI AKTIVITI DIVING UNTUK MELIHAT KECANTIKAN PANAROMA DARI DASAR PERUT LAUTAN YG PENUH RAHSIA...DI SANA JUGA TERDAPAT CABLE CAR YG MEMBOLEHKAN KITA MELIHAT SEGALANYA DARI POSISI ATAS..TERDAPAT PELBAGAI PAKEJ YG BOLEH DI NIKMATI DGN KADAR KEMAMPUAN KITA....SELAMAT ULANGTAHUN YEE..MOGA BAHAGIA SAMPAI KE NAFAS TERAKHIR KALIAN..
Salam Siti...Ayu teka ye...
Hadiah tu ialah perfume
Siti dan Papa perlu bercuti ke PULAU PERHENTIAN (PERHENTIAN BESAR TAU BARU BEST!) kerana selain dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang dianugerahi Allah,Pulau Perhentian jugak antara pulau yang cantik di dunia selain daripada Pulau Tioman. Kat Pulau Perhentian ni macam-macam aktiviti blh dijalankan bersama2 En Hubby....dengan keindahan pantainya,kehijauan alam sekelilingnya,jauh dari hiruk pikuk kota yg penuh dgn asap dan debu..sesekali dpt merehatkan minda,menenangkan mata....oleh itu silalah berkunjung ke PULAU PERHENTIAN!
Salam...
Sal nak cuba teka jugak la... dah nak habis waktu pun... hehe
Erm, rasanya hadiah tu adalah mug berbentul love, dan tertulis nama hubby siti & kata2...
Siti & papa perlu bercuti ke langkawi kerana tempatnya sangat best, banyak tempat boleh dilawati & setelah penat berjalan2 boleh pergi shopping2 pulak... ^_^
ops, tersalah eja lak...
berbentul love : berbentuk love
Post a Comment